Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Selepas berjaya mengendalikan Latihan Intensif Perbankan dan Kewangan Islam kepada kumpulan pertama kakitangan Bank Pusat Nigeria (CBN) April lalu, Pusat Kewangan, Perbankan Islam dan Keusahawanan Global (GCIBFE) Kolej Universiti INSANIAH sekali lagi diberi kepercayaan memberi latihan sama kepada kumpulan kedua kakitangan CBN.

 

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik INSANIAH, Prof. Madya Zakariya Man disaksikan Pengerusi YaPEIM, Dato’ Ahmad Tajudin Abdul Rahman, Pengurus Besar Perhubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh dan Dekan Hal Ehwal Akademik INSANIAH, Prof. Madya Dr. Fauzi Idris. Hadir sama, Pengurus Besar GCIBFE, Tuan Hj. Besar Nawawi Ngah dan timbalannya, Dr. Bello Lawal Danbatta.

 

Dalam ucapannya, Prof. Madya Zakariya berharap menerusi latihan yang diberikan GCIBFE dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kakitangan CBN bagi memulih seterusnya meningkatkan sosio ekonomi Nigeria di samping membantu negara Afrika lain keluar daripada belenggu kemiskinan berlandaskan tuntutan muamalat yang terbukti keberkesanannya meskipun berlakunya tidak ketentuan ekonomi dunia ketika ini.

 

Latihan yang bermula semalam berakhir 25 Mei ini.

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164