Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

INSANIAH, 13 Mei – Kursus Pengurusan Stres selama dua hari yang melabuhkan tirainya pada 10 Mei lalu anjuran Unit Latihan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Kolej Universiti INSANIAH disifatkan berjaya.

 

Kursus Pengurusan Stres yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dikendalikan dua fasilitator iaitu Encik Ali Hamid, bekas Ketua Cawangan Konsultasi Institut Aminuddin Baki, Jitra dan Dr. Shahrul Anwar Azmi dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

 

Disertai 128 orang kakitangan pelbagai peringkat, peserta didedahkan akan cara menangani dan mengatasi stres secara efektif daripada aspek psikologi dan fizikal. Menurut Penolong Pendaftar Kanan PSM, Ustaz Muhamad Azki Hafizi Ibrahim, menerusi penganjuran kursus ini ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapinya dengan lebih baik. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kesihatan mental dan mengoptimum potensi diri.

Beliau menambah, bagi memastikan kesinambungan keberkesanan kursus yang dianjurkan, PSM akan mengatur sesi perbincangan dan pertemuan di kalangan kakitangan dan pengurusan tertinggi INSANIAH secara berkala khusus memberi peluang kepada mereka berinteraksi antara satu sama lain.

 

Beliau berkata, komunikasi efektif adalah medium terbaik bagi meredakan stres.

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164