Portal Rasmi Kolej Universiti Insaniah
20 Jun 2010
INSANIAH, 20 Jun 2010 (Ahad): Semua kakitangan Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) mula menikmati Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) berkuatkuasa pada 17 Jun lalu.
Mengikut surat pekeliling daripada Rektor, Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, WBB itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 19 Mei lalu yang bersetuju menerima pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010.








