Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

 

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (UMUM)

Program ini direkabentuk bagi menghasilkan graduan yang berkemahiran dan berkualiti di mana mereka mampu berdikari dan bersaing, kreatif dan inovatif, analitikal dan pakar dalam bidang pengurusan dan perniagaan serta boleh menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran semasa samada di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa. Program ini diperkenalkan untuk memberi holistic view kepada pelajar tentang konsep serta teori pengurusan, pemasaran, perundangan, perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Pelajar juga turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Graduan ini juga mampu menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal.

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1 – Tahun 1

Komunikasi Perniagaan, Matematik Pengurusan, Asas Pemasaran, Asas Pengurusan, Asas Perakaunan Kewangan I, Aplikasi Komputer, Foundation English, Foundation Arabic, Bahasa Kebangsaan A, Ko-Kurikulum 1

Semester 2 – Tahun 1

Pengurusan Pemasaran, Asas Perakaunan Kewangan II, Tafsir dan Sains Al-Quran, Asas Muamalat, Asas Statistik, Al-Quran 1, Pengajian Malaysia, English for Specific Purposes, Bahasa Arab 1, Ko-Kurikulum 2

Semester 3 – Tahun 2

Undang-undang Perniagaan, Gelagat Organisasi, Etika Pengurusan, Pengurusan Sumber Manusia, Asas Keusahawanan, Hadis dan Sains Hadis, Muamalat Kontemporari, Reading & Writing for Academic Purpose, Bahasa Arab 2, Al-Quran 2

Semester 4 – Tahun 2

Pengurusan Kewangan, Pengenalan E-Dagang, Undang-undang Syarikat, Asas Perakaunan Pengurusan, Public Speaking, Bahasa Arab 3, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak, Pengajian Islam

Semester 5 – Tahun 3

Pengurusan Perubahan, Kaedah Penyelidikan, Pengurusan Perundingan, Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Pengeluaran dan Operasi, Prinsip Ekonomi

Semester 6 – Tahun 3

Pengurusan Strategik, Hubungan Industri, Sistem Maklumat Pengurusan, Seminar Pemikiran Pengurusan

Semester 7 – Tahun 3 (Cuti Semester)

Latihan Industri

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM)

Program ini diperkenalkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan tenaga kerja mahir dalam bidang kewangan dan perbankan bagi memenuhi permintaan pasaran di peringkat negara dan antarabangsa. Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang kewangan dan perbankan Islam. Sepuluh mata pelajaran pengkhususan dalam bidang kewangan dan perbankan Islam termasuklah Analisis Pelaburan Islam, Dinar Emas, Tadbir urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam, Dasar Perundangan Kewangan dan Perbankan Islam, Teori dan Praktis Kewangan dan Perbankan Islam, Dasar Fiskal dan Kewangan Islam, Sistem Kewangan Islam, Institusi Kewangan Islam, Muamalat dan Muamalat Kontemporari. Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti sains dan sains hadis, Tafsir dan Sains Al-Quran, Dasar Perundangan Islam, Aqidah dan Akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Program pengajian ini bakal melahirkan graduan yang mampu menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal.

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1 – Tahun 1

Matematik Pengurusan, Pemasaran, Pengurusan, Aplikasi Komputer,English for Specific Purposes, Al-Tadbiqiy, Ko-Kurikulum 1

Semester 2 – Tahun 1

Pengurusan Pemasaran, Komunikasi Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Statistik, Reading & Writing for Academic Purposes, Al-Kitabah, Ko-Kurikulum 2

Semester 3 – Tahun 1 (Semester Pendek)

Bahasa Kebangsaan A/B, Pengajian Malaysia, Al-Quran 1, Al-Kitabah wa Al-Kitabah

Semester 4 – Tahun 2

Gelagat Organisasi, Etika Pengurusan, Keusahawanan, Muamalat, E-Dagang, Perakaunan Kewangan, Public Speaking

Semester 5 – Tahun 2

Undang-undang Perniagaan, Muamalat Kontemporari, Institusi Kewangan Islam, Ekonomi, Perakaunan Pengurusan, Sistem Maklumat Pengurusan

Semester 6 – Tahun 2 (Semester Pendek)

Pengajian Islam, Al-Quran, Aqidah dan Akhlak, Tafsir dan Sains Al-Quran

Semester 7 – Tahun 3

Sistem Kewangan Islam, Dasar Fiskal Kewangan Islam, Teori dan Praktis Kewangan dan Perbankan Islam, Kaedah Penyelidikan, DasarPerundangan Islam, Hadis dan Sains Hadis

Semester 8 – Tahun 3

Pengurusan Strategik, Dasar Perundangan Kewangan dan Perbankan Islam, Tadbir Urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam, Dinar Emas, Analisis Pelaburan Islam

Semester 9 – Tahun 3 (Cuti Semester)

Latihan Industri

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM)

Program Perancangan Kewangan Islam direkabentuk untuk memberi kefahaman terhadap perancangan kewangan dari perspektif Islam. Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang perancangan kewangan Islam. Sepuluh mata pelajaran pengkhususan dalam bidang perancangan kewangan Islam merangkumi Muamalat Kontemporari, Institusi Kewangan Islam, Analisis Pelaburan Islam, Asas Perancangan Kewangan Islam, Perancangan Zakat dan Cukai, Perancangan Harta Islam, Persaraan dan Wasiat, Pengurusan Risiko dan Perancangan Takaful, Tadbir urus Korrporat dalam Institusi Kewangan Islam, dan Sistem Kewangan Islam. Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini.

