28 Mei 2012

ALOR SETAR, 27 Mei – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah juga Canselor Kolej Universiti INSANIAH berkenan menerima mengadap Pengurusan Tertinggi INSANIAH diketuai Rektor, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman di Istana Anak Bukit hari ini.
Majlis mengadap bertujuan memohon perkenan Seri Paduka Baginda bagi mengadakan Konvokesyen INSANIAH ke-14 di samping mempersembah maklum perkembangan terkini INSANIAH.
Hasil daripada pertemuan berkenaan, Seri Paduka Baginda telah perkenan memilih tarikh 11 dan 12 September 2012 bagi mengadakan Istiadat Konvokesyen.
Dalam pertemuan sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan dilantik sebagai Penasihat Diraja bagi International INSANIAH Foundation. Penubuhan International INSANIAH Foundation antaranya bertujuan mendapatkan dana dan membuat pelaburan khusus bagi membangunkan INSANIAH.




