11 Oktober 2009
KULLIYYAH MULTIMEDIA DAN KREATIVITI
Pengenalan
Kulliyyah Multimedia dan Kreativiti mengabungkan pembelajaran akademik dengan kerja-kerja produksi teknologi kreatif digital secara meluas. Pendekatan ini terbukti apabila Kolej Universiti Insaniah di iktiraf sebagai perintis awal di dalam pembelajaran multimedia kreatif.
Kulliyyah ini ditubuhkan pada tahun 2008 dan di pelopori dengan tujuan tertentu – menghasilkan para pereka pengisian berpaksi kepada suasana dan budaya Islam. Di waktu kini, apabila dunia dipacu oleh pengetahuan dan maklumat, penerapan nilai-nilai Islam di dalam dasar teknologi amatlah berkurangan. Pada dasarnya kulliyyah ini ditubuhkan agar dapat mengekalkan warisan Islam dengan kaedah teknologi.
Kursus-kursus kami, disesuaikan kearah ilmu rekacipta, pemikiran kreatif dan kemahiran komputasi direka agar menghasilkan kemahiran yang mencukupi untuk memenuhi kehendak globalisasi kepada maklumat, hiburan, pendidikan dan telekomunikasi.
Keseimbangan tenaga pengajar kami yang terdiri dari ahli-ahli akademik yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas di dalam industri senilukis, penyiaran, komputasi, animasi dan pengiklanan. Kami bersepakat untuk menjayakan pemindahan teknologi sejajar dengan nilai-nilai kerohanian Islam didalam perjalanan kerja-kerja dan pendidikan dengan menggunakan kaedah terkini.
Misi dan Visi Kulliyyah
Untuk menjadi pusat kepada Kecemerlangan Kreatif di dalam penggunaan Teknologi Media Digital melalui innovasi dan menjadi Kuliyyah Islam Multimedia dan Kreativiti yang pertama di dunia Islam yang akan menghasilkan khalifah-khalifah siber bersedia menyelesaikan masaalah ummah melalui cara-cara yang sewajar iaitu berdakwah kepada komuniti sejagat. Teknik pengajaran dan pembelajaran didalam Kulliyyah ini dilakukan dengan kaedah kuliah umum, kemahiran kerja dan perbincangan penyelidikkan samaada persendirian atau berkelumpok. Kehadiran pakar-pakar di dalam pelbagai bidang, penceburan dalam industri video dan perfileman serta lawatan akademik akan memperkayakan proses pendidikan para pelajar.
Misi
“Menghasilkan INSAN kreatif bertaraf dunia yang berilmu, beriman dan beramal kepada Tuhan melalui teknologi multimedia.”
Visi
“Mengadakan INSAN yang Berwawasan hala huju, Berkeupayaan dan Berkemampuan.”
Moto
“Berwawasan hala tuju, Berupaya dan Berkemampuan”
Kenapa kami ?
Ia adalah perintis di dalam penerapan pemikiran Islam melalui program-program Kulliyyah Multimedia dan Kreativiti di Kolej Universiti INSANIAH, ia juga adalah yang pertama di dalam dunia Islam dengan tujuan menghasilkan para graduan yang berkaliber dan pintar serta kemahiran disertai nilai-nilai murni Islam sebagai asas. Ini adalah untuk memenuhi kehendak perkembangan industri kreatif multimedia berserta memiliki muslimin yang beramal dan berkelayakkan untuk mengisi kekosongan tenaga mahir.
Kulliyyah berkerjasama rapat dengan instituisi kerajaan dan swasta di dalam menjayakan projek-projek sedia ada di sepanjang tempoh kursus, yang di kenali sebagai UNITRI (Universiti Industri) sebagai sebahagian strategi untuk mencapai kecermelangan tenaga kerja.
INSANIAH beriltizam menjadi pusat serantau didalam penerokaan dan transformasi kreatif multimedia dan teknologi disamping mengekalkan warisan Islam sebagai cara hidup.
Pemikiran Islam
INSAN MAYA – khalifah siber berdaya kreatif menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh Ummah dengan menggunakan pendekatan yang sesuai (Pemikiran Kreatif) dan cara-cara Islam sebagai perkakas dakwah kepada masyarakat Islam dan masyarakat global.
