| PENGENALAN | VISI & MISI | OBJEKTIF | FALSAFAH | KELAYAKAN KEMASUKAN |
| PROGRAM YANG DITAWARKAN | IJAZAH SARJANA | TEMPOH PENGAJIAN | YURAN | STAF | HUBUNGI KAMI
PENGENALAN
Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah diasaskan bersama terasasnya Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) pada tahun 1996. Kulliyyah ini telah menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin 3+1 secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir semenjak tahun 1996 sehinggalah 2007. Bermula tahun 2006, Kulliyyah ini menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian yang telah pun mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah juga telah menawarkan Program Ijazah Sarjana Usuluddin dan Doktor Falsafah Usuluddin bermula pada tahun 2009. Program Sarjana ditawarkan secara kerja kursus + disertasi yang berlangsung selama 2 tahun (minimum). Program Doktor Falsafah pula ditawarkan secara penyelidikan dalam tempoh minimum selama dua tahun.
Terdapat 25 orang tenaga pengajar di Kulliah Usuluddin, 17 daripadanya berkelulusan PhD dan mereka adalah pensyarah antarbangsa yang terdiri dari negara, Mesir, Somalia, Sudan, Palestine dan Indonesia. Kebanyakan mereka berkelulusan PhD dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Adapaun sebahagian yang lain adalah berkelulusan PhD dari Universiti Ains Syam, Mesir, Kulliyyah Darul Ulum, Universiti al-Fayoum, UKM, UM dan KUIN.
VISI
Menyumbang ke arah al-Hadharah al-Islamiyyah (tamadun Islam) dengan memperkasa kualiti ilmu umat Islam dalam meneroka hikmah yang tiada penghujungnya serta menjadi hub Asia Timur untuk melahirkan ulama - mutakallimin, mufassirin, muhaddithin, filasof dan pendakwah - yang berilmu, bertaqwa, beramal dan dedikasi dalam mempertahankan akidah Islam.
MISI
• Menjana pendidikan, pengajaran dan penghayatan ilmu Islam turath (tradisional) dan kontemporari dalam bidang Usuluddin dengan efektif dan efisyen .
• Menjadikan Bahasa Arab yang merupakan bahasa sumber utama ilmu-ilmu Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah sebagai bahasa pengantar di Kulliyyah Usuluddin.
• Mempakejkan kurikulum yang mementingkan hafazan al-Quran, kefahaman mapan terhadap kitabullah dan al-hadith serta penguasaan ilmu turath dan seterusnya disepadukan dengan ilmu-ilmu moden.
• Proaktif dalam membangunkan penyelidikan yang bermanfaat untuk menyelesaikan masalah umat.
• Responsif terhadap serangan-serangan akidah yang sesat dan anasir yang ingin merosakkan Islam.
OBJEKTIF
- Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah bagi melahirkan graduan, sarjana dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama berilmu, beramal dan bertaqwa.
- Melahirkan pendakwah-pendakwah Islam yang mantap agama dan akidahnya dan menguasai ilmu-ilmu Islam yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah khususnya ilmu akidah, falsafah, tafsir, hadith dan dakwah serta dapat membimbing masyarakat untuk mengamalkan syariat dan akhlak Islam.
- Mengahasilkan penyelidikan-penyelidikan ilmiah dan menyebarkannya kepada masyarakat melalui penerbitan penulisan, konvensyen, seminar dan wacana ilmiah.
FALSAFAH
“Jalinan ilmu tradisi yang bermanfaat dan ilmu kontemporari yang berguna”
Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah menekankan penguasaan terhadap ilmu turath, Bahasa Arab dan hafalan al-Quran serta kefahaman mapan terhadap kitabullah dan al-hadith merentasi semua program yang ditawarkannya, pada masa yang sama ia disepadukan dengan penyelidikan empirikal, ilmu-ilmu teknologi maklumat, keusahawanan dan ilmu-ilmu moden yang lain yang membantu graduannya untuk tampil sebagai ulama intelektual.
