| 16 September 2009
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KR 9705)
Program-program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dan Diploma yang ditawarkan oleh Kulliyyah Muamalat adalah untuk menyokong pencapaian matlamat KUIN sebagai pusat rujukan kecemerlangan ilmu di samping menyokong dasar-dasar pengurusan dan pembangunan negara.
Objektif penawaran program.
- Melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang agama dan berkemahiran professional.
- Memberikan ’holisyic view’ kepada pelajar tentang konsep serta teori pengurusan, pemasaran, perundangan, perakaunan, ekonomi dan sebagainya yang telah diintegrasi dengan elemen-elemen Islam.
- Membolehkan pelajar menganalisis serta menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran pengurusan perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal.
- Membentuk dan melahirkan graduan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di dalam bidang pengurusan sama ada di sektor awam mahupun swasta.
- Melahirkan graduan yang ingin menjadi usahawan dan ahli korporat yang berjaya.
- Melengkap dan mengeluarkan graduan yang mantap dari segi intelektual, spiritual dan mempunyai pengetahuan yang holistik dalam bidang pengurusan perniagaan.
- Melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
STRUKTUR PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KR 9705)
Sem 1 (Tahun 1)
Ko Kurikulum 1, Bahasa Arab Asas (Tiada kredit ), English 1, *Bahasa Kebangsaan A, Pengajian Tajwid, Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan, Pengajian Malaysia
Sem 2 (Tahun 1)
Ko Kurikulum 2, Bahasa Arab 1, English 2, Pengajian Al-Quran 1, Mikro ekonomi, Asas Statistik, Asas Pemasaran, Aqidah dan Tasawuf
Sem 3 (Tahun 2)
English 3, Bahasa Arab 2, Pengajian Al-Quran 2, Gelagat Organisasi, Perakaunan Kewangan, Undang-undang Perniagaan, Makro ekonomi
Sem 4 (Tahun 2)
Pengajian Islam, Pengajian Al-Quran 3, Pengurusan Sumber Manusia, Komunikasi Perniagaan, Pengurusan Pengeluaran & Operasi, Asas Perakaunan Pengurusan, Bahasa Arab 3
Sem 5 (Tahun 3)
Asas Keusahawanan, E-Dagang, Perniagaan Antarabangsa, Asas Kewangan, Kaedah Pengurusan dan Perniagaan, Pengajian Al-Quran 4, Latihan Industri




