| 13 Mac 2013
INSANIAH cemerlang dalam Kejohanan Karate-Do Terbuka UUM
SINTOK, 16 Feb 2013: Khabar gembira buat INSANIAH apabila Kontinjen INSANIAH tidak pulang dengan tangan kosong dalam Kejohanan Karate-Do Terbuka yang telah berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. INSANIAH telah memperolehi satu pingat emas, satu pingat perak dan lima pingat gangsa dalam kategori Kata. Manakala bagi kategori Kumite INSANIAH telah meraih Empat pingat emas, lima Perak dan sembilan Gangsa.
Bagi kategori Kata Perempuan 16 Tahun Ke Atas (Kumpulan A), pelajar INSANIAH Ainun Nadhirah telah memperolehi pingat emas. Manakala bagi kategori Kata Perempuan 16 Tahun Ke Atas (Kumpulan B), INSANIAH hanya memperolehi pingat perak dan dua gangsa. Untuk acara Kata Lelaki 16 Tahun Ke Atas, INSANIAH juga telah merangkul dua pingat gangsa.
Kontinjen INSANIAH telah menunjukkan prestasi yang baik apabila memperolehi empat pingat emas dalam acara Kumite. Dua pingat Emas bagi Kumite Lelaki 55 Kg dan 60 Kg, dan dua pingat Emas bagi kategori Kumite Wanita 50 Kg dan 61 Kg bagi Kumpulan B. Disamping itu juga bagi acara Kumite telah membawa pulang lima perak dan sembilan gangsa.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontijen Insaniah yang diketuai oleh jurulatih mereka Encik Syahrol Elias kerana telah mengharumkan nama INSANIAH dan sekaligus telah membuktikan bahawa pelajar INSANIAH mampu cemerlang dalam aktivti ko-kurikulum.
Peserta kejohanan Karate-Do KUIN bergambar bersama Jurulatih Karate Do KUIN (Pusat Kokurikulum) En Syahrol B. Elias.







