18 Julai 2012
ALOR SETAR, 16 Jun – Sekolah INSAN BESTARI, sekolah milik Kolej Universiti INSANIAH yang terletak di Jalan Dato’ Hj. Shuib, Lebuhraya Sultanah Bahiyah kini telah berpindah ke premis baru di Kg. Jalan Istana Lama berhampiran Menara Alor Setar sejak 2 Mei lalu. Sempena meraikan perpindahan ke lokasi baru, satu majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat diadakan hari ini. Hadir pada majlis berkenaan adalah Dekan Kulliyyah Al-Quran dan Sunnah, Prof. Madya Dr. Azharuddin Sahil mewakili Rektor INSANIAH, Prof. Dato’ Dr. Wira Jamil Osman. Turut hadir pada majlis itu Pengetua Sekolah INSAN BESTARI, Tuan Hj. Harun Mat Isa di samping tenaga pengajar. Menyediakan prasarana lengkap dan persekitaran selesa, sekolah yang diitubuhkan pada Januari 2011 kini menempatkan 90 pelajar tingkatan satu hingga lima.