Di dalam mengharungi situasi masakini, para graduan akan memiliki bakat dan keupayaan untuk berdakwah dan menyebarkan kefahaman ketuhanan (alMa’rifah) melalui pendidikan dan perspektif multimedia.
Tugas kami untuk menjana, mengembang, mengubah bentuk dan memperkuatkan ilmu kreatif dari kampus ke dunia Islam dan dunia secular, akan memerlukan perantaran bahasa Inggeris, Arab dan Melayu dalam penyampaian arahan-arahan pembelajaran.
Tujuan Insaniah menjadi pusat serantau di dalam penerokaan kreatif akan tercapai dengan perantaraan tiga-tiga bahasa yang dinyatakan diatas.
Misi kami mencerminkan makna yang sebenar INSAN yang boleh didefinasikan sebagai sifat manusia yang menyerah sepenuhnya kepada Tuhan.
Pendekatan berbeza penyelengaraan kelas-kelas
Studio Maya (Syarahan melalui internet dan intranet)
Memperbesarkan sepenuhnya pegunaan Internet dan Intranet
Studio Pusat ( Syarahan Perhimpunan)
Syarahan dalam perhimpunan untuk memastikan pembahagian samarata ilmu
Studio Hibrid (Syarahan Integrasi)
Mencampurkan syarahan dari pelbagai bidang disiplin untuk memastikan pelajar mendapat sebanyak yang patut
Studio Kuantum (syarahan dari pelbagai lokasi pertemuan)
Lokasi antarabangsa akan meninggikan kefahaman pelajar kepada budaya lain dan menyedarkan kepentinggan menjadi warga antarabangsa (Lokasi seperti Indonesia, Thailand, Yemen, Saudi Arabia dan lan-lain)
Studio Sejagat (Syarahan sejagat tanpa batasan)
Lokasi antarabangsa akan meninggikan kefahaman pelajar kepada budaya lain dan menyedarkan kepentinggan menjadi warga antarabangsa (Lokasi seperti Indonesia, Thailand, Yemen, Saudi Arabia dan lan-lain)
Bahasa penghantaran adalah di dalam bahasa Inggeris, Arab dan Melayu. Semua kuliah am diselenggarakan dalam bahasa Ingerris dan kelas tambahan di dalam bahasa Arab dan Melayu sebagai membantu mengatasi batasan bahasa negara-negara.
Sistem Pentadbiran Pembelajaran (LMS) sebagai satu prosedur piawaian operasi untuk semua program. Kami didalam peringkat penilaian dan penyelesaian masaalah beberapa applikasi.
Selain LMS, setiap kuliah syarahan akan di perangkakan ke server supaya para pelajar dapat memuat turun kuliah dan memindahkan naik di waktu sesuai.
Sistem Kamera Litar Tutup di dalam setiap kelas akan dirangkaikan ke laman sesawang supaya dapat dicapai oleh pelajar dan ahli keluarga untuk melihat anak mereka dibilik dan dewan kuliah secara rawak.
Sistem kami memerlukan infrastruktur yang di dalam pembinaan dan dijangka siap akhir tahun. Jalur lebar di perlukan untuk transmisi suara dan video sedang dalam kajian. Sistem ini akan berupaya secara rata membenarkan kadar 5-10 pencapaian pada sesuatu masa sehingga pencapaian 100 pelajar.
Kulliyyah dijalankan secara digital “tanpa kertas”, ini adalah cara yang kami akan selaraskan sebagai piawaian setiap studio dan kampus. Setiap perjalanan kuliah direkod dan boleh di muat turun pada waktu lain.
Dengan semua kemudahan ini, Universiti kami akan menjadi tanpa batasan, sempadan dan tanpa kertas, yang di idamkan akan siap setelah semua infrastruktur sedia.

Universiti juga akan menyediakan computer peribadi dengan cara mudah bayar, Hewlett Packard PC Tablet kepada setiap pelajar yang mendaftar Kursus Ijazah atau Diploma.
