15 Oktober 2009
Website Rasmi Kulliyyah Al-Quran : http://www.quran.insaniah.edu.my
| PENGENALAN | VISI & MISI | OBJEKTIF | FALSAFAH | KELAYAKAN KEMASUKAN |
| PROGRAM YANG DITAWARKAN | TEMPOH PENGAJIAN | YURAN | STAF |
- Membentuk para huffaz, Qurra’ dan Du’at yang berjaya dan berwibawa serta mampu mengamalkan ilmu ke arah kehidupan di dunia dan di akhirat.
MISI
- Mendidik dan melahirkan huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mampu menguasai bidang al-Quran dan Qiraat serta menjadi contoh kepada masyarakat.
- Melahirkan golongan yang berpengetahuan islam dan berkemahiran professional menghayati Islam.
- Melahirkan Huffaz,Qurra’ dan Du’at yang mahir serta berkterampilan selaras dengan keperluan ummah.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang bertaqwa serta berakhlak mulia di dalam masyarakat.
- Melahirkan generasi yang cintakan al-Quran serta berilmu dan beramal untuk memanfaatkan ilmu kepada masyarakat serta menjadi qudwah hasanah.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran
Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al- Qiraat
ke atas
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran Dan al-Qiraat
Objektif Kursus Pengajian
- Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan
intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ dan profesional Islam yang berilmu,
beramal dan bertaqwa.
- Dapat melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ilmu-ilmu al-Quran, ilmu-ilmu Qiraat, ilmu tarannum, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, ilmu al-Hadith, akidah, dakwah dan pemikiran serta falsafah Islam.
- Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik khususnya dalam bidang al-Quran demi kepentingan ummah.
- Menjadi pemimpin yang mampu menjana umat berpandukan kemahiran-kemahiran dan kepandaian kepelbagaian ilmu menuju kepada pembudayaan al-Quran sebagai teras dalam kehidupan.
- Dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam dan diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan islam, pengurus, pentadbir usahawan yang berwibawa selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara.
Hasil Pembelajaran (learning outcomes) kursus pengajian
Di akhir kursus pengajian ini, pelajar dapat :
- Mengetahui, mengenal dan mengamalkan pembacaan al-Quran secara tepat dengan proses pembelajaran yang berteraskan ilmu talaqqi dan mushafahah serta dapat membaca dengan penggunaan alunan lagu-lagu al-Quran yang muktabar demi memartabatkan al-Quran sebagai kekuatan mental dan fizikal ummat serta menanamkan minat masyarakat pelajar terhadap ilmu-ilmu al-Quran.
- Memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terhadap maklumat-maklumat dalam al-Quran serta kekhilafan wajah-wajah bacaan serta mengkaji ilmu yang berkaitan bagi membantu memperkasakan kemantapan penguasaan ilmu-ilmu islam dalam bidang pengajian ilmu hafazan al-Quran serta ilmu-ilmu pembacaannya yang diperolehi daripada mata pelajaran-mata pelajaran teras.
- Mengetahui, memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terdapat pendapat-pendapat Qurra’ dalam ilmu khilaf bacaan, usul Qiraat, perkaitan dengan ilmu tafsir yang diperolehi daripada kursus-kursus elektif program.
- Membaca, menulis, mendengar dan berlafaz dalam mengikut lahjah al-Quran mengikut fasahah Bahasa Arab hasil latihan daripada kursus yang ditawarkan dan juga menekankan kedudukan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran kursus-kursus teras program.
- Memantapkan penjagaan hafazan al-Quran supaya menyelamatkan umat Islam dari penentuan hukum fardhu kifayah terhadap pemeliharaan al-Quran dalam dada-dada insan muslim agar ianya tetap terpelihara dari kehilangan, kepupusan dan kelupusannya.
- Menggunakan Bahasa Inggeris yang standard dan praktikal dalam muamalah seharian selain mampu mencipta kerja dalam bidang keusahawanan hasil latihan kursus teras universiti
- Memantapkan kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi teknologi maklumat dalam kerja seharian.
- Meyakini akidah islamiyyah yang benar dalam menjana keimanan dan ketaqwaan, menerangkan dan mengaplikasi hukum-hukum serta syariat Islam, berakhlak dan berperibadi sejajar dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah, dan mengaplikasi segala kemahiran hidup yang diperolehi daripada kesepaduan pembelajaran kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh KUIN.
Bahasa Pengantar
Bahasa Arab / Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris
Kaedah Pengendalian Kursus
Kuliah ( teori )
Bilangan pelajar dalam setiap kuliah kecil supaya kuliah dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Kuliah bagi matapelajaran dalam kursus ini disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang berkemahiran dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Tutorial
Pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil terutamanya dalam kursus tahfiz al-Quran, kursus ilmu tarannum, kursus bahasa Inggeris, bahasa arab yang akan dikendalikan pensyarah atau pembantu pensyarah secara bersemuka dan bersistematik. Perbincangan akan menjadi lebih fokus dan komprehensif daripada kedua-dua belah pihak.
Kerja Kursus
Pelajar juga dikehendaki menyedia dan menyiapkan kerja-kerja kursus tertentu. Penilaian kerja kursus ini dimasukkan di dalam prestasi kejayaan pelajar.
