Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

| PENGENALAN | VISI & MISI | MOTO | KELAYAKAN KEMASUKAN | PROGRAM YANG DITAWARKAN |

| TEMPOH PENGAJIAN | YURAN PENGAJIAN | PROSPEK KERJAYA | AKTIVITI | HUBUNGI KAMI |

 

PENGENALAN

Kulliyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal ditubuhkan bagi menyokong transformasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) untuk menjadi pusat pengajian tinggi Islam yang bersifat glokal dan global yang mana menawarkan pelbagai bidang pengajian profesional dan bukan hanya tertakluk untuk pengajian agama sahaja. Kulliyyah ini akan menjadi penanda aras kepada pengajian hospitaliti Islam yang makin di terima pakai secara menyeluruh di dunia amnya dan Malaysia khasnya. Susunan subjek-subjek pengajian hospitaliti di suntik pula dengan subjek - subjek pengajian Islam meletakkan Kulliyah Hospitaliti KUIN di satu tahap yang berlainan dalam persada ilmu di Malaysia dengan harapan tinggi untuk melahirkan profesional-profesional hospitaliti Islam yang mampan dan berdaya saing selaras dengan kehendak Al-Quran dan Hadis. Di samping itu, KUIN amat menitik beratkan pengambilan pensyarah-pensyarah yang berkaliber yang mana mereka adalah jauhari dalam bidang hospitaliti ini bagi menyalurkan ilmu kepada pelajar-pelajar yang diamanahkan kepada KUIN dengan sebaik mungkin, Insya Allah.

VISI

 

Menjadi peneraju kepada perkembangan bidang hospitaliti yang berteraskan Islam.

MISI

 

Mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses islamisasi ilmu hospitaliti.

MOTO

"Mesra, Cekap dan Amanah"

 

KELAYAKAN KEMASUKAN

 

Syarat Umum

 

Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

 

Atau

 

Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia serta diperakui oleh senat.

 

Syarat Khusus

 

Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

 

1. DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN PERKHIDMATAN MAKANAN HALAL (sedang ditawarkan)

2. DIPLOMA PENGURUSAN SENI KULINARI (akan ditawarkan)



TEMPOH PENGAJIAN

 

3 tahun dengan 6 semester pengajian, semester akhir adalah untuk latihan industri.

 

YURAN PENGAJIAN

 

* Penginapan & Logistik Untuk Pelajar Yang Tinggal di Asrama Sahaja

 

PINJAMAN DAN BANTUAN PENDIDIKAN BIASISWA

 

  • Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan PTPTN.
  • Bagi anak kelahiran Kedah atau salah seorang daripada ibu atau bapa kelahiran Kedah, bolehlah memohon bantuan dalam bentuk Biasiswa melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Biasiswa atau Pinjaman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ( LBNK ) dari Wisma Darulaman serta bantuan wang zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

PROSPEK KERJAYA

 

Graduan hospitaliti boleh memohon jawatan untuk bekerja di bidang perhotelan, perhubungan pelanggan dan apa sahaja bidang yang berkaitan dengan perkhidmatan. Disamping itu, mereka juga layak untuk memohon jawatan tutor/fellow di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam, atau pensyarah di IPTS, politeknik, Kolej Mara dan Kolej Komuniti dan profesion dalam bidang sastera dan sosial (Gred 27 dan 41 dalam perkhidmatan awam.)



Lawatan sambil belajar pelajar semester 1 2010/2011 ke Homestay Kampung Jeruju

 

HUBUNGI KAMI

 

Dekan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal

Kolej Universiti Insaniah

Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05350 Alor Star,

Kedah Darulaman.

E-mail:  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Pembantu Tadbir : Nur Saadah Binti Roslan

E-mail:  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

No. Tel : 04-7713754

 



Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164