• JABATAN
  • JABATAN
  • HAL EHWAL PELAJAR
  • icmslpte-cutie-Klinik PanelPortal Pelajare-Pay SlipPermohonan Online (U)Permohonan Online (P)DirektoriDownloadPerjawatanSemak Permohonan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

  • PENGENALAN KEPADA JABATAN

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) merupakan sebuah jabatan yang penting dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peranan utamanya menyedia dan mengurus perkhidmatan kepada pelajar serta bertanggung jawab dalam membangunkan syakhsiyyah dan potensi pelajar.


    Jabatan Hal Ehwal Pelajar adalah   penyedia perkhidmatan menyeluruh yang berkualiti kepada pelajar dalam usaha menjadi pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan ketrampilan pelajar melalui perancangan dan perlaksanaan program pembangunan sahsiah. Dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kecemerlangan pelajar yang dihasratkan mestilah dalam bentuk kombinasi  kecemerlangan akademik , kokurikulum dan syakhsiyyah diri, seiring usaha melahirkan graduan yang berkualiti, seimbang, kompeten dan berdaya untuk terus maju serta melanggani konsep pembelajaran yang berterusan.

     

     
  • FUNGSI JABATAN

      • Jabatan HEP berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada pelajar dalam aspek kemudahan penempatan, kebajikan, tatatertib, kesihatan dan kaunseling yang bermatlamatkan untuk mewujudkan suasana persekitaran kampus yang kondusif dengan menyemai, menerap dan menyuburkan budaya hidup kampus yang harmonis dan berkualiti.
      • Melaksanakan peraturan tatatertib kampus pengajian yang berdisiplin dan berhemah tinggi berdasarkan Akta IPTA, Perlembagaan Penubuhan Kolej Universiti, Peraturan Tatatertib Pelajar yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kolej Universiti.
      • Memantapkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Pelajar selaras dengan amalan terbaik industri pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa berasaskan misi, visi, aspirasi dan halatuju Kolej Universiti Insaniah. Dengan melanggani konsep mesra pelanggan, penambahbaikan disasari melalui latihan pembangunan modal insan jabatan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar  bersikap terbuka dalam memperkenal halacara penambahbaikan yang akan mencetus peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan.
      • Menawarkan program pembangunan syakhsiyyah yang holistik dalam pembangunan jatidiri graduan yang seimbang, berketrampilan penuh penghayatan Islam dengan menekankan aspek profesionalisma, menyemai dan menyuburkan patriotisme sekaligus meletakkan graduan pada kedudukan kebolehpasaran yang tinggi.
      • Mempelopori usaha-usaha Kolej Universiti dalam memaksimakan pulangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders).
     
  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar diketuai oleh Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) dan dibantu oleh 3 orang Penolong Pendaftar, 1 orang Kaunselor, 1 orang Ketua Pembantu Tadbir, 2 orang Pengetua Asrama, 2 orang Fello, 4 orang Pembantu Tadbir Kanan dan 8 orang Pembantu Tadbir. Jabatan ini bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pengendalian perkhidmatan yang menyeluruh merangkumi pengurusan, kebajikan, program pembangunan syakhsiyyah  dan aktiviti  pelajar.
    Jabatan ini komited dan prihatian dalam perlaksanaan tanggungjawabnya melalui lima unit fungsi utamanya iaitu :-

    UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN DOKUMENTASI.

    Tugasan Jabatan.

    Pentadbiran / Dokumentasi Jabatan

    • Fail & Rekod Jabatan

    (Dokumentasi Institusi : Audit Dalaman,  Jabatan Kualiti , MQA, COPIA)

    • Kewangan                                                                                                                  

    (Bajet Tahunan Jabatan & Pengurusan Kewangan Jabatan)

    • Pengurusan  Aset & Inventori Jabatan

    (Menguruskan perolehan/pelupusan  aset/ inventori jabatan)

    • Pengeluaran Kad Matrik Staf & Pelajar.
    • Pengagihan KAD SIM , Voucher Buku

    Tugasan Institusi.

    • Majlis Konvokesyen Tahunan & Khas
    • Mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Penerima Jaizah Imtiyaz.
    • Pesta Konvokesyen
    • Minggu Silaturrahim

    UNIT DISIPLIN & KEBAJIKAN.

    • Disiplin / Tatatertib Pelajar & Penguatkuasaan
    • Penguatkuasaan disiplin dan tatatertib serta mengawal pematuhan dan pelanggaran tatatertib.
    • Mengurus prosiding tatatertib.

    Kebajikan Pelajar.

    • Mengurus Tabung Bantuan Kecemasan kepada pelajar yang meninggal dunia.
    • Mengurus tuntutan Takaful pelajar yang meninggal dunia.
    • Mengurus tuntutan Takaful kepada pelajar kemalangan/keilatan kekal.
    • Mengurus bantuan kewangan dari KPT untuk pelajar OKU.

