porn
Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2011 JoomlaWorks Ltd.

Portal Rasmi Kolej Universiti Insaniah

Cetak
PDF

DeligasiKipsas

KUALA KETIL 9 MEI 2013: “Kita berhasrat agar kerjasama antara INSANIAH dan KIPSAS dapat dikuatkan lagi dalam usaha memartabatkan Institusi Pengajian Islam  di Malaysia kearah yang lebih baik” kata Prof. Dr  Wan Sulaiman Wan Yusoff, timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Beliau menegaskan lagi kejayaan hanya akan datang apabila kita bekerja dalam team work bukan individu lagi. Beliau berucap dalam majlis sempena lawatan Muhibbah KIPSAS ke INSANIAH.

 Seramai sembilan orang deligasi dari Kolej Islam Pahang Sultan Azlan Shah ( KIPSAS) telah mengadakan lawatan Muhibbah ke INSANIAH. Dilegasi yang diketuai oleh Dato’ Haji Yahya Zainal Abidin merupakan prisiden baru KIPSAS yang  diantik pada 1 April baru-baru ini.

Pihak  KIPSAS mengucapkan terima kasih kerana INSANIAH tidak jemu berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya didalam bidang pengurusan.

Antara tetamu yang hadir ialah Mohd Sayuthi Haji Sanusi,Timbalan Pendaftar, Prof Madya Dr. Mohd Amin Haji Abdul Rahman Al-Jarumi, Dekan Kuliyyah Syariah & Undang-undang, Dr. Usama El- Sayed Mohamed, Dekan Kuliyyah Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Azharuddin Sahil, Dekan Kuliyyah Al-Quran dan Sunnah dan Wan Ahmad Shafiee, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan jamuan tengahari.

Cetak
PDF

KUALA KETIL 10 MEI 2013: Seorang pelajar INSNIAH ,  Farah Ishak, pelajar semester 6, Diploma Seni Reka Grafik telah terlibat dengan kemalangan maut di Simpang empat dari Sungai Petani ke Pekan Kuala Ketil.

Kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 11.30 malam yang melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa.

Mangsa yang hancur  di bahagian kepala dan muka telah meninggal di tempat kejadian dihantar dan dibedah siasat di Hospital Baling. Jenazah telah disembahyangkan dan dikebumikan di kampung halamannya pada jam 11.00 pagi.

Antara tetamu yang hadir Ustazah Rohani Desa ,Dekan Hal Ehwal Pelajar, teman-teman sekuliyyah dan pensyarah dari Kuliyyah Multimedia dan Kreativiti.

Majlis bacaan Yaasin akna diadakan pada 12 Mei 2013, selepas solat Maghrib di Auditorium Satu, Kuliyyah Multimedia dan Kreativiti.

Ucapan takziah dari warga INSANIAH, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang beriman, dan  mengharapakan agar keluarga arwah bersabar menempuhi ujian yang diberikan olehNya

Al-Fatihah. 

Cetak
PDF

KUALA KETIL, 29 APRIL 2013: Pihak INSANIAH telah menerima kunjungan dari Rajapark Institute of Southern Yala, yang diketuai oleh Prof. Madya Amnuay Narthasilpa dan Dr. Tayudin Osman bersama dengan 30 ahli rombongan yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan.

“Terima kasih, dan selamat datang pihak kami ucapkan kerana telah sampai ke bumi INSANIAH” kata Ustaz Ridhauddin Salleh, Penolong Pendaftar Pusat Sumber Manusia (PSM),  semasa memberi ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Dr. Tayudin Osman berkata, Rajapark Institute mengharapkan suatu hari nanti boleh bekerjasama dan berkongsi dengan INSANIAH dalam bidang pendidikan.

Antara tetamu yang hadir Prof Madya Dr. Ahmad Fauzi Idris, Dekan Hal Ehwal Akademik, Mudzafar Aliyasak, Pengurus Pemasaran dan Hanafi Masri, Penolong Pendaftar Perhubungan Awam. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan penyampaian cenderamata.

Cetak
PDF

MBMukhriz

KUALA KETIL 8 MEI 2013: Pihak INSANIAH mengucapakn syabas dan tahniah kepada Dato', Mukhriz Tun Mahathir kerana telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10.

Majlis angkat sumpah telah diadakan di Istana Anak Bukit di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tunku Annuar Sutan Badlishah.


Sedikit latar belakang beliau, Dato, Mukhriz bin Tun Mahathir  dilahirkan pada tahun 1964. Beliau merupakn anak ketiga daripada lima orang adik beradik,
berkelulusan Sarjana Muda Sains dan Pengurusan dan Pentadbiran Pemasaran dari University of Boston, Amerika Syarikat dalam tahun 1989.


Beliau pernah berkhidmat dengan Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited, Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang peniagaan dan pembangunan projek dan berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Presiden Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited.Telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Norjita Zakaria,dan  mempunyai tiga orang cahaya mata.

Cetak
PDF

KUALA KETIL, 22 APRIL 2013:  Mesyuarat Pesta Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTIM) 2013 kali ke -16 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, INSANIAH. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff , Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni.

Antara agenda mesyuarat ialah ucapan aluan pengerusi mesyuarat, penetapan tarikh kejohanan, penetapan acara untuk dipertandingkan , pengesahan awal kontijen yang bertanding dari kalangan IPT terlibat, perancangan gerak kerja menjelang Pesta Sukan IPTIM dan hal-hal lain.

Mesyuarat telah menetapkan  tarikh  bagi Pesta Sukan IPTIM  akan berlangsung pada 24 sehingga 30 November 2013 bertempat di INSANIAH. Sebanyak 12 acara dipertandingkan seperti bola sepak, bola jaring , dan lain-lain lagi.

“Kita mengharapkan agar Pesta Sukan ini menjadi role model sebagai sukan yang berkonsepkan Islam” kata Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff  ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Sebanyak 11 IPTA/ IPTS telah menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat termasuklah  wakil dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KIAS), Kolej Universiti Islam Melaka dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang(KITAB).

Pesta Sukan IPTIM  kali ini, INSANIAH telah menjemput Yala Islamic University dan Prince of Songkla University sebagai pasukan jemputan.

Iptim2013

TENANG… KETIKA SIDANG MESYUARAT BERLANGSUNG

Hubungi Kami

Kolej Universiti Insaniah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel: (604) 4155 000
Email: admin@insaniah.edu.my
 
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Tel (604) 7320163
Faks: (604) 7320164