06 Jun 2010
| YURAN | PINJAMAN & BIASISWA | STAF | HUBUNGI KAMI
PENGENALAN KULLIYYAH SYARIAH
Pengajian Syariah adalah satu disiplin pengajian yang berakar umbi sejak zaman Rasulullah S.A.W. Disiplin ini merangkumi aspek-aspek praktikal dalam Pengajian Islam baik yang bersifat ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Di bawah struktur Kulliyyah Pengajian Islam Kolej Universiti Insaniah, Pengajian Syariah ditubuhkan pada tahun 1995 Masihi bersamaan dengan 1416 Hijrah iaitu serentak dengan penubuhan INSANIAH. Seperti Kulliyyah Usuluddin dan Kulliyyah Bahasa Arab, pengajian di Kulliyyah Syariah dijalankan selama empat tahun.
Dengan adanya Kulliyyah Syariah Kolej Universiti Insaniah dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islamnya khususnya dalam bidang Fiqh dan kaedahnya. Mereka diharap dapat menjadi generasi pemimpin hadapan sekaligus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan Islam, pengurus dan pentadbir yagn berjasa selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah menyahut cabaran alaf baru bagi melahirkan generasi profesional yang mempunyai kekuatan ilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlantaskan prinsip-prinsip Islam.
Visi
Menjadi sebuah kulliyyah yang sentiasa dilindungi Alah Subhanahu Wata'ala dalam usahanya memperkasakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.
Misi
Memfokus dan berdekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan kulliyyah, akademik dan sahsiah pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, cemerlang dan terbilang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah serta ijtihad.
Falsafah
" Melahirkan generasi profesional yang mempunyai kekuatan ilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip syariah Islamiyyah."
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN KEPUJIAN
Objektif | Bahasa pengantar | Kaedah pengendalian Kursus | Taraf Perlaksanaan | Tempoh pengajian | Pecahan Matapelajaran | Keperluan Bergraduasi | Kelayakan kemasukan | Hasil pembelajaran | Struktur Kursus |
| Prospek Kerjaya | Yuran | Pinjaman & Biasiswa |
Nama Kursus : Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian
Peringkat : Ijazah Sarjana Muda
Objektif Kursus Pengajian :
Objektif Umum :
Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia dan menawarkan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ yang berilmu, beramal dan bertaqwa. Program Ijazah Sarjana Muda Syariah ini diharap dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan, Islam khususnya dalam bidang fiqh, usul fiqh dan kaedah-kaedahnya. Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekaligus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan Islam, pengurus, pentadbir, usahawan yang efisien selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Objektif Khusus :
- Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulamak dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
- Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunna wal Jamaah.
- Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dan insan demi kepentingan ummah.
- Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
- Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.
- Bahasa Arab / Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia
- Kuliah
Anggaran bilangan untuk setiap kemasukan ke kursus Sarjana Muda Syarah ialah 350 orang. Kuliah bagi mata pelajran kursus ini disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang mahir dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang pengkhususan masing-masing. - Kerja Kursus
Pelajar juga dikehendaki membuat dan menyiapkan kerja-kerja kursus tertentu. Penilaian kerja kursus ini dimasukkan dalam prestasi kejayaan pelajar.
Taraf Perlaksanaan
- Dikendalikan sendiri oleh Kolej Universiti Isaniah.
Tempoh Pengajian
- 8 semester (4 Tahun) di Kolej Universiti Insaniah.
Pecahan Mata Pelajaran
|
Bil |
Pecahan taraf |
Jam kredit |
Peratusan |
|
1 |
Teras Universiti |
20 |
16.7 % |
|
2 |
Teras Program |
100 |
83.3 % |
|
|
Jumlah Kredit |
120 |
100 % |
Keperluan kredit bergraduat : 120 Jam Krdit
[ Pemohon yang telah mendapat kredit Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Kebangsaan (MPW 2013/MPW 2023)
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), atau
- Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan diperakui oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,atau
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM),atau
- Lulus Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya NGMP2.00 dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau
- Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (kepada warganegara Malaysia sahaja)
Institusi Penganugerahan Kelayakan Akademik
- Kolej Universiti Insaniah
Hasil Pembelajaran Kursus Pengajian
- Mengetahui, memahami, menganasisis, mensintesis dan membuat penilaian keseluruhan pendapat fekah dalam semua mazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah dalam keempat-empat bidang utama Syariah iaitu Ibadah, Muamalah, Munakahah dan Jenayah yang diperolehi daripada mata pelajaran -mata pelajaran teras.
