Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

| PENGENALAN | VISI & MISI | OBJEKTIF | FALSAFAH | KELAYAKAN KEMASUKAN |

| PROGRAM YANG DITAWARKAN | IJAZAH SARJANA | TEMPOH PENGAJIAN | YURAN | STAF | HUBUNGI KAMI


 

 

PENGENALAN

 

Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah diasaskan bersama terasasnya Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) pada tahun 1996. Kulliyyah ini telah menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin 3+1 secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir semenjak tahun 1996 sehinggalah 2007. Bermula tahun 2006, Kulliyyah ini menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian yang telah pun mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah juga telah menawarkan Program Ijazah Sarjana Usuluddin dan Doktor Falsafah Usuluddin bermula pada tahun 2009. Program Sarjana ditawarkan secara kerja kursus + disertasi yang berlangsung selama 2 tahun (minimum). Program Doktor Falsafah pula ditawarkan secara penyelidikan dalam tempoh minimum selama dua tahun.

 Terdapat 25 orang tenaga pengajar di Kulliah Usuluddin, 17 daripadanya berkelulusan PhD dan mereka adalah pensyarah antarbangsa yang terdiri dari negara, Mesir, Somalia, Sudan, Palestine dan Indonesia. Kebanyakan mereka berkelulusan PhD dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Adapaun sebahagian yang lain adalah berkelulusan PhD dari Universiti Ains Syam, Mesir, Kulliyyah Darul Ulum, Universiti al-Fayoum, UKM, UM dan KUIN.

 

 

 

but-top

VISI

Menyumbang ke arah al-Hadharah al-Islamiyyah (tamadun Islam) dengan memperkasa kualiti ilmu umat Islam dalam meneroka hikmah yang tiada penghujungnya serta menjadi hub Asia Timur untuk melahirkan ulama - mutakallimin, mufassirin, muhaddithin, filasof dan pendakwah - yang berilmu, bertaqwa, beramal dan dedikasi dalam mempertahankan akidah Islam.

 

MISI

• Menjana pendidikan, pengajaran dan penghayatan ilmu Islam turath (tradisional) dan kontemporari dalam bidang Usuluddin dengan efektif dan efisyen .

• Menjadikan Bahasa Arab yang merupakan bahasa sumber utama ilmu-ilmu Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah sebagai bahasa pengantar di Kulliyyah Usuluddin.

• Mempakejkan kurikulum yang mementingkan hafazan al-Quran, kefahaman mapan terhadap kitabullah dan al-hadith serta penguasaan ilmu turath dan seterusnya disepadukan dengan ilmu-ilmu moden.

• Proaktif dalam membangunkan penyelidikan yang bermanfaat untuk menyelesaikan masalah umat.

• Responsif terhadap serangan-serangan akidah yang sesat dan anasir yang ingin merosakkan Islam.

 

but-top

OBJEKTIF

  • Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah bagi melahirkan graduan, sarjana dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama berilmu, beramal dan bertaqwa.
  • Melahirkan pendakwah-pendakwah Islam yang mantap agama dan akidahnya dan menguasai ilmu-ilmu Islam yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah khususnya ilmu akidah, falsafah, tafsir, hadith dan dakwah serta dapat membimbing masyarakat untuk mengamalkan syariat dan akhlak Islam.
  • Mengahasilkan penyelidikan-penyelidikan ilmiah dan menyebarkannya kepada masyarakat melalui penerbitan penulisan, konvensyen, seminar dan wacana ilmiah.

 

 


but-top 

FALSAFAH

“Jalinan ilmu tradisi yang bermanfaat dan ilmu kontemporari yang berguna”

Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah menekankan penguasaan terhadap ilmu turath, Bahasa Arab dan hafalan al-Quran serta kefahaman mapan terhadap kitabullah dan al-hadith merentasi semua program yang ditawarkannya, pada masa yang sama ia disepadukan dengan penyelidikan empirikal, ilmu-ilmu teknologi maklumat, keusahawanan dan ilmu-ilmu moden yang lain yang membantu graduannya untuk tampil sebagai ulama intelektual.


but-top

KELAYAKAN KEMASUKAN

Kelayakan memasuki ke program Ijazah Doktor Falsafah/ Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:

Ijazah Doktor Falsafah

· Mempunyai Ijazah Sarjana yang baik dalam bidang Usuluddin dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat ; atau

· Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam atau Al-Quran dan Sunnah atau Dakwah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah; atau

· Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.


but-top

IJAZAH SARJANA

· Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Kedua (Bawah) (atau Jayyid) dalam bidang Usuluddin dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat ; atau

· Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Islam atau Al-Quran dan Sunnah atau Dakwah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah.

· Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau gred B- (dengan mata gred 2.67) bagi semua kursus asas dalam bidang Usuluddin.

· Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana Muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

· Bagi pelajar yang mengikuti Struktur A disyaratkan lulus kursus Al-Bahth al-Ilmi wa Kitabatuh dan satu kursus Asas Major yang berkaitan dengan bidang penyelidikan.


Program Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian

· PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

·  Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), atau

· Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan diperakui oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,atau

·  Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM),atau

·  Lulus Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya NGMP2.00 dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau

· Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,dan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (kepada warganegara Malaysia sahaja)


Program yang ditawarkan


but-top

Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin

Program Doktor Falsafah Usuluddin mula ditawarkan pada tahun 2009. Program ini dijalankan secara penyelidikan. Bahasa Pengantar bagi program ini adalah Bahasa Arab.

 

Objektif kursus pengajian:

· Melahirkan pakar yang beriman, bertakwa serta mahir dalam penyelidikan yang melibatkan analisa, aplikasi dan pembangunan ilmu-ilmu Usuluddin.

· Melahirkan intelek yang berwibawa dan berfikiran kritis yang mensintesis maklumat dalam bidang Usuluddin dalam meneroka masalah dan cabaran umat Islam serta mencari penyelesaiannya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

· Melahirkan ulama yang berkeupayaan menilai isu-isu Usuluddin dan situasi semasa bagi mengenengahkan dapatan, pandangan dan penemuan baru yang bermanfaat untuk umat Islam.

 

 

but-top

Tempoh Pengajian

Sepenuh masa Semester 4 hingga 12
Tahun 2 hingga 6
Separuh masa Semester 8 hingga 16
Tahun 4 hingga 8


Prospek Kerjaya

Graduan Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin layak untuk memohon jawatan pensyarah di mana IPTA atau IPTS.


YURAN PENGAJIAN

  • Pinjaman Dan Bantuan Pendidikan Biasiswa
  • Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan PTPTN.
  • Bagi anak kelahiran kedah atau salah seorang daripada ibu atau bapa kelahiran Kedah, bolehlah memohon bantuan dalam bentuk Biasiswa melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Biasiswa atau Pinjaman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ( LBNK ) dari Wisma Darulaman serta bantuan wang zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

Senarai program


 

but-top

Sarjana Usuluddin

Sinopsis Program

Program Sarjana Usuluddin mula mula ditawarkan pada tahun 2009. Program ini dijalankan dalam dua mod; Struktur A - kerja kursus + disertasi dan Struktur B - penyelidikan. Bahasa Pengantar bagi program ini adalah Bahasa Arab.


Objektif kursus pengajian:

· Melahirkan ilmuan yang beriman, bertakwa dan mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam khususnya di bidang Usuluddin.

· Melahirkan pakar yang mahir dalam penyelidikan dan pembangunan ilmu-ilmu Usuluddin.

· Melahirkan sarjana yang berwibawa dan berfikiran kritis yang meneroka masalah dan cabaran umat Islam serta mencari penyelesaiannya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.


 

but-top

Tempoh Pengajian

Struktur A Sepenuh masa Semester 2 hingga 8
Tahun 1 hingga 4
Separuh masa Semester 4 hingga 12
Tahun 2 hingga 6
Struktur B Sepenuh masa Semester 4 hingga 8
Tahun 2 hingga 4
Separuh masa Semester 4 hingga 12
Tahun 2 hingga 6


Prospek Kerjaya

Graduan Ijazah Sarjana Usuluddin layak untuk memohon jawatan tutor/fellow di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam, atau pensyarah di IPTS, politeknik, Kolej Mara dan Kolej Komuniti.


Struktur Program bagi mod kerja kursus

Kod

kursus

Tahun 1

Semester Satu

Jam

Kredit

Kod

Kursus

Tahun 1

Semester Dua

Jam

Kredit

DPS 6013

al-Bahth al-'Ilmi

Wa Kitabatuh

3 DFL 6013 al-Falsafah 3
DAL 6013 al-'Aqidah 3 DUL 6013 'Ulum al-Quran 3
DTL 6013 al-Tafsir 3 DHL 6013 al-Hadith 3
DML 6013 'Ulum al-Hadith 3 DIL 6013 al-Idarah Wa al-Qiyadah
DQL 6013 Manahij Da'wah al-Rusul 3 DDM 6013 Muqaranah al-Adyan 3
DQH 6010

Hifz al-Quran

(al-Dzariyat-al-Tahrim)

0 DQH 6020

Hifz al-Quran

(al-Mulk-al-Nas)

0
Jumlah 15 Jumlah 15

 

Senarai Program


 

but-top

 

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN


Sinopsis Program

Terdapat 50 kursus/subjek (bersamaan 124 jam kredit) ditawarkan dalam Program Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian yang dipelajari dalam tempoh 4 tahun (8 semester). 80% daripada kursus-kursus tersebut adalah berkaitan dengan ilmu-ilmu asas dalam bidang Usuluddin seperti Akidah, Tafsir, Hadith, Dakwah, Pemikiran dan Falsafah Islam. Bahasa pengantar dalam pengajaran di Kulliyyah Usuluddin adalah Bahasa Arab.

