Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

ALOR SETAR, 15 Mei – Kolej Universiti INSANIAH dan syarikat gergasi perhotelan, Caprice Group dari Turki merintis kerjasama akademik apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pelancongan perubatan pada majlis ringkas yang diadakan di Seri Mentaloon hari ini disaksikan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

 

INSANIAH diwakili Rektor, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman manakala Caprice Group diwakili pengerusinya, Memet Fadil Akgunduz. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Caprice Group, Prof. Shaya’a Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Ir. Hj. Amiruddin Hamzah di samping pengurusan kanan INSANIAH.

 

Terdahulu, delegasi Caprice Group telah ke Pulau Langkawi bagi melihat tapak untuk membina hotel bercirikan Islam. Terpesona akan kecantikan panorama pulau lagenda itu, Caprice Group bercadang membina hotel tujuh bintang yang akan menampilkan kelainan khusus bagi memenuhi privasi kaum Hawa beriadah terutamanya pelancong dari Timur Tengah.

 

Menteri Besar dalam pada itu berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh bagi menjayakan projek berkenaan dan ini menurut beliau, ia bukan sahaja akan merancakkan sektor pelancongan di Pulau Langkawi dan menjana ekonomi malah turut membuka peluang pekerjaan buat warga tempatan.

 

Sebelum berlepas pulang, delegasi Caprice Group berkesempatan melawat kampus baru INSANIAH di Kuala Ketil. Beliau yang kagum melihat kemajuan yang dicapai kerajaan negeri telah menyatakan kesediaan membantu membangunkan INSANIAH pada masa depan.

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164