Print

TERJAH RAYA

ALOR SETAR, 23 Julai 2014 – Warga Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hari ini dikejutkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Datuk Mohd Yusof Bin Kasim, Rektor KUIN yang menerjah ke setiap jabatan dan kuliyyah untuk bertemu dengan semua kakitangan bagi mangucapkan salam kemaafan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Sebahagian kakitangan terutamanya yang berasal dari luar negeri Kedah akan bercuti mulai esok, justeru hari ini ialah yang paling sesuai untuk bertemu sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman. Beliau yang ditemani Prof. Dr Che Ani Bin Mad, Tuan Haji Hamlan Bin Haji Din serta semua kakitangan Pejabat Rektor turut mengedarkan kad raya dan sampul duit raya eksklusif kepada semua kakitangan.

 

Print

PROGRAM ‘SEMANGKUK BUBUR LAMBUK, SEKAMPIT BERAS’ ANJURAN INSANIAH HOSPITALITI KELAB, KAMPUS KUALA KETIL

KUALA KETIL, 20 Julai 2014- Program ‘Rewang Bubur Lambuk‘ adalah aktiviti wajib yang dijalankan oleh Insaniah Hospitaliti Kelab setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Aktiviti ini telah diadakan di perkarangan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Kampus Kuala Ketil.

Bermula jam 8 pagi lagi, seramai 20 orang pelajar daripada Diploma Seni Kulinari dan Diploma Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Makanan Halal telah bertungkus lumus menyediakan 3 periuk bubur lambuk (1,150 bekas) untuk diagihkan kepada kakitangan dan pelajar KUIN, Balai Polis Kuala Ketil, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan penduduk setempat.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor KUIN Prof. Dr. Che Ani Bin Mad@Ahmad. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, program tahun ini turut memberi sumbangan beras dan keperluan asas lain seperti minuman, biskut raya dan lain-lain kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Ainul Husna, Taman Insaniah Kuala Ketil dan Institut Pengajian Talbiah Islamiah (Sekolah Tahfiz)Kuala ketil. Program berakhir sekitar jam 4.30 petang.

 

Print

PEMBUKAAN KAUNTER ZAKAT FITRAH

kaunter zakat 2

PEMBUKAAN KAUNTER ZAKAT FITRAH

Pada 15 & 16 Julai 2014 bersamaan 17 & 18 Ramadhan 1435 H, Pusat Khidmat Komuniti dengan kerjasama Jabatan Zakat Negeri Kedah telah membuka kaunter zakat fitrah yang bertempat di pejabat Pusat Khidmat Komuniti, KUIN.

Masa yang di tetapkan dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari itu mendapat sambutan yang baik daripada warga KUIN.

Pembukaan kaunter zakat tersebut adalah untuk memudahkan kalangan kakitangan KUIN membayar zakat fitrah. 

Print

Perkhidmatan Imam Solat Terawih

banner-imam-terawih

Perkhidmatan Imam Solat Terawih

Disepanjang bulan Ramadhan 1435 H, Pusat Khidmat Komuniti telah menganjurkan satu Program bersama masyarakat iaitu Perkhidmatan Imam Solat Terawih dari kalangan Pensyarah Antarabangsa KUIN di masjid dan surau di sekitar Bandar Alor Setar, Kedah.

Objektif program seperti ini adalah untuk mendekatkan masyarakat awam dengan KUIN. Diantara masjid dan surau yang terlibat :

  • Masjid Al-Barakah, Felda Lubuk Merbau
  • Masjid Syarifah Fatimah, Kemunting
  • Surau Al-Huda, Alor Setar
  • Masjid Taman Wira
  • Masjid Alor Merah
  • Surau Darul Syifa
  • Masjid Tandop

Diantara imam-imam yang terlibat ialah:

  • Dr. Mohamed Elsayed Mohamed Abdou
  • Dr. Amr Mohamed Sayed Emam Salam
  • Dr. Taher Hussein Mohamed Zidan
  • Dr. Aadel Mohmoud Abdel Gadir
  • Dr. Mohamed Fathey Eletrpy
  • Dr. Rabie Ibrahim Mohamed
  • Dr. Reda Hassan Seoror
  • Dr. Gamal Ramadan
  • Dr. Ibrahim Kamal
  • Dr. Jaili Sudan
Print

KUIN TERIMA SUMBANGAN AFFIN ISLAMIC BANK

ALOR SETAR, 2 Julai 2014 – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menerima sumbangan zakat berjumlah RM 300,000.00 untuk disalurkan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa yang memerlukan daripada Affin Islamic Bank Berhad Cawangan Jitra, Kedah. Satu majlis ringkas diadakan di Bilik Mesyuarat Utama yang dihadiri Pengurus Cawangan Affin Islamic Bank Berhad Cawangan Jitra, Pn. Nor Aishah Bt Mohd Sharif, Pegawai Perhubugan, En. Mohd Nasri Bin Romli Dan Pegawai Eksekutif, En. Azrolnizam Bin Abd Aziz. Cek telah diserahkan kepada Rektor KUIN, Prof. Datuk Mohd Yusof Bin Kasim.

Menurut Pn. Nor Aishah , sumbangan ini ialah salah satu usaha Affin Islamic Bank untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang boleh mengganggu tumpuan pembelajaran mereka, ia juga menjadi suatu kebanggaan apabila dapat membantu pelajar di sebuah institusi pendidikan berteraskan Islam seperti KUIN. Bercakap bagi pihak KUIN, Prof. Datuk Yusof Kasim berharap sumbangan dan kerjasama berterusan dari pihak industri dapat diperluas dalam pelbagai aspek lain supaya kedua-dua pihak dapat sama-sama beroleh manfaat.

Turut hadir bagi pihak KUIN ialah Timbalan Rektor HEA & Penyelidikan, Prof. Dr. Che Ani Bin Mad@Ahmad, Pegawai Pejabat Rektor, En. Saiful Adli Bin Hakimi, Penolong Bendahari, Puan Azmin Fadhilah, dan En. Muhammad Hanafi Bin Masri dari Pusat Komunikasi Korporat & Hubungan Antarabangsa.