22 Jun 2012

ISTANBUL, 23 Jun – Kolaborasi yang terjalin antara Kolej Universiti INSANIAH dan Caprice Group membolehkan pelajar INSANIAH khususnya dari negara Balkan dan Timur Tengah menjadikan Turki sebagai pusat kegiatan mereka baik daripada aspek akademik juga sosial.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Caprice Group, Prof. Shaya’a Othman selepas menyelia peperiksaan seorang pelajar Sarjana Kewangan Islam INSANIAH dari Arab Saudi di Istanbul awal bulan ini.
Ini secara tidak langsung melebarkan sayap INSANIAH ke benua Eropah sekaligus membuka lebih peluang dan pilihan buat pelajar di rantau berkenaan melanjutkan pengajian pada kos yang lebih murah.
Untuk maklumkan, INSANIAH dan Caprice Group telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pelancongan perubatan di Seri Mentaloon pada 15 Mei lalu.




