| 10 Ogos 2009

I. PENDAHULUAN
Pusat Pengajian Asasi (PPA)ditubuhkan pada 1 Mac 2009 dan diketuai oleh seorang dekan. Peranan utama PPA adalah menawarkan program pra-Ijazah kepada para pelajar lepasan SPM yang berminat untuk meneruskan pengajian mereka di INSANIAH.
OBJEKTIF
- Menyediakan pelajar untuk pendidikan tinggi di dalam pelbagai jurusan Pengajian Islam, Pengurusan, Perubatan, Kejuruteraan dan Teknologi dengan memperkasakan pelajar di dalam bidang-bidang yang berkaitan.
- Penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
KEISTIMEWAAN PROGRAM DI PUSAT PENGAJIAN ASASI
1. Tempoh pengajian semua program di Pusat Pengajian Asasi adalah setahun.
2. Menawarkan Program ‘double-track’ iaitu Intergrasi Insan (Al-Quran & Program Asasi). \
II. PROGRAM YANG DITAWARKAN
|
Program Asasi |
Tempoh Pengajian |
||
|
Asasi Sains Fizikal (PA 9936) Asasi Sains Perubatan (PA 9936) Asasi Pengurusan (A 9723) Asasi Pengajian Islam(A 9809) |
1 Tahun |
Kuliah |
14 minggu |
|
Minggu ulangkaji |
1 minggu |
||
|
Peperiksaan |
1 minggu |
||
|
Cuti antara semester |
1 minggu |
||
|
Intergrasi Insan (Al-Quran)
Atau
|
3 Tahun |
2 Tahun Diploma Tahfiz + 1 Tahun Asasi |
|
III. PERMOHONAN KEMASUKAN
KEMASUKAN KE PROGRAM ASASI
Syarat dan kelayakan untuk setiap program adalah berbeza. Perlu diingatkan bahawa kelayakan yang dinyatakan adalah kelayakan minima untuk memohon. Mereka yang mempunyai kelayakan yang lebih baik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dipilih.
KEMASUKAN KE KULIYYAH
Semua pelajar lulusan Program Asasi mestilah mempunyai keputusan akademik yang baik untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM). Penetapan PMK adalah ditentukan oleh Kulliyyah yang berkenaan.
PROGRAM ASASI PENGAJIAN ISLAM (A9809)
Pelajar lulusan Program Asasi Pengajian Islam boleh memasuki Kulliyah Bahasa Arab atau Kulliyah Usuluddin atau Kulliyyah Syariah dan Undang-undang. Kursus yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda Syariah, dan Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang. Untuk maklumat lanjut sila lawat laman web KUIN(www.insaniah.edu.my).
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM ialah 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu DAN Lulus salah satu mata pelajaran berikut : Bahasa Arab / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Isamiyyah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar antarabangsa perlu mempunyai ‘O’ level atau setara dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Yuran Keseluruhan : RM 7,295.00 (Pelajar tempatan)*, RM 8,095.00 (Pelajar antarabangsa)*
Tarikh Kemasukan : Jun / Disember
PROGRAM ASASI PENGURUSAN (A9723)
Pelajar lepasan Asasi Pengurusan boleh melanjutkan pengajian ke Kulliyyah Muamalat untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM). Diantaranya ialah ISM Pengurusan Perniagaan, ISM Pengurusan Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam), ISM Pengurusan Perniagaan ( Pengurusan Risiko & Takaful), ISM Pengurusan Perniagaan (Kewangan Perbankan Islam). Untuk maklumat lanjut sila lawat laman web KUIN(www.insaniah.edu.my).
