05 Ogos 2012

INSANIAH, 31 Julai – Sebanyak 1500 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan dan pelajar Kolej Universiti INSANIAH pada Majlis Rewang Bubur Lambuk Kulliyyah Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Halal di Kampus INSANIAH Mergong dan Stargate hari ini.
Disediakan oleh 20 pelajar semester tiga dan dibantu tiga tenaga pengajar, sumbangan bubur itu adalah tradisi kulliyyah berkenaan sejak dua tahun lalu sempena meraikan kehadiran bulan Ramadan.
Ia juga adalah sebahagian aktiviti kulliyyah itu bagi memupuk semangat kerja berpasukan di samping merapatkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dan pelajar.
Program yang bermula jam 10 pagi dan berakhir 4 petang itu turut dihadiri Dekan Kulliyyah Pengurusan Hotel & Perkhidmatan Halal, Prof. Madya Dr. Ibrahim Abdul Hamid.




