Kursus Pensijilan PSH

Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami Bahasa Arab, Asas Membaca Al-Quran, Pengajian Syariah dan Pengajian Usuluddin.
Nota pengajaran yang mengandungi teks pengajian disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan penguasaan bahasa Arab,mengikuti dan memahami serta meningkatkan kelancaran bacaan Al-Quran di samping mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu Tajwid dan ilmu-ilmu Islam pada masa yang sama.


Maklumat ringkas kursus adalah seperti dibawah

Bil Kursus Bilangan modul/peringkat Tempoh kursus Yuran pengajian (RM)

Yuran ujian penempatan

(RM)

1 Kursus Pengajian Syariah (KPS) 3 Modul 4 bulan/modul 371/modul Tiada
2 Kursus Pengajian Usuluddin(KPU) 3 Modul 4 bulan/modul 371/modul Tiada
3 Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran (KMA) 3 Peringkat 6bulan/ peringkat 1325/peringkat 10.60
4 Kursus BahasaArab(KBA) 3 Peringkat

6bulan/

peringkat

1325/peringkat 10.60

Syarat kemasukan untuk setiap kursus:

• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil-sijil lain.

• Bagi pemohon kursus Bahasa Arab (KBA) & kursus Kemahiran Membaca Al-Quran ( KMA) yang layak akan akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.

Jadual Program

Kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu bertempat di KUIN Kuala Ketil dan KUIN Alor Setar.

Kaedah Penilaian Peperiksaan :

100% Peperiksaan akan diadakan bagi setiap modul/peringkat.

Sijil

Sijil kursus akan di anugerahkan oleh Universiti Malaya.

daftar

  • Pengenalan
    Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Antarabangsa (PSH) Kolej Universiti Insaniahsecara kerjasama denganPusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah KUIN.
    Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami teks-teks ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis serta ilmu-ilmu agama.Boleh dikatakan bahawa kursus ini merupakan kursus bahasa Arab untuk tujuan khas, iaitu memahami ajaran Islam melalui pemahaman bahasa Arab yang terdapat dalam sumber dan kitab-kitab agama.
    Objektif
    Memahami dan mendalami bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat dan kitab-kitab agama, di samping mengetahui struktur nahu Arab serta berkebolehan dalam kemahiran bahasa Arab.


    Struktur Kursus
    Kursus ini ditawarkan mengikut tiga peringkat berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengikut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama enam bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.


    Peringkat I - Kemahiran Bahasa Arab
    •    Modul 1
    Kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap mengenai kehidupan peribadi, pendidikan, kemasyarakatan, dan kesihatan.
    •    Modul 2
    Struktur asas nahu Bahasa Arab (fokus kata nama).

    Peringkat II - Bahasa Arab Penghayatan Islam
    •    Modul 1
    Teks berkaitan ibadat, ayat al-Quran, al-Hadith, akhlak dan sejarah.
    •    Modul 2
    Struktur nahu premier (fokus kata kerja, kata terbitan dan komponen utama ayat).

    Peringkat III - Bahasa Arab Ilmu Islam
    •    Modul 1
    Teks berkaitan Syariah, Usuluddin dan disiplin lain ilmu-ilmu Islam.
    •    Modul 2
    Struktur nahu sekunder berkaitan komponen pengembangan ayat dan gaya bahasa.
    •    Modul 3
    Pengenalan ilmu balaghah.

     
  • Pengenalan
    Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Antarabangsa (PSH) Kolej Universiti Insaniahsecara kerjasama denganPusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Kulliyyah Syariah dan Undang-undang KUIN.


    Objektif
    Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Syariah kepada masyarakat awam.
    Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Syariah. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.
    Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama dalam soal yang berhubung dengan Syariah.


    Struktur Kursus
    Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang berasingan.Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan Modul 1.Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan dianugerahkan sijil kursus.


    Modul 1
    •    Pengantar Kepada Syariat Islam
    Membincangkan tentang konsep Syariah dan istilah yang berkaitan, ciri-ciri dan sumber Syariah, perbahasan ilmu Fiqh Islam, sejarah perkembangan mazhab dan juga perkembangan Syariah sehingga kini.
    •    Pengajian Al-Quran
    Membincangkan tentang nuzul Al-Quran, sejarah pengumpulan Al-Quran, kehujahannya, pendalilan Al-Quran terhadap hukum serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
    •    Pengajian Al-Sunnah
    Membincangkan tentang konsep Al-Sunnah pada zaman Sahabat dan Tabi'in, penulisan al-Sunnah, tokoh dan karyanya serta kaedah-kaedah kawalan ketulenan Al-Sunnah.
    •    Amalan Ijtihad
    Huraian tentang konsep dan peranan ijtihad dan Syariat Islam, sejarah pengamalan dan pengabaiannya di sepanjang zaman dan juga perbincangan tentang ijtihad kontemporari.