- Mengetahui, mengkaji, menganasisis dan meyakini akidah Islamiyyah yang jitu dan mapan dalam menjana keimanan dan ketaqwaan hasil pendekatan mata pelajaran elektif daripada Kulliyyah Usuluddin.
- Menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang standard dan praktikal dalam muamalah seharian hasil latihan mata pelajaran elektif daripada Kulliyyah Bahasa Arab dan mata pelajaran teras universiti selain mampu mencipta kerja dalam bidang keusahawanan.
- Kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi teknologi maklumat dalam kerja seharian.
- Berdaya saing dalam perkhidmatan awam sebagai pentadbir, pegawai, guru/pensyarah dan eksekutif dalam bidang-bidang pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, kepolisan, pelancongan, penyiaran, keusahawanan, penterjemahan, kewartawanan dan lain-lain.
STRUKTUR KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN KEPUJIAN
|
Kod Kursus |
TAHUN SATU Semester Satu |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
TAHUN SATU Semester Dua |
Jam Kredit |
|
SFK 1013 SFB 1013 SFS 1013 TQT 1011 XXX 1011 UBE 1000 LAA 1012 |
Al-Fiqh 1 Al-Fiqh al-Muqaran 1 Al-Qadaya al-Muasirah1 Al-Tajwid Ko-Kurikulum 1 Foundation English Al-Nahw wa al-Sarf |
3 3 3 1 1 - 2 |
TQH 1011 SFU 1013 SFP 1013 SFT 1013 UKK 1012 UBE 1012 XXX 1021 |
Hifz Al-Quran 1 Usul al-Fiqh 1 Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah 1 Tarikh al-Tasyri’ Asas Pengenalan Komputer English for Specific Purposes Ko-Kurikulum 2 |
1 3 3 3 2 2 1 |
|
|
Jumlah |
13 |
|
Jumlah |
15 |
|
Kod Kursus |
TAHUN DUA Semester Tiga |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
TAHUN DUA Semester Empat |
Jam Kredit |
|
SFK 2023 SFB 2023 SFA 2013 UUP 2012 UBE 2022 LAA 2022 |
Al-Fiqh 2 Al-Fiqh al-Muqaran 2 Al-Ahwal al-Syakhsiyyah Penal Code** Reading And Writing For Academic Purposes Al-Adab wa al-Balaghah |
3 3 3 2 2 2 |
TQH 2021 SFU 2023 SFP 2023 SFS 2023 DAT 2012 UBE 2032 UUE 2012 |
Hifz Al-Quran 2 Usul al-Fiqh 2 Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah 2 Al-Qadaya al-Muasirah2 Al-Tawhid Public Speaking Enakmen Keluarga Islam** |
1 3 3 3 2 2 2 |
|
|
Jumlah |
15 |
|
Jumlah |
16 |
|
Kod Kursus |
TAHUN TIGA Semester Lima |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
TAHUN TIGA Semester Enam |
Jam Kredit |
|
SFU 3033 SFP 3033 SFS 3033 SFL 3013 MPW 2033 |
Usul al-Fiqh 3 Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah 3 Al-Qadaya al-Muasirah3 Al-Mirath Pengajian Malaysia |
3 3 3 3 3 |
TQH 3031 SFK 3033 SFB 3033 SFN 3013 MPW 2043 DHU 3012 |
Hifz Al-Quran 3 Al-Fiqh 3 Al-Fiqh al-Muqaran 3 Qa'ah al-Bahth 1 Pengajian Islam ‘Ulum al-Hadith |
1 3 3 3 3 2 |
|
|
Jumlah |
15 |
|
Jumlah |
15 |
|
Kod Kursus |
TAHUN EMPAT Semester Tujuh |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
TAHUN EMPAT Semester Lapan |
Jam Kredit |
|
SFU 4043 SFP 4043 SFQ 4013 MPW 2013 MPE 2012 |
Usul al-Fiqh 4 Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah 4 Al-Qawa'id al-Fiqhiyyah Bahasa Kebangsaan A Asas keusahawanan** |
3 3 3 3 2 |
TQH 4041 SFK 4043 SFB 4043 SFS 4043 SFN 4013 UPP 4012 |
Hifz Al-Quran 4 Al-Fiqh 4 Al-Fiqh al-Muqaran 4 Al-Qadaya al-Muasirah4 Qa'ah al-Bath 2 Penyelidikan** |
1 3 3 3 3 2 |
|
|
Jumlah |
14 |
|
Jumlah |
15 |
|
* JUMLAH 118 jam kredit + 3 jam kredit (Elektif Bebas) di ambil pada mana-mana semester sepanjang pengajian = 121 jam kredit keseluruhan. ** Subjek yang boleh digantikan dengan subjek elektif. (2 subjek : 1 elektif)- Pelajar luar negara sahaja. |
|||||
Subjek Elektif
|
BIL |
NAMA SUBJEK |
KOD SUBJEK |
JAM KREDIT |
|
1. |
Istisyrak Wa At-tabsyir |
DDI 4013 |
3 |
|
2. |
Milal Wa Muqaranatul Adyan |
DDM 2013 |
3 |
|
3. |
At-turjumah |
LLK 2023 |
3 |
|
4. |
Ilmu Al-Lughah Wa Al-Ma’ajim |
LLK 1013 |
3 |
PROSPEK KERJAYA
Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Kulliyyah Syariah KUIN adalah seperti kerjaya Profesional dalam gred 41 (dalam perkhidmatan awam) dan kerjaya lain berkaitan dengan bidang Syariah.
