| 09 September 2009
IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian ini dibentuk bagi merealisasikan keperluan tenaga kerja negara terutamanya dalam bidang perakaunan. Selain dari itu, kurikulum Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian ini juga direkabentuk supaya ianya dapat melahirkan graduan perakaunan yang mempunyai ciri-ciri akauntan masa hadapan, iaitu mempunyai kemahiran dan pengetahuan perakaunan yang mendalam di samping mempunyai pengetahuan-pengetahuan perakaunan islam supaya akauntan masa hadapan ini boleh menjadi akauntan professional, penganalisis kewangan dan penyaing di peringkat global, tidak terhad dalam negara sahaja. Graduan perakaunan KUIN juga di dedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain untuk menjadi nilai tambah dalam menghadapi dunia pekerjaan seperti kemahiran berkomunikasi, mengetahui selok belok keusahawanan, mempunyai nilai etika yang tinggi, mahir dalam hubungan antara manusia dan lain-lain lagi. Graduan perakaunan yang dilahirkan oleh KUIN juga telah dipupuk dan diterapkan dengan nilai-nilai insan yang berakhlak, bertaqwa, bermoral, beretika dan bertanggungjawab, berlandaskan kepada nilai-nilai murni Islam terhadap persekitarannya termasuk sesama manusia dan persekitarannya.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Foundation English, Foundation Arabic, Bahasa kebangsaan A, Matematik Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Pengurusan, Prinsip Ekonomi, Asas Keusahawanan, Asas Statistik dan Ko-Kurikulum 1.
Semester 2 – Tahun 1
English for Specific Purposes, Pengajian Malaysia, Bahasa Arab 1, Tafsir dan Sains Al_Quran, Asas Muamalat. Al-Quran 1, Sistem Maklumat Pengurusan, Asas Perakaunan Kewangan 1, Komunikasi Perniagaan dan Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 2
Reading and Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Al-Quran 2, Asas Perakaunan Kewangan 2, Perakaunan Pengurusan 1, Audit 1, Undang-Undang Perniagaan
Semester 4 – Tahun 2
Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Audit 2, Perakaunan Kewangan & Pelaporan 1, Undang-Undang Syarikat, Perakaunan Pengurusan 2. Sistem Maklumat Perakaunan 1
Semester 5 – Tahun 3
Perakaunan kewangan & Pelaporan 2, Pencukaian 1, Tadbir Urus Korporat dan Etika Pengurusan, Perakaunan Sektor Awam, Sistem Maklumat Perakaunan 2, Gelagat Organisasi, Pengurusan Kewangan
Semester 6- Tahun 3
Perakaunan Kewangan & Pelaporan 3, Pencukaian 2, Pengajian Islam, Standard-Standard Dalam Perakaunan Islam, Pengurusan Strategik, Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
Semester 7- Tahun 4
Latihan Industri
Semester 8- Tahun 4
Teori Dan Amalan Perakaunan, Amalan Kesetiausahaan Syarikat, Auditan, Etika dan Tadbir Urus Syarikat Dalam Institusi Kewangan islam, Perakaunan Forensik, Pencukaian 3.




