| 11 Jun 2011

9 Jun 2011 - Walaupun sibuk dengan urusan pentadbiran negeri, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak sempat hadir ke Insaniah bagi merasmikan upacara penutup Minggu Silaturrahim 2011. Dalam ucapannya, Dato' Seri Ustaz Azizan menasihati para pelajar agar menggunakan peluang yang ada di Insaniah untuk mencapai kecemerlangan dan tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak sihat. Beliau juga berharap agar kesemua pelajar yang berada di hadapannya akan menjadi pelajar-pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak nanti. Dalam majlis itu juga, sejumlah hampir 1300 orang pelajar telah melafazkan ikrar di hadapan Menteri Besar, para staf kanan Insaniah dan juga para pensyarah. Seterusnya, lafaz ikrar tersebut diserahkan kepada YAB Menteri Besar sambil disaksikan Rektor Insaniah, Prof Dato' Wira Dr Jamil Osman. Warga Insaniah mendoakan kejayaan kepada kesemua pelajar baru sesi 2011!!