|
Pegawai Syariah (LS 41) |
Pegawai Kesatria (S 41) |
Penguasa Penjara (KX 41) |
|
Pegawai Hal Ehwal Islam (S41) |
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) (M 41) |
Pegawai Kastam (W 41) |
|
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41) |
Pegawai Tadbir (N 41) |
Pegawai Latihan (E 41) |
|
Pegawai Pembangunan Masyarakat (S 41) |
Pegawai Belia dan Sukan (S 41) |
Penguasa Bomba (KB 41) |
|
Pegawai Penyelidik Sosial (N 41) |
Pegawai Perhubungan Perusahaan (S 41) |
Pegawai Siasatan (P 41) |
|
Pegawai Arkib (S 41) |
Pegawai Penguatkuasa (N 41) |
Pegawai Pendaftaran (KP 41) |
|
Pegawai Kawalan Trafik Dan Udara (A 41) |
Pegawai Keselamatan (KP 41) |
Pegawai Pertahanan Awam (KP 41) |
|
Pengurus Asrama (N 41) |
Pegawai Imigresen (KP 41) |
|
|
Guru Agama (JQAF) |
|
|
Rujukan:
http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1309644&_dad=portal&_schema=PORTAL
IJAZAH SARJANA SYARIAH (MA)
Objektif | Bahasa pengantar | Kaedah pengendalian Kursus | Taraf Perlaksanaan | Tempoh pengajian | Pecahan Klasifikasi Matapelajaran | Keperluan Bergraduasi | Kelayakan kemasukan | Struktur Kursus | Hasil Pembelajaran | Yuran | Pinjaman & Biasiswa |
Nama Kursus : Ijazah Sarjana Syariah
Peringkat : Sarjana
Objektif Kursus Pengajian :
- Melahirkan siswazah yang beriman, bertaqwa, beriltizam dengan penghayatan Islam serta mahir dan profesional dalam ilmu-ilmu pengajian Islam khususnya dalam bidang Syariah.
- Membekalkan tenaga mahir dalam penyelidikan, penulisan dan perundingan untuk pembangunan ilmu-ilmu pengajian Islam moden.
- Menjana ulama yang berwibawa dan mampu menyelesaikan permasalahan semasa dalam masyarakat dan negara terutamanya yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam.
- Menghasilkan para pendakwah yang dapat menyebarkan dan mengembangkan ilmu-ilmu Islam khususnya dalam bidang syariah kepada masyarakat yang hidup dalam kemajuan teknologi dan gerakan modernisasi global yang semakin pesat.
- Merealisasikan matlamat Kolej Universiti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang terulung dalam pengajian Islam dan dikenali di semua peringkat sama ada tempatan, serantau mahupun global.
Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome )
Di akhir program ini pelajar akan dapat:
- Menilai semula pandangan fuqaha semua mazhab ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam keempat-empat bidang utama Syariah iaitu ibadah, muamalah, munakahah dan jinayah.
- Menghurai hujah-hujah dan dalil-dalil fuqaha yang disepakati dan tidak disepakati dalam setiap permasalahan fekah yang dibincangkan.
- Menganalisis dan membanding pandangan dan dalil-dalil fuqaha dalam permasalahan yang dibincangkan dan memilih pandangan yang paling kuat dan rajih(boleh diterima pakai).
