28 Februari 2012

INSANIAH, 27 Februari – Kolej Universiti INSANIAH dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) sepakat dan setuju memeterai Perjanijian Persetujuan (MoA) bagi menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah yang dijangka dimulakan selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.
Persetujuan itu dicapai hasil perbincangan pengurusan tertinggi, dekan dan pensyarah kanan INSANIAH bersama delegasi KIPSAS yang diketuai presidennya, Dato’ Hj. Hashim Abd. Wahab ketika rombongan berkenaan mengadakan lawatan ke INSANIAH hari ini.
Selain menjurus hal ehwal akademik, antara perkara lain yang disentuh adalah proses pelaksanaan dan tadbir urus kampus berkesan.
Melihat akan pencapaian memberangsangkan yang dikecap INSANIAH dalam tempoh singkat, ia mendorong KIPSAS untuk mempraktikkan langkah sama bagi menjadi antara salah satu institusi pengajian tinggi Islam terbaik di rantau ini.




