13 September 2012

KUALA LUMPUR, 7 Sept. – Rektor Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman melahirkan rasa bangga atas kejayaan Pusat Kewangan, Perbankan Islam dan Keusahawanan Global (GCIBFE) memberikan Latihan Intensif Perbankan dan Kewangan Islam kepada Kumpulan 3 Bank Pusat Nigeria (CBN) yang berakhir ini.
Latihan yang bermula 27 Ogos lalu ini adalah kesinambungan latihan sama yang diberikan kepada kumpulan pertama dan kedua CBN sejak April lalu.
Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman berkata, kepercayaan yang diberikan CBN kepada INSANIAH – GCIBFE mengendalikan Latihan Intensif Perbankan dan Kewangan Islam mengiktiraf keupayaan INSANIAH dalam membangunkan sektor perbankan berlandaskan tuntutan muamalat yang terbukti keberkesanannya di seluruh dunia.
Hadir sama pada majlis berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif Caprice Group dari Turki, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Dato’ Dr. Adnan Alias, Pengurus Kanan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, En. Jamil Ramly dan Pengurus Besar GCIBFE, Tuan Hj. Besar Nawawi Ngah.