- Membuat kesimpulan ke atas permasalah yang dibincangkan secara kritikal dan kreatif berdasarkan bukti dan dalil.
- Menyimpulkan pandangan-pandangan dan hujah-hujah para fuqaha dalam isu-isu semasa yang timbul di kalangan umat Islam sama ada di peringkat Nasional atau Antarabangsa serta membuat penyelesaian yang bernas dan tepat.
- Bahasa Arab
- Penyelidikan (bagi Struktur A)
- Kuliah, kerja kursus dan penyelidikan (bagi Struktur B)
Taraf Perlaksanaan
- Dikendalikan sendiri oleh Kolej Universiti Isaniah.
|
Struktur A |
Sepenuh Masa |
Semester : 2 hingga 8 |
|
Tahun : 1 hingga 4 |
||
|
Separuh Masa |
Semester : 4 hingga 12 |
|
|
Tahun : 2 hingga 6 |
||
|
Struktur B |
Sepenuh Masa |
Semester : 4 hingga 8 |
|
Tahun : 2 hinga 4 |
||
|
Separuh Masa |
Semester : 4 hingga 12 |
|
|
Tahun : 2 hingga 6 |
Pecahan Klasifikasi Mata Pelajaran (Isi bagi yang berkaitan):
|
Bil |
Pecahan Klasifikasi |
Jam kredit |
Peratusan |
|
Asas Major |
- |
- |
|
|
Major |
27 |
100 |
|
|
Elektif Major |
- |
- |
|
|
Minor |
0 |
0 |
|
|
Elektif bebas |
- |
- |
|
|
Audit |
- |
- |
|
|
Wajib MQA |
- |
- |
|
|
|
Jumlah jam |
27 |
100 |
Keperluan kredit bergraduat :
- Struktur B : 39 Jam kredit (27 kredit Kerja Kursus + 12 kredit Disertasi)
Kelayakan kemasukan
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya Kelas Kedua Bawah (Jayyid) dalam bidang Syariah dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat
- Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau Gred B- bagi semua kursus asas dalam bidang Syariah; atau
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana Muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
- Bagi pelajar yang mengikuti Struktur A disyaratkan lulus kursus Al-Baht al- Ilmi wa Kitabatuh dan satu kursus Asas Major yang berkaitan dengan bidang penyelidikan.
Institusi penganugerahan kelayakan akademik
- Kolej Universiti Insaniah
Struktur Program Sarjana Syariah
|
BIL |
KOD KURSUS |
KURSUS |
PENSYARAH |
JAM KREDIT |
|
1 |
TQH 6010 |
Hifz Al-Quran 1 حفظ القرآن 1 |
|
0 |
|
2 |
SPS 6013 |
Al-Bahth Al-‘llmi Wa Kitabatuh البحث العلم وكتابته |
أ.د/ عبد العزيز حنفى حسين |
3 |
|
3 |
SFK 6013 |
Al-Fiqh 1 الفقه 1 |
أ.د/ إبراهيم محمود إبراهيم درغام |
3 |
|
4 |
SFQ 6013 |
Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah 1 القواعد الفقهية 1 |
أ.د/ فتحى السيد أحمد الرشيدي أ.د/ محمد محمد أبو سيد أحمد |
3 |
|
5 |
SFU 6013 |
Athar Al-Qawa’id Al-Usuliyyah أثر القواعد الأصولية |
أ.د/ عبد السلام عبد الفتاح محمد عفيفي |
3 |
|
6 |
SFM 6013 |
Dirasah Tahliliyyah Lil Mazhab Al-Shafi’ie دراسات تحليلية للمذهب الشافعي |
أ.د/ محمد أبراهيم علي عدس |
3 |
|
7 |
TQH 6020 |
Hifz Al-Quran 2 حفظ القرآن 2 |
|
0 |
|
8 |
SFK 6023 |
Al-Fiqh 2 الفقه 2 |
ا.د/ محمد إبراهيم على عدس |
3 |
|
9 |
SFQ 6023 |
Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah 2 القواعد الفقهية 2 |
أ.د/ فتحى السيد أحمد الرشيدي |
3 |
|
10 |
SFL 6013 |
Al-Ahwal Al-Syakhsiyyah الأحوال الشخصية |
أ.د/ يوسف عبد الغفار |
3 |
|
11 |
SFL 6023 |
Al-tarikat Wa Al-Mirath التريكات والميراث |
أ.د/ عبد السلام عبد الفتاح محمد عفيفي |
3 |
|
12 |
SFU 6023 |
Usul Al-Fiqh أصول الفقه |
أ.د/عبد السلام عبد الفتاح محمد عفيفى |
3 |
|
Jumlah Jam Kredit |
27 |
|||
PROGRAM DOKTOR FALSAFAH (PHD)
Objektif | Kaedah pengendalian Kursus | Taraf Perlaksanaan | Tempoh pengajian | Kelayakan kemasukan | Hasil Pembelajaran | Yuran | Pinjaman & Biasiswa |
Nama Kursus : Ijazah Doktor Falsafah Syariah
Peringkat : Doktor Falsafah (PhD)
- Melahirkan sarjana dan ilmuan yang seimbang dari segi ilmu, kepakaran, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
- Menjana kepakaran dalam bidang penyelidikan, penulisan dan prundingan dalam usaha memantapkan perkembangan ilmu-ilmu Islam sejajar dengan arus modenisasi global.
- Menghasilkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam meneroka masalah dan cabaran umat Islam di peringkat tempatan dan global serta mencari penyelesaiannya dengan menintegrasikan metodologi yang berbentuk klasikal dengan teknologi terkini.
- Membentuk cendekiawan Islam yang dapat menyebarkan ilmu-ilmu agama Islam khususnya dalam bidang Syariah melalui ceramah, seminar, konvensyen dan sebagainya demi meningkatkan mutu kehidupan dan martabat umat Islam sebagai umat yang bertaqwa, moden dan progresif.
- Merealisasikan matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang terulung dalam pengajian Islam dan dikenali di semua peringkat sama ada tempatan, serantau mahupun global.
Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome )
Di akhir program ini pelajar akan dapat:
- Menilai semula pandangan fuqaha semua mazhab ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam keempat-empat bidang utama Syariah iaitu ibadah, muamalah, munakahah dan jinayah.
- Menghurai hujah-hujah dan dalil-dalil fuqaha yang disepakati dan tidak disepakati dalam setiap permasalahan fekah yang dibincangkan.
- Menganalisis dan membanding pandangan dan dalil-dalil fuqaha dalam permasalahan yang dibincangkan dan memilih pandangan yang paling kuat dan rajih(boleh diterima pakai).
- Membuat kesimpulan ke atas permasalah yang dibincangkan secara kritikal dan kreatif berdasarkan bukti dan dalil.
- Menyimpulkan pandangan-pandangan dan hujah-hujah para fuqaha dalam isu-isu semasa yang timbul di kalangan umat Islam sama ada di peringkat Nasional atau Antarabangsa serta membuat penyelesaian yang bernas dan tepat.
Kaedah Pengendalian Kursus Pengajian
- Penyelidikan
- Dikendalikan sendiri oleh Kolej Universiti Isaniah.
|
Sepenuh Masa |
Semester : 4 hingga 12 |
|
Tahun : 3 hingga 6 |
|
|
Separuh Masa |
Semester : 8 hingga 16 |
|
Tahun : 6 hingga 8 |
- Mempunyai Ijazah Sarjana yang baik dalam bidang Syariah dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
Institusi penganugerahan kelayakan akademik
- Kolej Universiti Insaniah
Pinjaman Dan Bantuan Pendidikan Biasiswa
1) Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan PTPTN. Kadar pinjaman yang diberikan adalah mengikut kemampuan waris melalui penyata pendapatan / kad pencen / bekerja sendiri yang dikemukakan :
1. RM2,000 ke bawah : kadar penuh (RM8000 bagi setiap semester)
2. RM2,001 ke RM4,000 : kadar sebahagian
3. RM4,001 ke atas : kadar yuran
2) Bagi anak kelahiran Kedah atau salah seorang daripada ibu atau bapa kelahiran Kedah, bolehlah memohon bantuan dalam bentuk Biasiswa melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Biasiswa atau Pinjaman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) dari Wisma Darulaman. Jumlah pinjaman yang diberikan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda ialah RM5,000.00 setahun.
3) Pelajar juga dapat memohon bantuan wang zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
STAFF KULLIYYAH SYARIAH
HUBUNGI KAMI:
Dekan Kulliyyah Syariah
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star,
Kedah Darulaman
No. Tel : 04-737 4347
No. Fax : 04-732 0164 (u/p Dekan Syariah)