    Sukan.

    • Menjadi pemangkin kepada pembangunan kecemerlangan sukan peringkat IPT.
    • Mewujudkan budaya bersukan ke arah memperkasakan modal insan seimbang  dan berkualiti dalam pencapaian akademik dan penglibatan bidang sukan.
    • Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti sukan.

    UNIT PENEMPATAN PELAJAR

    Pengurusan Penempatan Dalaman Institusi.

    • Pusat Pentadbiran dan Pendataan Penempatan Pelajar
    • Pengurusan Aset & Inventori Kolej Kediaman.
    • Pengurusan Kemudahan dan Penyelenggaraan Kolej Kediaman
    • Penguatkuasaan peraturan kolej kediaman
    • Menguruskan Pembentukan Jawatankuasa Asrama  (JAKSA)
    • Pemantauan aktiviti pelajar Kolej kediaman

    Pengurusan Penempatan Luaran Institusi.

    • Pusat Maklumat Pelajar yang menetap di luar kampus
    • Persatuan Gabungan Pelajar Penempatan Luar Kampus Insaniah (GALAKSI)

    UNIT SYAKHSIYYAH & AKTIVITI

    Pembangunan Syakhsiyyah & Kepemimpinan Pelajar

    • Program Pembangunan Syakhsiyyah Pelajar
    • Program Kepimpinan Pelajar.
    • Menguruskan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPM)
    • Bekerja sama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) dan semua persatuankulliyyah dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    Persatuan & Kelab

    • Pengurusan proses penubuhan persatuan dan kelab dalaman.
    • Perancangan, Kelulusan,  Perlaksanaan  & Pemantauan Aktiviti Persatuan Pelajar
    • Menyemak laporan aktiviti dan pelarasan belanjawan aktiviti persatuan pelajar.

    UNIT KAUNSELING & KERJAYA

    • Khidmat Kaunseling & Rundingcara

    (Kaunseling individu, kelompok dan keluarga.)

    • Latihan Industri

    (Latihan Industri tidak berkredit)

    • Kerjaya

    (Bimbingan Kerjaya)

    • Keusahawanan

    Mengurus aktiviti keusahawanan.

     
  • JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
    Tel : 04 415 5044 / 5000 
     BIL GAMBARNAMA JAWATAN EXT EMAIL 
    1  ROHANIDESA DR. ROHANI BINTI DESA PENGARAH 5059 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT PENTADBIRAN, DISIPLIN, SUKAN & KEBAJIKAN
    2  HAFIZ MOHAMAD HAFIZ BIN ABD WAHAB PENOLONG PENDAFTAR 5064 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    3  LIWAUDDIN LIWAUDDIN BIN ABU BAKAR PEMBANTU PEGAWAI TADBIR 5062 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    4   MOHD FAZLI BIN ISMAIL PEMBANTU TADBIR (P/O) 5065  
    5  HAFISZUL MOHD HAFISZUL BIN HASSAN PEMBANTU TADBIR (P/O) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    6   SITI ZAEIMAH BINTI MAHADZIR PEMBANTU TADBIR (P/O) 5065 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    7  AZMI MOHD AZMI BIN AHMAD PEMBANTU BELIA & SUKAN 5066  
    8  FIRDAUS MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL OPERATOR MESIN PEMPROSESAN DATA Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    9  NORAZUAN NORAZUAN BIN ABDUL MANAP @ ABDULLAH PEMBANTU AM PEJABAT 5065  
    UNIT PEMBANGUNAN SYAKHSIYYAH & PERSATUAN PELAJAR
    10   NADRAH BINTI MD. ARIB PENOLONG PENDAFTAR 5068 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    11  ROHANIALI ROHANI BINTI ALI PENYELIA ASRAMA KANAN 5067 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT KAUNSELING, BIMBINGAN & MOTIVASI
    12  MUNIROH MOHD YUSOFF HEP2 MUNIROH BINTI MOHD YUSOFF KAUNSELOR 5063 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    13  hasnah CIK HASNAH BINTI CHE MEE PEMBANTU TADBIR (P/O) 5069 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT PENEMPATAN PELAJAR
    14   NUR FADLINA BINTI MD DALI PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN IBNU SINA    
    15   ROZAIDA BINTI RODZI PEMBANTU TADBIR  
    16   NURHANIS SHARMIN BINTI AHMAD SHUKRI PEMBANTU TADBIR  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT JARINGAN INDUSTRI, KOMUNITI, ALUMNI & KEUSAHAWANAN
    17  ZARIDAH ZARIDAH BINTI ZAKARIA KETUA UNIT / PENSYARAH 5096 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    18  JAMATUR NUR JAM'ATUR RAHMAH BINTI MOHAMAD NAWAWI PEMBANTU TADBIR (P/O) 5097 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    19  WAN WAN FAUZIAH BINTI WAN BAKAR PEMBANTU TADBIR (P/O) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.