| 08 November 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN MPM 2009/2010 DAN ANUGERAH KHAS REKTOR 2008/2009. (gambar angkat sumpah mpm)
20 Oktober 2009 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar INSANAIH telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan MPM 2009/2010 dan Anugerah Khas Rektor 2008/2009. Majlis ini dianjurkan khasnya untuk memberi pengiktiraf kepada barisan MPM yang baru selain untuk meraikan pelajar-pelajar INSANIAH yang cemerlang di bidang kokurikulum.
Anugerah Khas Rektor 2008/2009 ini memberi penghargaan kepada pelajar lelaki terbaik ko-kurikulum,Muhammad Mustaqim bin Haji Basri dan pelajar perempuan terbaik ko-kurikulum, Norsawizah binti Mohd. Sarbon. Turut mendapat anugerah skuad INSANIAH yang memenangi pada pertandingan AMAL ISLAMI peringkat Kebangsaan dalam acara Pidato Bahasa Inggeris (siswa dan siswi). Pidato Bahasa Melayu (siswa) kumpulan nasyid Afnan INSANIAH. Pengiktirafan juga diberi kepada Pasukan Perahu Naga yang mewakili INSANIAH dalam 1ST PUTRAJAYA INTERNATIONAL DRAGON BOAT FESTIVAL pada 5-7 Jun 2009 yang lalu.
Anugerah juga diberikan kepada Mohd Fakhrul Radhi Bin Khamarudin yang telah mengharumkan nama INSANIAH dengan mewakili negeri Kedah ke tilawah al-quran peringkat kebangsaan , Mohamad Fida’iy Bin Zainal Abidin yang mewakili Malaysia ke pertandingan hafazan peringkat antarabangsa di Jakarta 2008 dan pasukan debat INSANIAH yang menyertai Debat Perpaduan Unimas Sarawak.