Objektif Program:

· Melahirkan pelajar yang mengetahui ilmu-ilmu Islam khususnya yang berkaitan dengan bidang Usuluddin .

· Menjana kefahaman pelajar dalam perbahasan yang mendalam berkaitan ilmu-ilmu Usuluddin.

· Mendorong pelajar mengaplikasi ilmu-ilmu teras dalam bidang Usuluddin, kemahiran berbahasa, ilmu keusahawanan dan aplikasi teknologi maklumat dalam kehidupan harian serta dalam aktiviti dakwah yang diperolehi daripada kesepaduan pembelajaran kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh KUIN.


Tempoh Pengajian

8 semester (4 tahun)


Prospek Kerjaya

Antara karier yang boleh diceburi oleh graduan Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah adalah profesion dalam bidang sastera dan sosial (gred41 dalam perkhidmatan awam), antaranya adalah seperti berikut :

Pegawai Hal Ehwal Islam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Penerbit Rancangan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pegawai Tadbir Pegawai Latihan
Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Pegawai Penerbitan

Pegawai Penguasa Kastam,

Bomba, Penjara

Pegawai Kor Agama Angkatan

Tentera

Pegawai Sumber Manusia Pegawai Penyiasat
Pegawai Penguatkuasa Pegawai Agama Daerah Pegawai Pemeriksa Paten
Pegawai Arkib

Pegawai Perancang Bandar

dan Desa

Pegawai Penguatkuasa

Maritim

Pegawai Polis Pegawai Berita

Pegawai Pembangunan

Masyarakat

Pegawai Belia dan Sukan Pegawai Penerangan Pegawai Psikologi
Pegawai Kesatria Pegawai Perancang Bahasa Pegawai Khas Agama


Struktur Program

Tahun 1

Kod

Kursus

Semester Satu

Jam

Kredit

Kod

Kursus

Semester Dua

Jam

Kredit

DHH 1013 al-Hadith 3 DTQ 1013

al-Tafsir; Qawa'iduh

Wa Syawahiduh

3
DAA 1013 al-Tawhid 3 DTS 1013 'Ulum al-Quran 3
DDT 1013 al-Tasauwuf Wa al-Akhlaq 3 DHU 1013 'Ulum al-Hadith 3
LAA 1012 al-Nahw Wa al-Sarf 3 DDA 1013 al-Da'wah Wa al-Khitabah 3
TQT 1011 al-Tajwid 2 TQJ 1011 Hifz al-Quran (Juz 1&2) 1
UKK 1012 Asas Pengenalan Komputer 1 UBE 1012 English For Specific Purpose 2
UBE 1000 Foundation English 0 XXX 1021 Ko-Kurikulum 1
XXX 1011 Ko-kurikulum 1 1 - - -
Jumlah 16 Jumlah 16

 

Tahun 2

Kod

Kursus

Semester Tiga

Jam

Kredit

Kod

Kursus

Semester Empat

Jam

Kredit

DDM 2013
Muqaranah al-Adyan           
3 DHH2023 Ahadith al-Ahkam               
3
DAM 2013 al-Mantiq 3 DAA 2023
al-'Aqidah 3
DDS 2013 al-Sirah al-Tahliliyyah             
3 DDN 2013
al-Nuzum al-Islamiyyah
3
SFM 2012 Fiqh al-Mu'amalat 2 DAM 2023
al-Falsafah al-'Ammah
3
UBE 2022

English For Academic

Reading and Writing

2 TQJ 2021 Hifz al-Quran (Juz 3&4) 1
- - - UBE 2032 Public Speaking
2
Jumlah 13 Jumlah 15

 

Tahun 3

Kod

Kursus

Semester Lima

Jam

Kredit

Kod

Kursus

Semester Enam

Jam

Kredit

DTM 3013
Manahij al-Mufassirin
3 DTK 3013

al-Tafsir al-Maudhu'i

3
DHK 3013
al-Hadith al-Tahlili
3 DHM 3013

'Ilm al-Rijal Wa

Manahij al-Muhaddithin

3
DAS 3013
al-Firaq 3 DTD 3013
al-Dakhil Fi al-Tafsir
3
DDA 3023
al-Da'wah Wa al-Qiyadah    
3 TQJ 3031
Hifz al-Quran (Juz 5&6)
1
DAS 3023
al-Tayyarat al-Fikriyyah
3 MPW 2033 Pengajian Malaysia
3
- - - MPM 2013
Bahasa Kebangsaan A/B   
3
Jumlah 15 Jumlah 16