Taraf Pelaksanaan
Dikendalikan sendiri oleh Kulliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Kemampuan tenaga akademik dan infrastruktur KUIN menjamin kelancaran pelaksanaan perjalanan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat ini.
Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan sendiri dengan gabungan kerjasama semua tenaga akademik yang terlibat mempunyai kepakaran dan berkelayakan.
Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al- Qiraat
Objektif Umum:
Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia dan menawarkan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ berilmu, beramal dan bertaqwa. Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ini diharap dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam khususnya dalam bidang ilmu-ilmu al-Quran, ilmu-ilmu qiraat, ilmu tarannum, ilmu al-hadith, akidah, dakwah dan pemikiran serta falsafah Islam. Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekaligus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan Islam, pengurus, pentadbir usahawan yang efisen selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Objektif Khusus:
- Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
- Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.
- Melahirkan insan intelek yang berkemahiran tinggi dalam ilmu-ilmu pembacaan al-Quran yang sekaligus meminimumkan kadar buta al-Quran di kalangan masyarakat Islam di tanah air.
- Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dan insan demi kepentingan ummah.
- Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
- Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.
Hasil Pembelajaran (learning outcomes) kursus pengajian
Di akhir kursus pengajian ini, pelajar dapat :
- Mengetahui, mengenal dan mengamalkan pembacaan al-Quran secara tepat dengan proses pembelajaran yang berteraskan ilmu talaqqi dan musyafahah serta dapat membaca dengan penggunaan alunan lagu-lagu al-Quran yang muktabar demi memartabatkan al-Quran sebagai kekuatan mental dan fizikal umat serta menanamkan minat masyarakat pelajar terhadap ilmu-ilmu al-Quran yang mepunyai kemukjizatan yang tidak tercapai dengan kudrat pemikiran manusia yang serba terbatas.
- Memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terhadap maklumat-maklumat dalam al-Quran serta kekhilafan wajah-wajah bacaan serta mengkaji ilmu yang berkaitan bagi membantu memperkasakan kemantapan penguasaan ilmu-ilmu islam dalam bidang pengajian ilmu hafazan al-Quran serta ilmu-ilmu pembacaannya yang diperolehi daripada mata pelajaran-mata pelajaran teras.
- Mengetahui, memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terdapat pendapat-pendapat Qurra’ dalam ilmu khilaf bacaan, usul Qiraat, perkaitan dengan ilmu tafsir yang diperolehi daripada kursus-kursus elektif program.
- Membaca, menulis, mendengar dan berlafaz dalam mengikut lahjah al-Quran mengikut fasahah Bahasa Arab hasil latihan daripada kursus yang ditawarkan dan juga menekankan kedudukan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran kursus-kursus teras program.
- Menggunakan Bahasa Inggeris yang standard dan praktikal dalam muamalah seharian selain mampu mencipta kerja dalam bidang keusahawanan hasil latihan kursus teras universiti
- Kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi teknologi maklumat dalam kerja seharian.
- Meyakini akidah Islamiyyah yang benar dalam menjana keimanan dan ketaqwaan, menerangkan dan mengaplikasi hukum-hukum serta syariat Islam, berakhlak dan berperibadi sejajar dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah, dan mengaplikasi segala kemahiran hidup yang diperolehi daripada kesepaduan pembelajaran kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh KUIN.
Bahasa Pengantar
Bahasa Arab / Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris
Kaedah Pengendalian Kursus
Kuliah ( teori )
Bilangan pelajar dalam setiap kuliah kecil supaya kuliah dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Kuliah bagi matapelajaran dalam kursus ini disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang berkemahiran dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Tutorial
Pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil terutamanya dalam kursus Tahfiz al-Quran yang akan dikendalikan pensyarah atau pembantu pensyarah secara talaqqi dan musyafahah. Perbincangan akan menjadi lebih fokus dan komprehensif daripada kedua-dua belah pihak.
Kerja Kursus
Pelajar juga dikehendaki menyedia dan menyiapkan kerja-kerja kursus tertentu. Penilaian kerja kursus ini dimasukkan di dalam prestasi kejayaan pelajar.
Taraf Pelaksanaan
Dikendalikan sendiri oleh Kulliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Kemampuan tenaga akademik dan infrastruktur KUIN menjamin kelancaran pelaksanaan perjalanan program Diploma Tahfiz Wa al-Qiraat ini.
Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan sendiri dengan gabungan kerjasama semua tenaga akademik terlibat yang mempunyai kepakaran dan berkelayakan.
Diploma
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau
- Kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat
- Lulus ujian temuduga yang dikendalikan oleh Kulliyyah Quran
Ijazah Sarjana Muda
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
- Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan diperakui oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal sekurang-kurangnya dalam 2 matapelajaran yang berkaitan dengan kursus yang dipohon, atau
- Lulus Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya (NGMP 2.00) dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau
- Mempunyai kelulusan Diploma Tahfiz Wa al-Qiraat dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (kepada warganegara Malaysia sahaja)
|
Semester |
6 semester penuh ( minimum ), 8 semester penuh ( maksimum). |
|
Tahun |
3 Tahun - 4 Tahun |






