05 Jun 2012

INSANIAH, 5 Jun – Kulliyyah Teknologi dan Sains Maklumat (KTSM) Kolej Universiti INSANIAH bercadang menambah dua lagi kursus baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dan Ijazah Sarjana Muda Sistem Informasi selewat-lewatnya pada 2013.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Dekan KTSM, Encik Mohd Hanif Mohd Ali pada majlis kenduri kesyukuran sempena ulang tahun kedua penubuhan KTSM hari ini.
Ditubuhkan pada 2010, KTSM kini menawarkan satu kursus Diploma iaitu Diploma Teknologi Maklumat dan tiga kursus Ijazah Sarjana Muda iaitu Sistem Rangkaian, E-dagang dan Teknologi Multimedia.
Untuk makluman hampir 200 pelajar kini menuntut dalam empat kursus berkenaan.




