| 09 September 2009
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dibahagikan kepada 3
- IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (RANGKAIAN)
- IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI MULTIMEDIA)
- IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (E-DAGANG)
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (RANGKAIAN)
PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Rangkaian) yang dijalankan di kulliyyah ini merupakan suatu program yang direkabentuk supaya dapat memenuhi keperluan modal insan negara khususnya dalam bidang rangkaian. Program ini memerlukan tempoh pengajian selama 3 tahun (6 semester) untuk dilengkapkan yang merangkumi pengajian berkaitan prinsip-prinsip penting rangkaian, penghala dan pensuisan, pengurusan rangkaian, pembangunan aplikasi bergerak, serta latihan praktikal dan projek industri. Bagi melahirkan graduan yang lebih berdaya saing di industri, program ini turut menerapkan subjek-subjek yang berkaitan dengan Akademi Rangkaian Cisco di mana pelajar-pelajar ini dapat mengambil sijil-sijil rangkaian daripada Cisco seperti CCNA dan CCNP.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Pengaturcaraan C, Konsep Teknologi Maklumat, Matematik 1, Sistem dan Organisasi Komputer, Dasar Perundangan Islam, Asas Muamalat, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Sistem Maklumat Pengurusan, Pengaturcaraan Java, Matematik 2, Interaksi Manusia Komputer, English for Specific Purposes, Bhs. Kebangsaan A/B, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 1
Analisa dan Rekabentuk Sistem, Pengajian Malaysia, Bahasa Arab 1
Semester 1 – Tahun 2
Statistik dan Kebarangkalian, Teknologi Rangkaian Komputer, Pengurusan Pangkalan Data, Komuniksi Data, Sistem Teragih, Reading & Writing for Academic Purpose, Al-Quran 1
Semester 2 – Tahun 2
Pengurusan Projek, Rangkaian Lanjutan, Pengaturcaraan Rangkaian, Bahasa Arab 2, Al-Quran 2, Pengajian Islam, Public Speaking,
Semester 3 – Tahun 2
Asas Keusahawanan, Sistem Pengoperasian, Tafsir dan Sains Al-Quran
Semester 1 – Tahun 3
Prinsip Keselamatan Maklumat, Pembangunan Aplikasi Bergerak, Projek Rangkaian, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Aqidah dan Akhlak, Bahasa Arab 3
Semester 2 – Tahun 3
Pengaturcaraan Integratif, Keselamatan Rangkaian, Penghala dan Pensuisan, Pengurusan Rangkaian
Semester 3 – Tahun 3
Latihan Industri
Klik DISINI untuk memuat turun struktur IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (RANGKAIAN)
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN
(TEKNOLOGI MULTIMEDIA)
PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Multimedia) adalah salah satu program yang ditawarkan di Kulliyyah Muamalat di KUIN. Ia berlansung selama 3 tahun. Secara umumnya, program teknologi multimedia di KUIN lebih menekankan prinsip dan rekabentuk sistem multimedia seperti penghasilan aminasi dan grafik komputer, teknologi audio dan video digital, pangkalan data multimedia dan rangkaian dalam multimedia. Skill dan juga kemahiran graduan dalam proses rekabentuk komputer 3D, animasi 3D, penyeliaan projek dan juga R&D adalah elemen-elemen penting dalam pembangunan multimedia yang diterapkan dalam proses pembelajaran di KUIN. Latihan industri juga diwajibkan kepada semua bakal graduan multimedia untuk memberi pendedahan awal terhadap industri multimedia khususnya di Malaysia. Latihan lebih mengutamakan industri yang berkaitan dengan multimedia serta yang terlibat secara langsung dengan multimedia.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Pengaturcaraan C, Konsep Teknologi Maklumat, Matematik 1, Sistem dan Organisasi Komputer, Dasar Perundangan Islam, Asas Muamalat, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Sistem Maklumat Pengurusan, Pengaturcaraan Java, Matematik 2, Interaksi Manusia Komputer, English for Specific Purposes, Bhs. Kebangsaan A/B, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 1
Analisa dan Rekabentuk Sistem, Pengajian Malaysia, Bahasa Arab 1
Semester 1 – Tahun 2
Statistik dan Kebarangkalian, Teknologi Rangkaian Komputer, Pengurusan Pangkalan Data, Seni Lukis dan Grafik, Pengenalan Multimedia, Reading & Writing for Academic Purpose, Al-Quran 1
Semester 2 – Tahun 2
Pengurusan Projek, Teknologi Audio dan Video Digital, Animasi dan Grafik Berkomputer, Bahasa Arab 2, Al-Quran 2, Pengajian Islam, Public Speaking,
Semester 3 – Tahun 2
Asas Keusahawanan, Sistem Pengoperasian, Tafsir dan Sains Al-Quran,
Semester 1 – Tahun 3
Prinsip Keselamatan Maklumat, Pengarangan Multimedia, Projek Multimedia, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Aqidah dan Akhlak, Bahasa Arab 3
Semester 2 – Tahun 3
Pengaturcaraan Integratif, Aplikasi Permodelan 3D, Capaian Maklumat Multimedia, Realiti Maya
Semester 3 – Tahun 3
Latihan Industri
Klik DISINI untuk memuat turun struktur IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI MULTIMEDIA)
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN
(E-DAGANG)
PENGENALAN
Hampir kesemua perniagaan pada hari ini mempunyai laman web untuk memasarkan produk dan perkhidmatan secara atas talian. Penggunaan teknologi ICT meluaskan lagi saiz pasaran produk dan perkhidmatan ke seluruh pelusuk dunia. Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (E-Dagang) merupakan program pengajian yang menggabungkan bidang perkomputeran dan perniagaan. Program ini ditawarkan di Kulliyyah Muamalat KUIN dan jangkamasa pengajian adalah selama 3 tahun. Para pelajar akan mendalami dua gabungan bidang ini secara teori dan praktikal. Bidang perkomputeran menawarkan pengajian berkaitan dengan perdagangan elektronik, kawalan keselamatan dalam pembayaran elektronik, pergudangan data dan juga pengaturcaraan web. Selain itu, graduan juga akan didedahkan kepada pengajian perniagaan berkenaan dengan asas perniagaan, pemasaran internet, pengiklanan dan penjenamaan. Bagi mengaplikasikan teori pembelajaran, graduan akan menjalani Latihan Industri di syarikat-syarikat multinasional di dalam dan luar negara bagi memberi pendedahan awal, pengalaman dan cabaran dalam dunia pekerjaan.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Pengaturcaraan C, Konsep Teknologi Maklumat, Matematik 1, Sistem dan Organisasi Komputer, Dasar Perundangan Islam, Asas Muamalat, Ko-Kurikulum 1
Semester 2 – Tahun 1
Sistem Maklumat Pengurusan, Pengaturcaraan Java, Matematik 2, Interaksi Manusia Komputer, English for Specific Purposes, Bhs. Kebangsaan A/B, Ko-Kurikulum 2
Semester 3 – Tahun 1
Analisa dan Rekabentuk Sistem, Pengajian Malaysia, Bahasa Arab 1
Semester 1 – Tahun 2
Statistik dan Kebarangkalian, Teknologi Rangkaian Komputer, Pengurusan Pangkalan Data, Asas Perniagaan, E-Dagang, Reading & Writing for Academic Purpose, Al-Quran 1
Semester 2 – Tahun 2
Pengurusan Projek, Perkhidmatan E-Perbankan dan Kewangan, Pengaturcaraan Web, Bahasa Arab 2, Al-Quran 2, Pengajian Islam, Public Speaking
Semester 3 – Tahun 2
Asas Keusahawanan, Sistem Pengoperasian, Tafsir dan Sains Al-Quran
Semester 1 – Tahun 3
Prinsip Keselamatan Maklumat, Iklan, Jenama dan Identiti, Projek E-Dagang, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Aqidah dan Akhlak, Bahasa Arab 3
Semester 2 – Tahun 3
Pengaturcaraan Integratif, Pergudangan Data, Pemasaran Internet, Kawalan Keselamatan dalam E-Pembayaran
Semester 3 – Tahun 3
Latihan Industri
Klik DISINI untuk memuat turun struktur IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (E-DAGANG)




