porn
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

 

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KR 9705)

Program-program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dan Diploma yang ditawarkan oleh Kulliyyah Muamalat adalah untuk menyokong pencapaian matlamat KUIN sebagai pusat rujukan kecemerlangan ilmu di samping menyokong dasar-dasar pengurusan dan pembangunan negara.

Objektif penawaran program.

  • Melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang agama dan berkemahiran professional.
  • Memberikan ’holisyic view’ kepada pelajar tentang konsep serta teori pengurusan, pemasaran, perundangan, perakaunan, ekonomi dan sebagainya yang telah diintegrasi dengan elemen-elemen Islam.
  • Membolehkan pelajar menganalisis serta menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran pengurusan perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal.
  • Membentuk dan melahirkan graduan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di dalam bidang pengurusan sama ada di sektor awam mahupun swasta.
  • Melahirkan graduan yang ingin menjadi usahawan dan ahli korporat yang berjaya.
  • Melengkap dan mengeluarkan graduan yang mantap dari segi intelektual, spiritual dan mempunyai pengetahuan yang holistik dalam bidang pengurusan perniagaan.
  • Melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

 

 


STRUKTUR PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KR 9705)

Sem 1 (Tahun 1)

Ko Kurikulum 1, Bahasa Arab Asas (Tiada kredit ), English 1, *Bahasa Kebangsaan A, Pengajian Tajwid, Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan, Pengajian Malaysia

Sem 2 (Tahun 1)

Ko Kurikulum 2, Bahasa Arab 1, English 2, Pengajian Al-Quran 1, Mikro ekonomi, Asas Statistik, Asas Pemasaran, Aqidah dan Tasawuf

Sem 3 (Tahun 2)

English 3, Bahasa Arab 2, Pengajian Al-Quran 2, Gelagat Organisasi, Perakaunan Kewangan, Undang-undang Perniagaan, Makro ekonomi

Sem 4 (Tahun 2)

Pengajian Islam, Pengajian Al-Quran 3, Pengurusan Sumber Manusia, Komunikasi Perniagaan, Pengurusan Pengeluaran & Operasi, Asas Perakaunan Pengurusan, Bahasa Arab 3

Sem 5 (Tahun 3)

Asas Keusahawanan, E-Dagang, Perniagaan Antarabangsa, Asas Kewangan, Kaedah Pengurusan dan Perniagaan, Pengajian Al-Quran 4, Latihan Industri

 

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164