KELAYAKAN KEMASUKAN
Kelayakan memasuki ke program Ijazah Doktor Falsafah/ Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
· Mempunyai Ijazah Sarjana yang baik dalam bidang Usuluddin dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat ; atau
· Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam atau Al-Quran dan Sunnah atau Dakwah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah; atau
· Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
IJAZAH SARJANA
· Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Kedua (Bawah) (atau Jayyid) dalam bidang Usuluddin dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat ; atau
· Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Islam atau Al-Quran dan Sunnah atau Dakwah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah.
· Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau gred B- (dengan mata gred 2.67) bagi semua kursus asas dalam bidang Usuluddin.
· Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana Muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
· Bagi pelajar yang mengikuti Struktur A disyaratkan lulus kursus Al-Bahth al-Ilmi wa Kitabatuh dan satu kursus Asas Major yang berkaitan dengan bidang penyelidikan.
Program Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian
· PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
· Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), atau
· Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan diperakui oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,atau
· Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM),atau
· Lulus Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya NGMP2.00 dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau
· Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (kepada warganegara Malaysia sahaja)
- IJAZAH DOKTOR FALSAFAH USULUDDIN (A 7584)
- IJAZAH SARJANA USULUDDIN
- IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin
Program Doktor Falsafah Usuluddin mula ditawarkan pada tahun 2009. Program ini dijalankan secara penyelidikan. Bahasa Pengantar bagi program ini adalah Bahasa Arab.
Objektif kursus pengajian:
· Melahirkan pakar yang beriman, bertakwa serta mahir dalam penyelidikan yang melibatkan analisa, aplikasi dan pembangunan ilmu-ilmu Usuluddin.
· Melahirkan intelek yang berwibawa dan berfikiran kritis yang mensintesis maklumat dalam bidang Usuluddin dalam meneroka masalah dan cabaran umat Islam serta mencari penyelesaiannya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
· Melahirkan ulama yang berkeupayaan menilai isu-isu Usuluddin dan situasi semasa bagi mengenengahkan dapatan, pandangan dan penemuan baru yang bermanfaat untuk umat Islam.
Tempoh Pengajian
| Sepenuh masa | Semester | 4 hingga 12 |
| Tahun | 2 hingga 6 | |
| Separuh masa | Semester | 8 hingga 16 |
| Tahun | 4 hingga 8 |
Prospek Kerjaya
Graduan Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin layak untuk memohon jawatan pensyarah di mana IPTA atau IPTS.
YURAN PENGAJIAN
- Pinjaman Dan Bantuan Pendidikan Biasiswa
- Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan PTPTN.
- Bagi anak kelahiran kedah atau salah seorang daripada ibu atau bapa kelahiran Kedah, bolehlah memohon bantuan dalam bentuk Biasiswa melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Biasiswa atau Pinjaman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ( LBNK ) dari Wisma Darulaman serta bantuan wang zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Sarjana Usuluddin
Sinopsis Program
Program Sarjana Usuluddin mula mula ditawarkan pada tahun 2009. Program ini dijalankan dalam dua mod; Struktur A - kerja kursus + disertasi dan Struktur B - penyelidikan. Bahasa Pengantar bagi program ini adalah Bahasa Arab.
Objektif kursus pengajian:
· Melahirkan ilmuan yang beriman, bertakwa dan mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam khususnya di bidang Usuluddin.
· Melahirkan pakar yang mahir dalam penyelidikan dan pembangunan ilmu-ilmu Usuluddin.
· Melahirkan sarjana yang berwibawa dan berfikiran kritis yang meneroka masalah dan cabaran umat Islam serta mencari penyelesaiannya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Tempoh Pengajian
| Struktur A | Sepenuh masa | Semester | 2 hingga 8 |
| Tahun | 1 hingga 4 | ||
| Separuh masa | Semester | 4 hingga 12 | |
| Tahun | 2 hingga 6 | ||
| Struktur B | Sepenuh masa | Semester | 4 hingga 8 |
| Tahun | 2 hingga 4 | ||
| Separuh masa | Semester | 4 hingga 12 | |
| Tahun | 2 hingga 6 |
Prospek Kerjaya
Graduan Ijazah Sarjana Usuluddin layak untuk memohon jawatan tutor/fellow di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam, atau pensyarah di IPTS, politeknik, Kolej Mara dan Kolej Komuniti.
Struktur Program bagi mod kerja kursus
|
Kod kursus |
Tahun 1 Semester Satu |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
Tahun 1 Semester Dua |
Jam Kredit |
| DPS 6013 |
al-Bahth al-'Ilmi Wa Kitabatuh |
3 | DFL 6013 | al-Falsafah | 3 |
| DAL 6013 | al-'Aqidah | 3 | DUL 6013 | 'Ulum al-Quran | 3 |
| DTL 6013 | al-Tafsir | 3 | DHL 6013 | al-Hadith | 3 |
| DML 6013 | 'Ulum al-Hadith | 3 | DIL 6013 | al-Idarah Wa al-Qiyadah | |
| DQL 6013 | Manahij Da'wah al-Rusul | 3 | DDM 6013 | Muqaranah al-Adyan | 3 |
| DQH 6010 |
Hifz al-Quran (al-Dzariyat-al-Tahrim) |
0 | DQH 6020 |
Hifz al-Quran (al-Mulk-al-Nas) |
0 |
| Jumlah | 15 | Jumlah | 15 | ||
IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
Sinopsis Program
Terdapat 50 kursus/subjek (bersamaan 124 jam kredit) ditawarkan dalam Program Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian yang dipelajari dalam tempoh 4 tahun (8 semester). 80% daripada kursus-kursus tersebut adalah berkaitan dengan ilmu-ilmu asas dalam bidang Usuluddin seperti Akidah, Tafsir, Hadith, Dakwah, Pemikiran dan Falsafah Islam. Bahasa pengantar dalam pengajaran di Kulliyyah Usuluddin adalah Bahasa Arab.
Objektif Program:
· Melahirkan pelajar yang mengetahui ilmu-ilmu Islam khususnya yang berkaitan dengan bidang Usuluddin .
· Menjana kefahaman pelajar dalam perbahasan yang mendalam berkaitan ilmu-ilmu Usuluddin.
· Mendorong pelajar mengaplikasi ilmu-ilmu teras dalam bidang Usuluddin, kemahiran berbahasa, ilmu keusahawanan dan aplikasi teknologi maklumat dalam kehidupan harian serta dalam aktiviti dakwah yang diperolehi daripada kesepaduan pembelajaran kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh KUIN.
Tempoh Pengajian
8 semester (4 tahun)
Prospek Kerjaya
Antara karier yang boleh diceburi oleh graduan Kulliyyah Usuluddin Kolej Universiti Insaniah adalah profesion dalam bidang sastera dan sosial (gred41 dalam perkhidmatan awam), antaranya adalah seperti berikut :
| Pegawai Hal Ehwal Islam | Pegawai Tadbir dan Diplomatik | Penerbit Rancangan |
| Pegawai Perkhidmatan Pendidikan | Pegawai Tadbir | Pegawai Latihan |
| Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti | Pegawai Penerbitan |
Pegawai Penguasa Kastam, Bomba, Penjara |
|
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera |
Pegawai Sumber Manusia | Pegawai Penyiasat |
| Pegawai Penguatkuasa | Pegawai Agama Daerah | Pegawai Pemeriksa Paten |
| Pegawai Arkib |
Pegawai Perancang Bandar dan Desa |
Pegawai Penguatkuasa Maritim |
| Pegawai Polis | Pegawai Berita |
Pegawai Pembangunan Masyarakat |
| Pegawai Belia dan Sukan | Pegawai Penerangan | Pegawai Psikologi |
| Pegawai Kesatria | Pegawai Perancang Bahasa | Pegawai Khas Agama |