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran yang berkaitan dengan program yang dipohon termasuk Bahasa Melayu ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar antarabangsa perlu mempunyai ‘O’ level atau setara dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Yuran Keseluruhan : RM 7,295.00 (Pelajar tempatan)*, RM 8,095.00 (Pelajar antarabangsa)*
Tarikh Kemasukan : Jun / Disember
PROGRAM ASASI SAINS (PA9936)
Pusat Pengajian Asasi menawarkan 2 Program Asasi Sains iaitu:
Asasi Sains Fizikal (untuk Program Kejuruteraan dan Teknologi)
Asasi Sains Perubatan ( untuk Program Perubatan dan Sains Kesihatan)
Pelajar lulusan Asasi Sains Fizikal boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, ISM Kejuruteraan Sistem Komputer, ISM Kejuruteraan Telekomunikasi, ISM Teknologi Kejuruteraan Komputer.
Pelajar lulusan Asasi Sains Perubatan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS).
SYARAT KEMASUKAN:
Asasi Sains Fizikal
Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan 2 mata pelajaran Sains. Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar antarabangsa perlu mempunyai ‘O’ level atau setara dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Yuran Keseluruhan : RM 7,695.00 (Pelajar tempatan)*, RM 8,575.00(Pelajar antarabangsa)*
Asasi Sains Perubatan
Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya 5 kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya ’B’ dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi atau mata pelajaran teknikal yang lain. Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar antarabangsa perlu mempunyai ‘O’ level atau setara dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Yuran Keseluruhan : RM 8,795.00 (Pelajar tempatan)*, RM 9,895.00 (Pelajar antarabangsa)*
Tarikh Kemasukan : Jun / Disember
PROGRAM INTEGRASI INSAN
Objektif Program
Program ini diharap dapat menjana insan yang bukan sahaja mempunyai ilme professional, berakhlak mulia dan mempunyai kemahiran yang mantap dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Kemasukan Pelajar Ke Program
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekolah aliran Sains, Perdagangan, atau Agama yang mempunyai penguasaan Bahasa Arab dipelawa mengikuti program Integrasi Diploma Tahfiz Al-Quran dan Asasi. Program ini ditawarkan selama 7 semester di mana pelajar akan mengikuti Program Asasi Sains / Pengurusan / Pengajian Islam di samping mengikuti Diploma Tahfiz Al-Quran atau Diploma lain yang dipilih. Pelajar seterusnya berpeluang melanjutkan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Perubatan, Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Teknologi Maklumat atau Muamalat.
Syarat Kemasukan : Sama seperti program Asasi Sains, Asasi Pengurusan dan Asasi Pengajian Islam.
Keistimewaan Program Integrasi Insan (Al-Quran & Program Asasi)
- Program Integrasi INSAN adalah yang pertama di Malaysia.
- Melahirkan insan profesional yang mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran.
- MQA mengiktiraf sepenuhnya kesemua program akademik.
- Layak mendapat pembiayaan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Yuran per semester : RM 3,000.00 (Pelajar tempatan)*
RM 3,600.00 (Pelajar antarabangsa)*
Tarikh Kemasukan : Jun / Disember
*Tertakluk kepada pindaan tanpa sebarang notis
NO TELEFON/EMAIL/FAKS
DEKAN
Prof.Madya Dr Faridah Bt Abu Hassan Asaari
Tel : 04-7320163 ext 4422
Hp : 019 -5713054
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
PEMBANTU TADBIR
Salfarina Bt Ahmad
Tel : 04-7320163 ext 4423
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
PENYELARAS ASASI PENGURUSAN
Ahmad Fahrizal Asmy Bin Mohamed Yunus
Tel : 04-7320163 ext 4381
Hp : 013-4888900
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
PENYELARAS ASASI PENGAJIAN ISLAM
Ahmad Fauwaz Bin Fadzil Noor
Tel : 04-7320163 ext 4423
Hp : 019-3199016
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya
PEMBIAYAAN PELAJAR : Bagi anak kelahiran Kedah atau salah seorang daripada ibu atau bapa kelahiran Kedah, boleh memohon bantuan dalam bentuk Biasiswa melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) dan Biasiswa atau Pinjaman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) dari Wisma Darul Aman serta bantuan wang zakat daripada jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.