    Modul 2
    •    Sistem Ibadat Islam
    Huraian tentang konsep ibadat secara umum, perbezaan antara ibadat dan upacara, syarat-syarat ibadat diterima dan ciri-ciri asas ibadat serta bahagian-bahagian ibadat secara khusus.
    •    Sistem Kekeluargaan Islam
    Huraian tentang konsep kekeluargaan Islam yang merangkumi persoalan hukum, rukun, syarat-syarat dalam perkahwinan dan penceraian.Ia juga akan membincangkan hak dan kewajipan suami, isteri dan anak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
    •    Sistem Jenayah Islam
    Huraian tentang konsep jenayah dalam Islam, asas-asas pembentukannya, unsur-unsur jenayah dan pembahagiannya kepada hudud, qisas dan takzir serta hukuman yang dikenakan bagi setiap bahagian berkenaan serta beberapa pengecualian daripada tanggungjawab jenayah.

    •    Sistem Muamalat Islam
    Huraian tentang perkara asas dalam sistem Muamalat Islam terutama yang berkaitan dengan hukum Kontrak Islam, huraian tentang beberapa kontrak penama dalam Fiqh Islam seperti jualbeli, musyarakah, aspek larangan dalam muamalat seperti riba dan gharar.

    Modul 3
    •    Syariat Islam dan Masyarakat Malaysia
    Huraian tentang persoalan masyarakat Islam dan strukturnya secara umum dan aplikasi hukum Islam dalam realiti masyarakat Malaysia serta persoalan cabaran hukum Islam terhadap perubahan masyarakat hari ini.
    •    Sistem Politik Islam
    Huraian tentang konsep politik Islam, dalil-dalil, sejarah dan penulisan berkaitan konsep kenegaraan, prinsip-prinsip pemerintahan Islam serta kedudukan badan-badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
    •    Sistem Pengadilan Islam
    Huraian tentang konsep pengadilan dan kehakiman, kelayakan dan kedudukan serta pelantikan Hakim, bidang kuasa kehakiman.etika seorang Hakim dan prosedur peletakan jawatan Hakim.
    •    Pentadbiran Syariat Islam di Malaysia
    Huraian tentang sejarah perundangan Islam, hubungannya dengan Perlembagaan Persekutuan, pengkanunan undang-undang Syariah dalam bidang Mal dan Jenayah dan beberapa institusi yang berkaitan yang mentadbir Syariat Islam di negara ini.

     
  • Pengenalan
    Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Antarabangsa (PSH) Kolej Universiti Insaniahsecara kerjasama denganPusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Kulliyyah Usuluddin, KUIN


    Objektif
    Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Usuluddin kepada masyarakat awam.
    Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Usuluddin. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.
    Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama dalam soal yang berhubung dengan Usuluddin.


    Struktur Kursus
    Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang berasingan.Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan Modul 1.Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan dianugerahkan sijil kursus.


    Modul 1
    •    Asas Akidah
    Huraian tentang konsep asas dalam akidah Islam yang merangkumi konsep tauhid, nubuwah dan ahli sunnah wa al-jama’ah serta hubungan di antara akidah dan syariah.
    •    Pengajian Tafsir
    Huraian tentang pengajian tafsir al-Quran yang merangkumi definisi tafsir, bentuk-bentuk tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran ayat-ayat al-Quran dan pembahagiannya kepada aliran-aliran seperti al-Ma’thur dan al-Ra’y.
    •    Pengajian Hadis
    Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan peranan al-Hadith dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan, pembukuan al-Hadith dan Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya serta metode-metode periwayatan al-Hadith dan adab-adabnya.
    •    Sirah Rasulullah
    Huraian tentang sirah Rasulullah bermula dari kebangkitan baginda sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda serta kesan dan bentuk teladan yang boleh diaplikasikan oleh setiap individu muslim atau lebih dikenali sebagai fiqh al-sirah.