Struktur Program
Tahun 1
|
Kod Kursus |
Semester Satu |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
Semester Dua |
Jam Kredit |
| DHH 1013 | al-Hadith | 3 | DTQ 1013 |
al-Tafsir; Qawa'iduh Wa Syawahiduh |
3 |
| DAA 1013 | al-Tawhid | 3 | DTS 1013 | 'Ulum al-Quran | 3 |
| DDT 1013 | al-Tasauwuf Wa al-Akhlaq | 3 | DHU 1013 | 'Ulum al-Hadith | 3 |
| LAA 1012 | al-Nahw Wa al-Sarf | 3 | DDA 1013 | al-Da'wah Wa al-Khitabah | 3 |
| TQT 1011 | al-Tajwid | 2 | TQJ 1011 | Hifz al-Quran (Juz 1&2) | 1 |
| UKK 1012 | Asas Pengenalan Komputer | 1 | UBE 1012 | English For Specific Purpose | 2 |
| UBE 1000 | Foundation English | 0 | XXX 1021 | Ko-Kurikulum | 1 |
| XXX 1011 | Ko-kurikulum 1 | 1 | - | - | - |
| Jumlah | 16 | Jumlah | 16 | ||
Tahun 2
|
Kod Kursus |
Semester Tiga |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
Semester Empat |
Jam Kredit |
| DDM 2013 |
Muqaranah al-Adyan |
3 | DHH2023 | Ahadith al-Ahkam |
3 |
| DAM 2013 | al-Mantiq | 3 | DAA 2023 |
al-'Aqidah | 3 |
| DDS 2013 | al-Sirah al-Tahliliyyah |
3 | DDN 2013 |
al-Nuzum al-Islamiyyah |
3 |
| SFM 2012 | Fiqh al-Mu'amalat | 2 | DAM 2023 |
al-Falsafah al-'Ammah |
3 |
| UBE 2022 |
English For Academic Reading and Writing |
2 | TQJ 2021 | Hifz al-Quran (Juz 3&4) | 1 |
| - | - | - | UBE 2032 | Public Speaking |
2 |
| Jumlah | 13 | Jumlah | 15 | ||
Tahun 3
|
Kod Kursus |
Semester Lima |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
Semester Enam |
Jam Kredit |
| DTM 3013 |
Manahij al-Mufassirin |
3 | DTK 3013 |
al-Tafsir al-Maudhu'i |
3 |
| DHK 3013 |
al-Hadith al-Tahlili |
3 | DHM 3013 |
'Ilm al-Rijal Wa Manahij al-Muhaddithin |
3 |
| DAS 3013 |
al-Firaq | 3 | DTD 3013 |
al-Dakhil Fi al-Tafsir |
3 |
| DDA 3023 |
al-Da'wah Wa al-Qiyadah |
3 | TQJ 3031 |
Hifz al-Quran (Juz 5&6) |
1 |
| DAS 3023 |
al-Tayyarat al-Fikriyyah |
3 | MPW 2033 | Pengajian Malaysia |
3 |
| - | - | - | MPM 2013 |
Bahasa Kebangsaan A/B |
3 |
| Jumlah | 15 | Jumlah | 16 | ||
Tahun 4
|
Kod Kursus |
Semester Tujuh |
Jam Kredit |
Kod Kursus |
Semester Lapan |
Jam Kredit |
| DHT 4013 |
al-Hadith al-Mawdhu'i | 3 | DTT 4013 |
al-Tafsir al-Tahlili |
3 |
| DTS 4023 |
al-Dirasat al-Quraniyyah |
3 | DAP 4033 |
al-Fikr al-Islami al-Hadith |
3 |
| DDI 4013 |
al-Istisyraq Wa al-Tabsyir |
3 | DHU 4023 | al-Takhrij Wa Qa'ah al-Bahth |
3 |
| SFU 4012 |
Usul al-Fiqh |
2 | DAF 4033 | al-Falsafah al-Islamiyyah |
3 |
| UPM 4012 |
Metodologi Penyelidikan |
2 | TQJ 4041 | Hifz al-Quran (Juz 7&8) | 1 |
| MPW 2043 |
Pengajian Islam |
3 | MPE 4012 |
Asas Keusahawanan |
2 |
| Jumlah | 16 | Jumlah | 15 | ||
| Jumlah jam kredit | 121 | ||||
|
Tambahan 3 jam kredit (elektif bebas) diambil pada mana-mana semester sepanjang pengajian |