Kod Pakaian Kuliyyah
Kod Perempuan Kod Lelaki

Setiap pelajar perlu memakai kod pakaian yang mengikut piawaian dan di reka oleh Inkubator Fesyen Insanmaya.
Pusat Inkubator
Inkubator INSAN (menghasilkan pendapatan) Kuliyyah Multimedia dan Kreatif akan menjana pendapatan kepada para pelajar dan graduan INSANIAH. Diantara bidang-bidang yang boleh diterapkan program incubator adalah seperti berikut
- Pengiklanan InsanMaya
- Produksi Video InsanMaya
- WEB TV InsanMaya
- Seni Reka Digital InsanMaya
- Kreatif Multimedia InsanMaya
- Animasi InsanMaya
- Seni Reka Web InsanMaya
- Fotografi InsanMaya
- Hiburan Pembelajaran InsanMaya
- Pentadbiran Upacara InsanMaya
- Seni Halus InsanMaya
- Seni Bina InsanMaya
- Hiasan Dalaman InsanMaya
- Cara Hidup Café InsanMaya
- Reka Fesyen InsanMaya
- Pelancongan InsanMaya
- Kerohanian InsanMaya
- Penulis Kreatif InsanMaya
- Latihan Kreatif InsanMaya
- Agro InsanMaya
Kursus yang di tawarkan
- Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Kepujian)
- Ijazah Sarjana Muda Multimedia Grafik (Kepujian)
- Ijazah Sarjana Muda Web TV - IPTV (Kepujian)
- Diploma Kreatif Multimedia
- Diploma Senireka Grafik
- Diploma Digital Video
- Asasi Senireka dan Kreatif

Biasiswa dan Pinjaman
Untuk Pelajar Malaysia sahaja
-
Lembaga Biasiswa Negeri-Negeri
-
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
-
KWSP, Tabung 2 –penjaga
Untuk semua pelajar
40 Biasiswa akan di berikan kepada pelajar kolej Universiti INSANIAH setiap tahun
Peluang Pekerjaan
Dengan reputasi Universiti sebagai perintis Kuliyyah Islam yang pertama menganjur Kursus Multimedia dan Kreatif di dunia Islam akan menjamin para graduan mendapat peluang pekerjaan didalam pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Kekosongan para ilmuan yang mahir dalam bidang ini akan menjadi penarik untuk menjadi pembina isian, pereka yang berinteraktif, hiburan dalam pelajaran, animasi 3D, pereka laman sesawang, Web TV dan penyiaran, juru video kamera, jurufoto, penerbit filem pendek, dokumentari, penulis skrip, pengarang, editor, pembina perisian, pereka antara muka,pakar kesan khas, pengurus projek, pereka permainan video, pengiklan, direktor kreatif, pelukis digital, penjenama dan pereka imej, pembukusan, penerbit dan usahawan siber.
Dekan
Uzaini Amir
Email:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
Pemikiran Kreatif, Seni Halus, Catan dan Lukisan
Mohd Faiz Bin Alias
Jawatan : Timbalan Dekan, Ketua Tahunan dan Pengurus
Email:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
Kepakaran: Multimedia Grafik, Animasi 3D, Fotografi dan Video Grafik
Pensyarah
|
Akif Emir B. Ahmad Teruki
|
Nik Abdul Rashid |
|
Yahya Abdullah Jawatan : Timbalan Dekan / Ketua Kreatif Multimedia Email: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya Kepakaran: Pengarah Kreatif, Pengedit Video, Animasi 3D dan Pembinaan Permainan Video |
Abed Farhan Obed
|
|
Mohd Foad Hassan |
Mohd Faizar Bin Mohd Idris
|
|
Mior Zainal Abidin bin Mior Ahmad Jawatan: Pensyarah Kanan dan Pengurus Email:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
|
Alsyed Shahab Othman
|
|
Atif Dastgir Email:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
|
Ramzul Ihsan Bin Jamil Jawatan: Pensyarah dan Timbalan Pengurus Email: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya Kepakaran: Teknologi Maklumat
|
|
Ahmad Safuan Bin Zainuddin Jawatan: Pensyarah dan Timbalan Pengurus |




