| 25 November 2011

24 November – “Kualiti.” Inilah yang menjadi penekanan dalam perancangan strategik INSANIAH bagi mencapai tahap “world class” dalam dunia akademik. Ini telahpun terbukti dengan terasminya Pusat Jaminan Kualiti hari ini. Antara tetamu-tetamu yang hadir di majlis ini adalah Prof. Madya Zakariya Man (Timbalan Rektor Akademik), Prof. Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar) dan juga Tuan Haji Mohd Najib Haji Abdullah (Pendaftar).
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran penceramah undangan iaitu Tuan Kamarulzaman Md Ali (Pengarah Pusat Jaminan Kualiti Universiti Utara Malaysia) dengan ceramahnya yang bertajuk “Budaya Kerja Cemerlang.” Penubuhan Pusat Jaminan Kualiti ini adalah bertujuan untuk membangunkan kurikulum pendidikan tinggi bersepadu serta menawarkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang menepati kehendak pelanggan, pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan pemasaran. Ianya juga befungsi memastikan pelanggan berpuashati dengan mutu peningkatan kualiti yang berterusan.
Dengan adanya pusat jaminan kualiti ianya akan memudahkan INSANIAH dalam melaksanakan strategi untuk menjadi sebuah institusi Islam yang bertaraf antarabangsa dan menjadikan INSANIAH sebuah institusi yang dicontohi oleh universiti-universiti yang lain. Tahniah diucapkan kepada Prof Madya Dr Sharifah Azizah Syed Sahil selaku Pengarah Pusat Jaminan Kualiti atas usaha gigih beliau!



