| 12 Mei 2013

KUALA KETIL 9 MEI 2013: “Kita berhasrat agar kerjasama antara INSANIAH dan KIPSAS dapat dikuatkan lagi dalam usaha memartabatkan Institusi Pengajian Islam di Malaysia kearah yang lebih baik” kata Prof. Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff, timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Beliau menegaskan lagi kejayaan hanya akan datang apabila kita bekerja dalam team work bukan individu lagi. Beliau berucap dalam majlis sempena lawatan Muhibbah KIPSAS ke INSANIAH.
 Seramai sembilan orang deligasi dari Kolej Islam Pahang Sultan Azlan Shah ( KIPSAS) telah mengadakan lawatan Muhibbah ke INSANIAH. Dilegasi yang diketuai oleh Dato’ Haji Yahya Zainal Abidin merupakan prisiden baru KIPSAS yang diantik pada 1 April baru-baru ini.
Pihak KIPSAS mengucapkan terima kasih kerana INSANIAH tidak jemu berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya didalam bidang pengurusan.
Antara tetamu yang hadir ialah Mohd Sayuthi Haji Sanusi,Timbalan Pendaftar, Prof Madya Dr. Mohd Amin Haji Abdul Rahman Al-Jarumi, Dekan Kuliyyah Syariah & Undang-undang, Dr. Usama El- Sayed Mohamed, Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Azharuddin Sahil, Dekan Kuliyyah Al-Quran dan Sunnah dan Wan Ahmad Shafiee, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan jamuan tengahari.






