porn
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.
Cetak
PDF

yapeim

INSANIAH, 31 Jun – Urusetia Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Puan Hajjah Rahimah Abdul Jalil berkata individu yang mempunyai hati yang bersih ada kriteria utama dinilai Allah S.W.T. bagi dimasukkan ke syurga selain amal soleh yang dilakukan.

Itu antara intipati Tazkirah Ramadan “Membina Hati Cemerlang” yang diadakan di Kampus Kolej Universiti INSANIAH, Mergong hari ini.

Menurut beliau, sifat mazmumah seperti sombong, berprasangka buruk, hipokrit dan berdendam yang  boleh melalaikan hati sekaligus menjauhkan dan menghalang diri kita daripada mendapat rahmat Allah S.W.T.

Justeru kita diingatkan segera bertaubat bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T. bagi mensucikan hati di samping mengamalkan sikap mahmudah.

“Untuk baiki dunia, kita harus baiki manusia, untuk baiki manusia, baiki hatinya”, ujar beliau.

Selaras itu juga kita diingatkan agar mendapatkan rezeki dan memakan makanan yang halal lagi berkat bagi memastikan hati sentiasa bersih dan menjaga mata agar tidak melihat perkara yang tidak elok yang menjurus ke arah kerosakan hati.

Menurut riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Rasullullah S.A.W. bersabda “Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh tetapi sekiranya rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuh. Daging itu adalah hati”.

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164