Insaniah
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

INSANIAH, 28 Jun – Skuad perahu naga Kolej Universiti INSANIAH yang akan bertanding pada Kejohanan 33rd Plenitude Penang International Dragon Boat Teluk Bahang di Pulau Pinang, 30 Jun hingga 1 Julai dan 10th Padang International Dragon Boat Festival di Padang Sumatera, Indonesia, 13 hingga 16 Julai meletakkan sasaran memperbaiki pencapaian tempat kedua pada Kejohanan Malaysian International Dragon Boat Festival di Putrajaya, Oktober tahun lalu.

 

Berdasarkan rekod dan pencapaian yang diraih skuad perahu naga pada beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini termasuk mencul juara Temasya Sukan Sungai empat kali berturut-turut, sasaran itu dilihat realistik dan mampu dicapai.

 

Skuad perahu naga yang akan berentap pada dua kejohanan berkenaan sebelum itu diraikan dalam majlis pelepas ringkas oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof. Madya Zakariya Man dalam Majlis Penutup Minggu Silaturrahim dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164