| 16 September 2009
DIPLOMA PERBANKAN ISLAM
PENGENALAN
Sistem Perbankan Islam semakin berkembang pesat pada masa kini. Akibat daripada kemelesetan ekonomi global pada penghujung tahun 2008, sistem kewangan dan perbankan Konvensional telah memperlihatkan kelemahan yang ada di dalam sistem ini. Sistem kewangan Islam dan perbankan Islam dilihat mampu untuk menyelesaikan masalah kepada ekonomi global pada masa kini. Dengan perkembangan serta penerimaan masyarakat ke atas insititusi perbankan Islam kini, maka produk serta sistem sedia ada haruslah mempunyai tahap inovasi dan inovatif bagi mengekalkan daya saing di peringkat global. Perbankan Islam bukan sahaja terletak kepada pengurusan yang sistematik serta produk yang baik, tetapi ianya perlu kepada sistem perkongsian ilmu yang menyeluruh seperti penguasaan di dalam bidang pentadbiran, sistem teknologi maklumat, pemasaran, kewangan dan yang lebih penting lagi ialah produk-produk perbankan Islam haruslah berlandaskan kepada Syariat Islam yang menyeluruh ke arah melahirkan sistem ekonomi global yang bukan sahaja untuk keuntungan inidividu semata-mata tetapi ke arah keuntungan ummah sejagat. Dengan ini program Diploma Perbankan Islam yang ditawarkan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dapat membantu ke arah melahirkan graduan-graduan yang mampu berfikir secara global dan kritis dalam menjamin sistem perbankan Islam yang lebih tulus dan berlandaskan hukum Syarak. Program ini ditawarkan di Kulliyyah Muamalat KUIN dan jangkamasa pengajian adalah selama 2 ½ tahun. Mahasiswa dan mahasiswi akan mendalami dua gabungan bidang ini secara teori dan praktikal. Pengetahuan dan nilai-nilai Islam menjadi pendorong kepada pemurnian program Diploma Perbankan Islam di KUIN. Bagi mengaplikasikan teori pembelajaran secara lebih berdaya saing, para graduan akan menjalani Latihan Industri di bank-bank serta syarikat-syarikat multinasional di dalam dan luar negara bagi memberi pendedahan awal, pengalaman dan cabaran dalam dunia pekerjaan. Dengan ini negara Malaysia mampu melahirkan Modal Insan yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju diperingkat global.
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1 – Tahun 1
Ko-Kurikulum 1, English 1, Bahasa Arab 1, Pengajian Tajwid, Aplikasi Komputer, Asas Pengurusan, Matematik Perniagaan
Semester 2 – Tahun 1
Ko Kurikulum 2, English 2, Bahasa Arab 2, Pengajian Al-Quran 1, Prinsip Ekonomi, Asas Statistik, Asas Pemasaran, Fiqh Muamalat
Semester 3 – Tahun 1 (Semester Pendek)
Pengajian Malaysia, *Bahasa Kebangsaan A, Aqidah dan Tasawuf, Pengajian Islam
Semester 4 – Tahun 2
English 3, Bahasa Arab 3, Pengajian Al-Quran 2, Perakaunan Kewangan, Sistem Ekonomi Islam, Produk-produk Lewangan & Perbankan Islam, Undang-undang Perniagaan
Semester 5 – Tahun 2
Pengajian Al-Quran 3, Asas Perakaunan Pengurusan, Sumber Dana dan Perlaksanaannya Dalam Sistem Kewangan Islam, Pengurusan Kontrak dalam Transaksi Perbankan Islam, Prinsip dan Operasi Perbankan Islam, Asas Kewangan, Institusi Kewangan Islam
Semester 6– Tahun 2 (Semester Pendek)
Latihan Industri
Semester 7– Tahun 3
Pengajian Al-Quran 4, Asas Keusahawanan, Pasaran Modal Iskam di Malaysia, Dinanisme Kewangan Islam di Malaysia, Keuntungan Dalam Sistem Pebankan Islam




