Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF
There are no translations available.

 



PENGENALAN.

  

Pusat Kokurikulum ditubuhkan pada tahun 2005. Pada awal penubuhan Pusat Kokurikulum hanya menawarkan 4 kursus sahaja.Pada sesi 2009/2010 Pusat Kokurikulum menawarkan 16 kursus kokurikulum berkredit. Pada sesi 2010/2011 telah ditambah lagi 3 kursus, menjadikan tawaran kursus untuk sesi ini ialah 19 kursus.

Aktiviti Kokurikulum adalah aktiviti-aktiviti terancang dan berstruktur. Kursus Kokurikulum yang ditawarkan ini ialah kursus Kokurikulum berkredit. Kokurikulum berkredit perlu dititik beratkan sebagai kursus akedemik dan bukan kegiatan sampingan. Kursus ini bertujuan ke arah penyuburan dan pengkayaan kendiri yang sempurna serta pertumbuhan menyeluruh para pelajar.Selain itu ia dapat membina kecemerlangan akademik yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

 

VISI

Menjadi Pusat kecemerlangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum selaras dengan matlamat Universiti untuk melahirkan pelajar muslim yang berakhlak dan cemerlang dalam akedemik dan kokurikulum”.

 

 MISI

Untuk membina dan melahirkan graduan muslim yang berbakti kepada agama, masyarakat dan negara; dengan pengajaran yang berpandukan al-quran dan as-sunnah ”.

 

OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan keterampilan pelajar dalam aspek mental, fizikal dan kerohanian menerusi program dan aktiviti pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

 

OBJEKTIF OPERASI

Melatih aspek kepimpinan dengan menitik beratkan disiplin, organisasi dan kerjasama kumpulan di kalangan pelajar.

Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran diri ke arah “self-actualization” untuk faedah diri dan masyarakat.

Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan sesama pelajar.

Memenuhi hasrat universiti mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih berketrampilan dalam semua bidang.




FUNGSI  UTAMA PUSAT

Antara fungsi utama Pusat Kokurikulum ialah menawarkan Kursus Kokurikulum berkredit kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi memudahkan pemantauan Pusat Kokurikulum membuat pecahan kursus-kursus dan menubuhkan beberapa unit. Antara unit-unit yang ditubuhkan ialah :

 

UNIT KEPIMPINAN

i)   VKP    :         Kepimpinan

ii)  VMD   :        Pengurusan Masjid & Dakwah

iii) VKS    :        Pembimbing Rakan Siswa


 

 UNIT DEBAT

i)   VBM   :         Debat Bahasa Melayu

ii)   VBA   :         Debat Bahasa Arab

iii)  VBI     :        Debat Bahasa Inggeris

 

 

UNIT SENI SUARA     

i)   VSQ    :       Seni Al-Quran

ii)  VMB    :       Seni Marhaban, Berzanji & Burdah

 

UNIT AMAL ISLAMI

i)  VPI       :      Pergerakan Puteri Islam Insaniah

ii)  VTQ     :      Tahsin al-Quran

iii) VKK      :      Seni Kaligrafi Khat

 

UNIT SENI BELA  DIRI

i)  VKO     :      Kerate do

ii) VGH     :      Silat Gayong Harimau Hitam

 

UNIT PERTOLONGAN CEMAS

i)  VBB      :     Briged Bomba

ii)  VPA     :     Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

iii)  VSM    :     Bulan Sabit Merah Malaysia

 

UNIT BADAN BERUNFORM

i)  VAW    :     Askar Wataniah

ii)  VKS     :     Kelana Siswa Malaysia

 



 

AKTIVITI BAGI FUNGSI  UTAMA PUSAT


Antara aktiviti utama yang dijalankan di pusat kokurikulum ialah Aktiviti Dalam Kampus (ADK) dan Aktiviti Luar Kampus (ALK).

Aktiviti Dalam Kampus di jalankan di dalam Kampus Universiti pada setiap minggu pengajian iaitu pada hari Jumaat. Masa dan waktu di aturkan oleh Pusat kokurikulum mengikut  kursus yang di jalankan. Pada setiap minggu kursus-kursus yang di jalankan akan akan di pantau oleh staf yang bertugas memantau perjalanan kursus. Bagi Aktiviti Luar Kampus pula di jalankan di luar Kampus Universiti. Kursus-kursus yang memohon menjalankan aktiviti luar Kampus mesti menyediakan kertas kerja menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pusat Kokurikulum. Segala keperluan akan diluluskan oleh Pusat Kokurikulum manakala kelulusan untuk menjalankan Aktiviti Luar Kampus mesti mesti mendapat kelulusan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar.

 



 

STAF PUSAT KOKURIKULUM

Pengarah

En. Mohd. Fikhri Bin Yaacob

 

Pembantu Tadbir

Pn. Norsalina Binti Mohamad Norlin

 

Pembantu Tadbir

Cik Marshitah Binti Makhtiar @ Mahadzir

 

Pembantu Am Pejabat

En. Norazuan Bin Abdul Manap @ Abdullah

 

 

 

 

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164