Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

PENGENALAN

Jabatan Pendaftar merupakan nadi ataupun tunjang utama kepada pentadbiran Kolej Universiti INSANIAH (KUIN). Jabatan Pendaftar juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran INSANIAH.

Selaras dengan itu, Jabatan Pendaftar akan memberikan khidmat yang terbaik untuk setiap pelanggannya supaya dapat meningkatkan reputasi INSANIAH khususnya. Ini kerana Jabatan Pendaftar lebih banyak berurusan dengan masyarakat luar kerana ia merupakan pusat pengurusan sumber manusia INSANIAH.

 

Visi

Menjadi Pusat Rujukan Kecemerlangan Pentadbiran Dan Pengurusan Yang Bercirikan Islam Selaras Dengan Hala Tuju Universiti.

 

Misi

Misi Jabatan Pendaftar Adalah Untuk Memastikan Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia Dan Pengurusan Organisasi Mempunyai Organisasi Yang Sempurna Dari Segi Struktur, Sistem Dan Prosedur Yang Saling Bersesuaian Melalui Pengembelingan Modal Insan Yang Berkesan.

 

 Matlamat

Menjadi sebuah Pusat Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Sumber Maklumat serta Pengurusan Pentadbiran yang cekap dan berkesan selaras dengan keperluan pelanggan.

 

Objektif 

Merancang dan melaksanakan program-program pengurusan sumber manusia bagi melahirkan kakitangan yang berkualiti. Aspek kebajikan turut merupakan perkara yang dititikberatkan. -

Untuk bertindak sebagai satu pusat pengurusan maklumat bagi mengumpul dan menganalisa semua maklumat berkaitan dengan kakitangan dan pelajar dalam membantu INSANIAH membuat keputusan terhadap sesuatu dasar - Menjadi nadi kepada pentadbiran INSANIAH yang mana segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran INSANIAH dirancang dan digerakkan melalui Jabatan ini

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jabatan Pendaftar
Kolej Universiti Insaniah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 
05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.


 

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164