    Modul 2
    •    Pemikiran Islam
    Huraian tentang kedudukan akal dan Islam, konsep pemikiran Islam, perkembangan ilmu-ilmu warisan Islam dan peringkat perkembangannya serta sumbangannya dalam isu-isu pemikiran moden.
    •    Akhlak Islam
    Huraian tentang konsep akhlak yang berintipatikan al-Quran dan al-Sunnah serta akhlak Rasulullah s.a.w sebagai suatu sistem dan budaya hidup kepada pembinaan masyarakat Islam yang cemerlang.
    •    Asas Dakwah
    Huraian tentang isu-isu dasar di dalam dakwah khususnya melibatkan hukum berdakwah, metode dan peringkat dakwah serta pendekatan dakwah dalam masyarakat di Malaysia.
    •    Asas Akidah II
    Huraian terhadap beberapa bahagian penting dalam perihal akidah yang merangkumi konsep Sifat-sifat Allah, al-Nubuwwah, al-Risalah, al-Qada’ dan al-Qadar berdasarkan pandangan para ulama’ Salaf dan Khalaf.


    Modul 3
    •    Tasawuf
    Huraian tentang konsep tasawuf berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, tasawuf yang bersifat falsafah, perkembangan tariqah sufi dan faktor-faktor yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada berlakuya penyelewengan tasawuf.
    •    Perbandingan Agama
    Huraian merangkumi aspek keagamaan dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama yang merangkumi falsafah ketuhanan, sumber hukum, syariat dan sosio-budaya suatu bangsa serta agama.
    •    Aliran Pemikiran Islam
    Huraian tentang aliran pemikiran Islam yang merangkumi sejarah gerakan pemikiran Islam seperti aliran Tradisionalis, Modenis, Reformis, Tajdid dan Sekularis dan Adab al-Ikhtilaf serta fenomena pelampau agama.
    •    Falsafah Islam
    Huraian merangkumi sejarah dan definisi falsafah Islam, tokoh-tokoh falsafah Islam dan pandangan mereka, beberapa persoalan pokok di dalam falsafah Islam seperti teori ilmu pengetahuan, ketuhanan, alam tabi’e, akhlak, politik, kemasyarakatan dan perbandingan dengan falsafah Yunani.

     
  • Pengenalan
    Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Antarabangsa (PSH) Kolej Universiti Insaniahsecara kerjasama denganPusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Kulliyyah Al-Quran dan Qiraat, KUIN. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran al-Karim.


    Objektif
    Memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran, makhraj dan sifat-sifatnya yang betul, hukum -hukum tajwid Al-Quran serta ilmu Tarannum Al-Quran kepada masyarakat awam.
    Membimbing masyarakat membaca Al-Quran dengan fasih dan betul.


    Struktur Kursus
    Kursus ini ditawarkan dalam 3 Peringkat (Peringkat 1, Peringkat 2 dan Peringkat 3) yang berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengikut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama 6 bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Pengajian dikira mengikut sistem modular iaitu 32 jam bagi setiap modul. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.


    Peringkat I - Sijil Asas Kemahiran al-Quran
    •    Modul 1
    Pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran.Peserta didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam pembelajaran al-Quran iaitu pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran dan tanda baris beserta bunyi yang betul (makhraj).
    •    Modul 2
    Peserta didedahkan dengan gabungan -gabungan huruf yang membentuk kalimah atau perkataan beserta dengan hukum-hukum asas seperti mad, idgham, izhar, dengung (ghunnah) dan lain-lain hukum asas.
    •    Modul 3
    Kesinambungan Modul 1 dan Modul 2. Peserta akan didedahkan dengan kalimah - kalimah al-Quran yang menbentuk ayat-ayat untuk dipraktikkan.


    Peringkat II - Sijil Kemahiran al-Quran
    Peserta dibimbing mempraktikkan bacaan pada surah-surah pendek dan panjang untuk memantapkan penguasaan bacaan mereka.
    •    Modul 1
    Surah-surah lazim: Surah an-Nas, sehingga al-Dhuha.
    •    Modul 2
    Surah-surah pilihan : Surah Yasin, al-Mulk, dan al-Insan dan lain -lain.
    •    Modul 3
    Surah al-Baqarah.

    Peringkat III - Sijil Tajwid al-Quran
    Peserta didedahkan dengan tajwid teori dan dilatih tubi dengan bacaan betul mengikut hukum-hukum tajwid secara mendalam.
    •    Modul 1
    Pengenalan ilmu tajwid beserta dengan makhraj dan sifat huruf.
    •    Modul 2
    Peserta didedahkan dengan hukum-hukum mad.
    •    Modul 3
    Peserta akan didedahkan dengan hukum wakaf dan ibtida'.

    Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran