"ROHINGYA: Stop Genocide"

Kuala Lumpur, 13 Disember 2016 - YBhg. Prof. Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti telah dijemput sebagai ahli panel dalam Majlis Forum "Rohingya: Stop Genocide" yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam yang juga merupakan Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Antara ahli panel lain yang terlibat adalah YM Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob, Presiden Pertubuhan Kebajikan serantau Muslim, YBhg. Datuk Farid bin Hassan, Timbalan Presiden Kelab Putra Satu Malaysia dan En. Zafar Ahmad bin Abdul Ghani, Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia. Majlis ini turut melihat penyerahan resolusi oleh beberapa wakil NGO yang menentang kekejaman yang berlaku terhadap penduduk Islam Rohingya di bumi Myanmar.

Perbentangan Rektor KUIN