Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

INSANIAH, 29 Julai 2010 (Khamis): Lebih 500 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) bertemu dalam satu perjumpaan kekeluargaan bagi mengetahui perkembangan terbaru perjalanan universiti.

 

 

Perjumpaan dengan pengurusan tertinggi universiti yang dikendalikan Jabatan Pendaftar, Pengurusan Sumber Manusia (PSM) itu diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berlangsung dalam suasana harmoni.

 

Amanat, penerangan dan suntikan semangat dilakukan Rektor, Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, diiringi Timbalan Rektor Pentadbiran, Penyelidikan dan Pembangunan, Dato’ Hajah Che Barni Mohd Noor dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Zakariya Man.

 

Turut hadir, Pendaftar INSANIAH, Encik Mohd Najib Abdullah; Bendahari, Encik Abdul Latif Din; Penasihat Undang-Undang Syariah universiti, Profesor Madya Haji Abdul Rahman Haji Mustafa dan semua ketua jabatan dan dekan.

 

Dalam ucapannya, Profesor Dato’ Dr Jamil, berkata komitmen kakitangan mampu menempatkan nama universiti di peringkat lebih tinggi sekali gus memperkenalkan INSANIAH di mata dunia.

 

“Usaha, sumbangan dan keikhlasan adalah elemen penting mewujudkan budaya kerja cemerlang. Pada peringkat ini, pengurusan universiti berterima kasih kepada kakitangan kerana mempunyai elemen berkenaan.

 

“Sebagai sebuah keluarga besar, universiti amat memerlukan komitmen semua kakitangan tanpa mengira kedudukannya demi kemajuan INSANIAH,” kata beliau.

 

Profesor Dato’ Dr Jamil, juga berkata sebagai menghargai pengorbanan kakitangan, sebuah Sekolah Antarabangsa khusus untuk anak masing-masing bakal ditubuhkan.

 

“Apabila wujud nanti, pendidikan anak kakitangan diberi keutamaan untuk dimasukkan di Sekolah Antarabangsa dengan harapan mereka muncul sebagai generasi pelapis kepemimpinan bukan saja di peringkat negeri malah negara,” katanya.

 

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan PSM, Encik Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, berkata sesi sedemikian akan dilakukan setiap bulan namun berdasarkan kepada keperluan.

 

“Sesi ini baik untuk kakitangan mengenal lebih dekat pengurusan tertinggi universiti sekali gus menyuntik semangat bekerjasama antara mereka,” katanya.

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164