• INFO KUIN
  • PROFIL KUIN
  • LOGO

Logo

RASIONAL LOGO KUIN

Logo Insaniah 2013 WordingRasmiINSANIAH

Rekabentuk logo melambangkan aspirasi, falsafah dan juga misi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam memartabatkan kecemerlangan bidang ilmu dunia dan Akhirat.


SIMBOL AL-QURAN

Melambangkan sumber tertinggi ilmu pengetahuan iaitu wahyu (wahyu daripada Allah SWT) yang menjadi panduan, pengangan dan petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ia juga menjadi rujukan bagi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam menjana kecemerlangan dan pembangunan ummah.

Kedudukan simbol Al-Quran di tengah-tengah logo melambangkannya sebagai pusat segala ilmu pengetahuan yang diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk ke jalan kebenaran untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ia juga melambangkan kebijaksanaan, kekuasaaan dan kebesaran Allah SWT Yang Esa.

BENTUK SEGI LAPAN (OKTAGON) DIKELILINGI OLEH BULATAN

KUIN menerima pelajar dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat yang membentuk satu komuniti ilmiah yang bersatu padu bertunjangkan akidah iah sejati.

KUBAH

Kubah melambangkan pusat ilmu pengetahuan untuk membentuk muslim yang bijaksana sejajar dengan tuntutan agama ke arah mencapai misi dan wawasan KUIN untuk bertaraf dunia dan cemerlang dalam profesionalism.

LOGO NEGERI KEDAH

Melambangkan Negeri Kedah sebagai pusat pengembangan ilmuu berteraskan , selaras dengan wawasan Kedah Maju 2010 di mana pembangunan tidak hanya tertumpu pada kemajuan ekonomi dan sosial sahaja tetapi juga menitikberatkan pembangunan ummah secara syumul (menyeluruh) di dalam memartabatkan tamadun . Ianya juga bertepatan dengan maksud Hadhari iaitu suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun .

BUKU TERBUKA

Melambangkan Al-Quran itu sebagai pedoman segala ilmu yang terdapat di muka bumi Allah. Al-Quran adalah tempat rujukan utama umat di dalam melakukan perkara-perkara yang dituntut olah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ianya juga umpama cahaya penyuluh kepada kegelapan.

CORAK-CORAK BERMOTIFKAN UKIRAN

Melambangkan kesediaan KUIN untuk mencapai dan mengekalkan keseimbangan yang harmonis dari segi tuntutan dunia dan akhirat yang berubah-ubah selaras dengan moto dan falsafahnya.


RASIONAL WARNA

Warna memainkan peranan yang cukup penting di dalam rekabentuk logo.

Warna dapat menggambarkan dan melahirkan sesuatu yang hendak disampaikan.

  1. UNGU
    Melambangkan kekuasaan, kemampuan, kekuatan, kebenaran dan kepercayaan.
  2. KUNING
    Melambangkan kepintaran, kecerdikan, kepandaian dan kecerdasan.
  3. OREN
    Melambangkan harapan yang tingi, hasrat dan juga cita-cita