07 Ogos 2012

GOMBAK, 2 Ogos – Bagi mendapatkan pengecualian cukai pendapatan untuk tujuan infaq, Kolej Universiti INSANIAH menerusi International INSANIAH Foundation (IIF) telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad (YMMB) di bawah peruntukan Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 yang diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada YMMB melalui warta kerajaan 1992, bil. 9001.
Pada majlis itu, INSANIAH diwakili Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof. Madya Zakariya Man) juga Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan IIF sementara YMMB diwakili Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Ustaz Hj. Mohd Ramli Nikman.
Menurut Pengurus Besar IIF, IIF kini dalam proses mendapatkan pengecualian cukai daripada LHDN. Bagaimana pun sementara mendapat kelulusan berkenaan, IIF mengambil inisiatif memeterai MoU ini sebagai langkah terbaik pengecualian cukai bagi setiap sumbangan infaq dengan kadar minima RM2000.
Menerusi peruntukan pengecualian cukai ini diharap dapat menambah seterusnya melipatgandakan dana IIF pada masa depan malah mumupuk kesedaran umat Islam untuk terus berinfaq demi kesejahteraan ummah.




