Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

 

KATA-KATA DARI PENGARAH EKSEKUTIF

Objektif penubuhan Pusat Kecemerlangan Global di INSANIAH, adalah sejajar dengan prinsip Islam, memandangkan kita, ‘Umat Islam adalah sebaik-baik umat manusia’. (Al-Quran, Surah Al-Imran, Ayat 110):

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ

تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ

”Kamu [ Umat Islam] adalah sebaik-baik umat manusia,

kerana kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang segala perkara yang salah. Dan kamu percaya kepada Allah.”

INSANIAH sebagai institusi pengajian tinggi berteraskan Islam, berusaha untuk menjadi universiti yang cemerlang di peringkat global, menyediakan program pembelajaran dan penyelidikan yang cemerlang, kemudahan dan persekitaran yang cemerlang, dan menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cemerlang ke arah kebaikan untuk manusia sejagat, di dunia dan akhirat.

InsyaAllah, dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Global ini di INSANIAH, adalah diharapkan INSANIAH akan mampu mengumpulkan sumber-sumber dalaman INSANIAH, institusi-institusi pengajian tinggi, sektor awam dan swasta, di peringkat domestik dan global, untuk mencapai kejayaan ini. Kejayaan ini bukan hanya untuk INSANIAH tetapi juga untuk umat Islam di seluruh dunia. Sesungguhnya, ‘Allah mencintai mereka yang membuat sesuatu kerja dengan cemerlang’, (Sabda Rasulullah SAW).

 

SHAYA’A OTHMAN

Pengarah Eksekutif

Pusat Kecemerlangan Global

 

sila lawati kami di http://gcoe.insaniah.edu.my

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164