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1 – Tahun 1

Matematik Pengurusan, Pemasaran, Pengurusan, Aplikasi Komputer,English for Specific Purposes, Al-Tadbiqiy, Ko-Kurikulum 1

Semester 2 – Tahun 1

Pengurusan Pemasaran, Komunikasi Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Statistik, Reading & Writing for Academic Purposes, Al-Kitabah, Ko-Kurikulum 2

Semester 3 – Tahun 1 (Semester Pendek)

Bahasa Kebangsaan A/B, Pengajian Malaysia, Al-Quran 1, Al-Kitabah wa Al-Kitabah

Semester 4 – Tahun 2

Gelagat Organisasi, Etika Pengurusan, Keusahawanan, Muamalat, E-Dagang, Perakaunan Kewangan, Public Speaking

Semester 5 – Tahun 2

Undang-undang Perniagaan, Muamalat Kontemporari, Institusi Kewangan Islam, Ekonomi, Perakaunan Pengurusan, Sistem Maklumat Pengurusan

Semester 6 – Tahun 2 (Semester Pendek)

Pengajian Islam, Al-Quran, Aqidah dan Akhlak, Tafsir dan Sains Al-Quran

Semester 7 – Tahun 3

Sistem Kewangan Islam, Asas Perancangan Kewangan Islam, Perancangan Zakat dan Cukai, Kaedah Penyelidikan, Dasar Perundangan Islam, Hadis dan Sains Hadis

Semester 8 – Tahun 3

Pengurusan Strategik, Perancangan Harta Islam, Persaraan dan Wakaf, Pengurusan Risiko dan Perancangan Takaful, Tadbir Urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam, Analisis Pelaburan Islam

Semester 9 – Tahun 3 (Cuti Semester)

Latihan Industri

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PENGURUSAN RISIKO DAN TAKAFUL)

Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang insurans Islam. Sepuluh mata pelajaran pengkhususan dalam bidang insurans Islam merangkumi Muamalat, Muamalat Kontemporari, Risiko dan Takaful, Prinsip dan Amalan Takaful, Pengurusan Takaful Harta dan Liabiliti, Pengurusan Takaful Keluarga dan Kesihatan, Takaful di Malaysia, Pengurusan Risiko Korporat, Pengurusan Risiko Islam, dan Tadbir urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam. Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti asas muamalat, dasar perundangan Islam, aqidah dan akhlak dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Selepas tamat pengajian, graduan program ini berkelayakan untuk memegang jawatan dalam syarikat insuran Islam (Takaful) dan juga sektor-sektor lain sebab pengurusan risiko menjadi aspek utama dalam organisasi. Secara khususnya, industri insurans Islam menawarkan banyak peluang kerjaya kepada graduan program ini.

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1 – Tahun 1

Matematik Pengurusan, Pemasaran, Pengurusan, Aplikasi Komputer,English for Specific Purposes, Al-Tadbiqiy, Ko-Kurikulum 1

Semester 2 – Tahun 1

Pengurusan Pemasaran, Komunikasi Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Statistik, Reading & Writing for Academic Purposes, Al-Kitabah, Ko-Kurikulum 2

Semester 3 – Tahun 1 (Semester Pendek)

Bahasa Kebangsaan A/B, Pengajian Malaysia, Al-Quran 1, Al-Kitabah wa Al-Kitabah

Semester 4 – Tahun 2

Gelagat Organisasi, Etika Pengurusan, Keusahawanan, Muamalat, E-Dagang, Perakaunan Kewangan, Public Speaking

Semester 5 – Tahun 2

Undang-undang Perniagaan, Muamalat Kontemporari, Risiko dan Takaful, Perakaunan Pengurusan, Sistem Maklumat Pengurusan

Semester 6 – Tahun 2 (Semester Pendek)

Pengajian Islam, Al-Quran, Aqidah dan Akhlak, Tafsir dan Sains Al-Quran

Semester 7 – Tahun 3

Prinsip dan Amalan Takaful, Pengurusan Risiko Korporat, Pengurusan Takaful Harta dan Liabiliti, Kaedah Penyelidikan, Dasar Perundangan Islam, Hadis dan Sains Hadis

Semester 8 – Tahun 3

Pengurusan Strategik, Pengurusan Takaful Keluarga dan Kesihatan, Takaful di Malaysia, Pengurusan Risiko Islam, Tadbir Urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam

Semester 9 – Tahun 3 (Cuti Semester)

Latihan Industri

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164