08 Ogos 2012

INSANIAH, 7 Ogos – Rektor Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Dato’ Dr. Jamil Osman disertai lebih 400 kakitangan, pelajar dan masyarakat sekitar hadir pada Malam Mahabbah Nuzul Al – Quran 1433H dan Majlis Ifthor yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.
Majlis anjuran Pusat Khidmat Komuniti INSANIAH, Kulliyyah Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Halal yang dibantu Majlis Perwakilan Mahasiswa dimulakan dengan bacaan tahlil pada jam 7.00 malam disusuli Ifthor Jama’ie dan Solat Maghrib berjamaah.
Majlis diteruskan dengan Solat Isya’ dan Tarawih yang diimamkan Dr. Ridha Hasan Surur dan Tazkirah Nurul Al – Quran yang disampaikan Pensyarah Kanan Kulliyyah Syariah dan Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi.
Majlis diakhiri dengan kutipan derma bagi membantu mangsa kemanusian minoriti Rohingya di Myanmar.
Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjayakan majlis berkenaan. Beliau berkata menerusi penganjuran program seperti ini bukan sahaja membolehkan warga INSANIAH memberi sumbangan kepada komuniti setempat sekaligus dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.




