| 30 Jun 2010
PENGENALAN
Perpustakaan Akademik adalah merupakan salah satu bahagian terpenting di semua Institusi Pengajian Tinggi. Ini termasuklah di Kolej Universiti INSANIAH, di mana perpustakaan Perpustakaan Kolej Universiti INSANIAH merupakan sebuah pusat sumber serta gedung ilmu yang amat berguna bagi pelajar dan juga kakitangannya.
Perpustakaan Perpustakaan Kolej Universiti INSANIAH berfungsi sebagai menyokong aktiviti pembelajaran di INSANIAH serta menyumbang ke arah penyaluran maklumat dan penyebaran ilmu terutama kepada pelajar Perpustakaan Kolej Universiti INSANIAH untuk melahirkan intelektual-intelektual dan profesional Islam dalam segenap lapangan, ilmiah, pedidikan, dakwah, perundangan dan lain-lain bidang selaras dengan kehendak pembangunan masyarakat yang beriman, berilmu, beramal, bertakwa dan berakhlak mulia.
Perpustakaan Perpustakaan Kolej Universiti INSANIAH mempunyai sebuah jawatankuasa perpustakaan untuk membantu pihak perpustakaan dalam hal-hal pemilihan bahan perpustakaan, menggubal dasar atau peraturan perpustakaan, memantapkan koleksi perpustakaan dan memberi pandangan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Rektor, Timbalan-timbalan Rektor, Dekan-Dekan Kulliyyah, Pendaftar, Bendahari, dan Pustakawan (setiausaha)
Perpustakaan
Kolej Universiti Insaniah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah,