124 | ||||
STAFF KULLIYYAH USULUDDIN
|
NAMA
|
JAWATAN
|
EMAIL
|
NO TEL
|
|
PROF. DR. ALI SAYED ABDEL HAMID YOUSSEF AS-SYIMI
|
DEKAN
|
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
|
4325/4327
|
|
DR. NUR ABDI GUDLE
|
TIMBALAN DEKAN
|
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
|
04-7374327
|
|
PROF. DATO DR. SAYYID MUHAMMAD AQIEL AL-MAHDALY
|
PENSYARAH
|
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
|
04-7374322
|
|
DR. FAIEK SHAHATHA MAHMOUD AL-MISHHEDANI |
PENSYARAH |
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya |
04-7374329 |
|
PROF. MADYA DR. MOHAMED IBRAHIM ABDEL HALIM |
PENSYARAH |
|
|
|
PROF. MADYA DR. HESYAM IBRAHIM FARAG |
PENSYARAH |
|
|
|
DR. NORELDEEN SOLAH AL-GABRELAH AL-MAKKEY |
PENSYARAH |
|
|
|
DR. ABDEL RAHMAN AWAD ABDEL MOGITH MASOUD |
PENSYARAH |
|
04-7374326 |
|
DR. OMAR FAWWAZ SIDDIQ SULAIMAN |
PENSYARAH |
|
04-7374326 |
| DR. ABDEL NASSER ABDEL GALIL MOHAMED MOUSA | PENSYARAH |
04-7374326 |
|
|
DR. MUKHAMAD HADI MUSOLIN BIN SUBAGIO |
PENSYARAH |
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya |
04-7374326 |
| DR. KHALAF ABDEL HAKIM KHALAF HUSSEIN | PENSYARAH | ||
| DR. RUSHDY ABDEL SATTAR MOHAMED SAAD | PENSYARAH | ||
| DR. TIJANI AHMED AS-SYIMI | PENSYARAH | ||
| DR. ABDEL MON'EIM MOKHTAR ABDEL RAHMAN FARAG | PENSYARAH | ||
| DR. MOHAMED RAMADAN MOUSTAFA DIAB | PENSYARAH | ||
| NAZARI BIN HASSAN | PENSYARAH | ||
| NORAZLINA BINTI ZAKARIA | PENSYARAH | Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya | |
|
ZUBAIR BIN ABD RAHMAN |
TUTOR |
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya |
04-7374326 |
|
AHMAD NASIR BIN AWANG |
TUTOR |
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya |
04-7374326 |
|
AZIZAH BINTI IBRAHIM |
TUTOR |
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya |
04-7374326 |
|
SITI A’ISYAH BINTI ROSLEE |
PPP (S) |
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya |
04-7374326 |
| ZEINAB ALI HAMED MOHAMED | PPP (S) | ||
|
MOHD ZAKUWAN BIN MOHD TAMBIDZI |
PA DEKAN |
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya |
04-7374326 |
| NURUL NADIA BINTI HANAFI | P. TADBIR (S) |
Jabatan/Unit Di Bawah Kulliyyah
Kullliyyah Usuluddin mempunyai empat Jabatan:
§ Jabatan Akidah dan Falsafah
§ Jabatan Tafsir
§ Jabatan Hadis
§ Jabatan Dakwah
Maklumat Perhubungan Kulliyyah
Prof. Dr. Ali Sayed Abdel Hamid Youssef As-Syimi
Dekan Kulliyyah Usuluddin
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star,
Kedah Darulaman.
Tel. : 04-7374325
e-mail: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
Pembantu Tadbir : Mohd Zakuwan Bin Mohd Tambidzi
Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
No. Tel : 04-7374326

