BENGKEL PENGURUSAN EMOSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

KUALA KETIL 19 Februari 2018 - Pusat Pengajian Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dengan kerjasama Pusat Pengajian Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi UniSHAMS telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Emosi Menurut Perspektif Islam di Dewan Kulliyah A2.G.015. Bengkel dihadiri 117 orang peserta terdiri daripada guru-guru kaunselor sekolah-sekolah di seluruh kedah, pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Sungai Petani, Institut Pendidikan Guru Malaysia Darulaman, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kuala Terengganu, dan sebahgian yang lain merupakan staf dan pelajar UniSHAMS.

Slot pertama bengkel disampaikan oleh Prof Emeritus Dato Dr.Amir Bin Awang KB,PA, Pensyarah UniSHAMS dan Ustaz Hamdan Bin Othman, Mudir Nadwatul Furqan Was Sunnan. Tajuk Bual Bicara : Membimbing Remaja Hari Ini Melalui Kaunseling Berperspektif Islam dan Konvensional. Slot ke dua Hands On-Teknik Menyoal Menurut Kaunseling Islam disampaikan oleh Ustaz Mohd Shukri Bin Kamis.

Majlis taklimat Skim Dermasiswa Negeri Kedah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zubair bin Abd Rahman sekaligus mempromosikan program pengajian secara PERCUMA di Asasi UniSHAMS.
  • Utama
  • Berita
  • BENGKEL PENGURUSAN EMOSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@insaniah.edu.my
aduan@insaniah.edu.my


logo_setara logo_mqa