 

Tahun 4

Kod

Kursus

Semester Tujuh

Jam

Kredit

Kod

Kursus

Semester Lapan

Jam

Kredit

DHT 4013
al-Hadith al-Mawdhu'i 3 DTT 4013

al-Tafsir al-Tahlili

3
DTS 4023
al-Dirasat al-Quraniyyah
3 DAP 4033
al-Fikr al-Islami al-Hadith
3
DDI 4013
al-Istisyraq Wa al-Tabsyir
3 DHU 4023 al-Takhrij Wa Qa'ah al-Bahth
3
SFU 4012
Usul al-Fiqh
2 DAF 4033 al-Falsafah al-Islamiyyah
3
UPM 4012
Metodologi Penyelidikan
2 TQJ 4041 Hifz al-Quran (Juz 7&8) 1
MPW 2043
Pengajian Islam
3 MPE 4012
Asas Keusahawanan
2
Jumlah 16 Jumlah 15
Jumlah jam kredit 121

Tambahan 3 jam kredit  (elektif bebas) diambil pada mana-mana semester

sepanjang pengajian

124

 

 

but-top

STAFF KULLIYYAH USULUDDIN

 

NAMA
JAWATAN
EMAIL
NO TEL
PROF. DR. ALI SAYED ABDEL HAMID YOUSSEF AS-SYIMI
DEKAN
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
4325/4327
DR. NUR ABDI GUDLE
TIMBALAN DEKAN
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
04-7374327
PROF. DATO DR. SAYYID MUHAMMAD AQIEL AL-MAHDALY
PENSYARAH
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
04-7374322

DR. FAIEK SHAHATHA MAHMOUD AL-MISHHEDANI

PENSYARAH

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

04-7374329

PROF. MADYA DR. MOHAMED IBRAHIM ABDEL HALIM

PENSYARAH



PROF. MADYA DR. HESYAM IBRAHIM FARAG

PENSYARAH



DR. NORELDEEN SOLAH AL-GABRELAH AL-MAKKEY

PENSYARAH



DR. ABDEL RAHMAN AWAD ABDEL MOGITH MASOUD

PENSYARAH


04-7374326

DR. OMAR FAWWAZ SIDDIQ SULAIMAN

PENSYARAH


04-7374326

DR. ABDEL NASSER ABDEL GALIL MOHAMED MOUSA PENSYARAH

04-7374326

DR. MUKHAMAD HADI MUSOLIN BIN SUBAGIO

PENSYARAH

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

04-7374326

DR. KHALAF ABDEL HAKIM KHALAF HUSSEIN PENSYARAH
DR. RUSHDY ABDEL SATTAR MOHAMED SAAD PENSYARAH
DR. TIJANI AHMED AS-SYIMI PENSYARAH
DR. ABDEL MON'EIM MOKHTAR ABDEL RAHMAN FARAG PENSYARAH
DR. MOHAMED RAMADAN MOUSTAFA DIAB PENSYARAH
NAZARI BIN HASSAN PENSYARAH
NORAZLINA BINTI ZAKARIA PENSYARAH Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

ZUBAIR BIN ABD RAHMAN

TUTOR

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

04-7374326

AHMAD NASIR BIN AWANG

TUTOR

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

04-7374326

AZIZAH BINTI IBRAHIM

TUTOR

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

04-7374326

SITI A’ISYAH BINTI ROSLEE

PPP (S)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

04-7374326

ZEINAB ALI HAMED MOHAMED PPP (S)

MOHD ZAKUWAN BIN MOHD TAMBIDZI

PA DEKAN

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

04-7374326

NURUL NADIA BINTI HANAFI P. TADBIR (S)

 

Jabatan/Unit Di Bawah Kulliyyah

Kullliyyah Usuluddin mempunyai empat Jabatan:

§ Jabatan Akidah dan Falsafah

§ Jabatan Tafsir

§ Jabatan Hadis

§ Jabatan Dakwah

 


but-top

Maklumat Perhubungan Kulliyyah

Prof. Dr. Ali Sayed Abdel Hamid Youssef As-Syimi

Dekan Kulliyyah Usuluddin

Kolej Universiti Insaniah

Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05350 Alor Star,

Kedah Darulaman.

Tel. : 04-7374325

e-mail: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

Pembantu Tadbir : Mohd Zakuwan Bin Mohd Tambidzi

Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya

No. Tel : 04-7374326

Sepenuh Masa

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164