Oleh Kolej Universiti Insaniah
|
04 Oktober 2009
Objektif
PPSP berhasrat untuk mewujudkan suasana dan prasarana bagi membolehkan program-program pengajian siswazah di KUIN berjalan dengan sempurna dan berkembang dari masa ke semasa untuk meningkatkan dayasaing KUIN dalam industri pendidikan tinggi di negara dan antarabangsa. Secara khusus, PPSP mensasar untuk;
1. Membantu Kulliyaah membina program pengajian siswazah dalam berbagai disiplin yang disepadukan dengan tuntutan Islam.
2. Menyediakan prasarana bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat pengajian siswazah, dan
3. Membantu Kulliyyah dalam pemantauan kemajuan calon-calon sarjana dan Doktor Falsafah