| 04 Mei 2010
PROGRAM INTEGRASI INSAN (AL QURAN)
MERINTIS DWI IJAZAH BERSAMA AL-QURAN
Pengenalan
Pengalaman telah membuktikan bahawa modal insan yang seimbang bukan sahaja mempunyai kecekapan professional malah mempunyai kekuatan serta kemantapan dalam ilmu kerohanian sebagai asas untuk melaksanakan transformasi dalam masyarakat.
Objektif Penawaran
Program ini berharap dapat menjana insan yang bukan sahaja mempunyai ilmu professional, berakhlak mulia malah mempunyai kemahiran yang mantap dalam Al-Quran dan ilmu Hadith.
Kemasukan Pelajar Ke Program
Pelajar lepasan SPM dari aliran sains, perdagangan atau agama, dipelawa mengikuti program integrasi Diploma Tahfiz AlQuran dan Asasi. Program ini ditawarkan selama 9 semester iaitu, enam semester panjang dan tiga semester pendek, yang mana pelajar akan mengikuti Program Asasi Sains atau Pengajian Islam atau Pengurusan disamping mengikuti Diploma Tahfiz Al-Quran. Pelajar seterusnya berpeluang melanjutkan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Perubatan, Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab atau Muamalat.
SYARAT KEMASUKAN:
Syarat kemasukan minimum untuk pelajar lepasan SPM ke program Integrasi Insan ini adalah berbeza – beza bergantung kepada bidang yang hendak diikuti selanjutnya di peringkat Ijazah, seperti berikut:
i. Asasi Sains
a. Sains Fizikal (untuk Program Kejuruteraan & Teknologi) :
3 kredit dalam subjek Sains dan Matematik serta 2 kredit dalam dalam
subjek lain termasuk Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris.
b. Sains Perubatan (untuk Program Perubatan) :
5 kredit 4B dalam semua
subjek Sains dan matematik termasuk kredit dalam Bahasa Malaysia dan
lulus Bahasa Inggeris.
ii. Asasi Pengurusan ( untuk Program Muamalat):
5 kredit dalam mana-mana
subjek berkaitan termasuk kredit dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa
Inggeris.
iii. Asasi Pengajian Islam (untuk Program Usuluddin, Syariah, Syariah dan Undang-undang,Bahasa Arab, dan Tahfiz AlQuran) :
5 kredit dalam mana-mana subjek berkaitan termasuk kredit
dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Arab dan lulus Bahasa Inggeris.
Atau
Kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat KUIN
Pelajar antarabangsa perlu mempunyai ‘O’ level atau setara dalam subjek-subjek yang berkaitan.
Yuran per Semester : RM3,000.00 (pelajar tempatan)
RM 3,600.00 (Pelajar antarabangsa)
Tarikh Kemasukan: April / Julai/ Disember
6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH?
- Program Integrasi INSAN adalah yang pertama di Malaysia.
- Mendapat 2 Ijazah Sarjana Muda serantak dalam masa 6 tahun.
- Melahirkan insan professional yang mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran.
- MQA mengiktiraf sepenuhnya kesemua program akademik.
- Layak mendapat pembiayaan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Satu yuran untuk 2 Ijazah
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel : 604-7320163 Fax : 604-7320164
Website : www.insaniah.edu.my
e-mail :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
atau
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
Prof. Madya Dr. Azharudin Sahil
Dekan Kulliyyah Al-Quran (Hp : 016-2552488)
Prof. Madya Dr. Faridah Abu Hassan Asaari
Dekan Asasi (Hp : 019-5713054)
Salfarina Bt. Ahmad
(Hp : 017-5469586)




