| 30 Jun 2010
PENGENALAN
Jabatan Pendaftar merupakan nadi ataupun tunjang utama kepada pentadbiran Kolej Universiti INSANIAH (KUIN). Jabatan Pendaftar juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran INSANIAH.
Selaras dengan itu, Jabatan Pendaftar akan memberikan khidmat yang terbaik untuk setiap pelanggannya supaya dapat meningkatkan reputasi INSANIAH khususnya. Ini kerana Jabatan Pendaftar lebih banyak berurusan dengan masyarakat luar kerana ia merupakan pusat pengurusan sumber manusia INSANIAH.
Visi
Menjadi Pusat Rujukan Kecemerlangan Pentadbiran Dan Pengurusan Yang Bercirikan Islam Selaras Dengan Hala Tuju Universiti.
Misi
Misi Jabatan Pendaftar Adalah Untuk Memastikan Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia Dan Pengurusan Organisasi Mempunyai Organisasi Yang Sempurna Dari Segi Struktur, Sistem Dan Prosedur Yang Saling Bersesuaian Melalui Pengembelingan Modal Insan Yang Berkesan.
Matlamat
Menjadi sebuah Pusat Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Sumber Maklumat serta Pengurusan Pentadbiran yang cekap dan berkesan selaras dengan keperluan pelanggan.
Objektif
Merancang dan melaksanakan program-program pengurusan sumber manusia bagi melahirkan kakitangan yang berkualiti. Aspek kebajikan turut merupakan perkara yang dititikberatkan. -
Untuk bertindak sebagai satu pusat pengurusan maklumat bagi mengumpul dan menganalisa semua maklumat berkaitan dengan kakitangan dan pelajar dalam membantu INSANIAH membuat keputusan terhadap sesuatu dasar - Menjadi nadi kepada pentadbiran INSANIAH yang mana segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran INSANIAH dirancang dan digerakkan melalui Jabatan ini
Jabatan Pendaftar
Kolej Universiti Insaniah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah,




