Anjung Rektor

  • Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya maka dapatlah kita bersama-sama mengatur strategi dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun 2014 dengan ikhlas dan iltizam dalam usaha untuk meningkatkan citra Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di persada antarabangsa khususnya dalam bidang pembangunan akademik, Agama, Bangsa dan Negara.

    KUIN yang telah mengorak langkah hampir 18 tahun semakin matang dan mantap dalam menghadapi masa bagi memajukan bidang akademik serta mengukuhkan nama KUIN sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang bertaraf global dan ternama.

    Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, KUIN mampu untuk melahirkan graduan-graduan yang berdaya saing dalam usaha pembangunan modal insan yang dapat memacu negara mencapai status sebagai sebuah negara maju. Transformasi budaya yang dicetuskan oleh KUIN merupakan satu cabaran besar dalam memantapkan pengurusan akademik dan pentadbiran KUIN ke arah yang lebih dinamik dan efisyen.

    Sesungguhnya kejayaan KUIN kini adalah hasil usaha dan komitmen bersungguh-sungguh yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga KUIN bagi bersama-sama meningkatkan kecemerlangan diri dan meletakkan KUIN sebagai sebuah institusi yang ternama. Saya begitu yakin dan percaya semua warga KUIN merupakan warga yang terpilih dan mempunyai kompetensi yang tinggi di dalam bidang masing-masing. Hasrat KUIN ke arah mencapai universiti penuh menjelang tahun 2015, tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya modal insan yang berkualiti dan berkompetensi tinggi. Modal insan sebeginilah yang menjadi tulang belakang dan nadi yang menentukan prestasi sesebuah organisasi. Modal insan kompeten yang membangun dengan sempurna akan menjadi insan yang hebat atau juga digelar sebagai the 'towering individuals'.

    Akhir kata, semoga semua kebaikan ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dan memberikan impak yang positif kepada semua. Sebagai penutup bicara, hayatilah serangkap pantun warisan Melayu ini :

    "Padi segemal kepuk di hulu
    Sirih di hilir merekap junjungan
    Kepalang duduk menuntut ilmu
    Pasir sebutir jadikan intan"

    Sekian, terima kasih.

    والســلام

    PROF. DATUK MOHD YUSOF BIN KASIM
    Rektor
  • R2
    YBhg. Prof. Datuk Mohd Yusof bin Kasim, dengan rasminya memulakan tugas sebagai Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada 16 September 2013. Perlantikan beliau ini telah diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN, YAB Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir.

    Prof. Datuk Mohd Yusof bin Kasim adalah bekas Pengarah Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL). Beliau juga merupakan profesor pelawat di Hebei Normal University, China. Pengalaman luas beliau turut disumbangkan apabila dilantik sebagai Naib Canselor di Asia Pasific University of Technology and Innovation (APU) dan kemudiannya menjadi Pengerusi Majlis Naib-naib Cancelor IPTS Malaysia.

    Selain itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah pertama di Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab sebagai wakil kerajaan di peringkat lembaga institusi-institusi seperti Persatuan Penyelidikan dan Pembangunan Institusi Latihan Asia Pasifik (ADIPA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Prof. Datuk Mohd Yusof bin Kasim telah memainkan peranan penting dalam merangka polisi dan dasar awam termasuk Pelan Strategik Pengajian Tinggi Kebangsaan, MyBrain15 dan projek di bawah KPT seperti ASEAN-CLMV. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Pengajian Pembangunan Sabah (IDS) dan telahpun menyumbang kepada pembangunan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Sumbangan beliau terus ditagih apabila dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Komanwel Malaysia Tindakan Tempatan & Pembangunan Ekonomi (COMMAT-Malaysia), Presiden Persatuan Sains Wilayah Malaysia. Ahli Seumur Hidup Persatuan Kajian Pembangunan (United Kindom) serta menjadi ahli dan Timbalan Pengerusi Lembaga Penasihat Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA). Prof. Datuk Mohd Yusof bin Kasim telah diiktiraf sebagai antara penyelidik dan ahli akademik yang berjaya melalui sumbangan dan khidmat rundingan yang ditawarkan kepada pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa di dalam bidang ekonomi serantau, pembangunan perindustrian, perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi.

    Beliau telah banyak menerbitkan jurnal antarabangsa dan kebangsaan yang menyentuh topik-topik berkaitan ekonomi serantau, pembangunan bandar dan globalisasi. Sumbangan akademik beliau yang amat membanggakan adalah berkenaan kajian dalam bidang pembasmian kemiskinan dan pembangunan. Hasil kajian ini, Prof. Datuk Mohd Yusof bin Kasim telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila beliau diumumkan sebagai pemenang Anugerah Freidrich-Ebert Stiftung, iaitu satu Anugerah Penyelidikan yang berprestig dari Jerman. Beliau turut menerima Anugerah Penyelidikan dari University of Technology, Sydney, Australia.

    Diharapkan Ybhg. Prof. Datuk Rektor akan terus menyumbang bakti demi memacu transformasi pembangunan pendidikan yang kompetatif, komprehensif dan berlandaskan Islam di Kolej Universiti Insaniah, selaras dengan moto Universiti iaitu "Penerokaan ke arah kebijaksanaan".
  • Transformasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Menerusi Kepimpinan Melalui Hati (Al-Qalb)

    Satu perjumpaan Rektor bersama kakitangan KUIN telah diadakan pada 23 Februari 2014 bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, KUIN, Alor Setar. Majlis dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa telah dihadiri lebih 400 kakitangan. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin secara beramai-ramai yang telah dipimpin oleh Datuk Syiekh Haji Roslan bin Haji Abd Halim, Imam Besar Masjid Negeri.

    Rektor KUIN di dalam ucapan beliau telah memberi penekanan terhadap isu hati. Beliau menghuraikan bagaimana proses transformasi KUIN ke arah kemajuan yang lebih baik dapat dicapai melalui kepimpinan melalui hati (a-Qalb) seperti Deklarasi Mekah 1974. Soal hati ini penting kerana ianya merupakan organ utama yang mampu melahirkan keihlasan. Melalui keihlasan ini, ianya bakal dizahirkan dalam bentuk tindakan yang diterjemahkan melalui akal. Maka dengan itu, ianya diharapkan mampu untuk menyumbang kepada pembangunan KUIN secara positif.

    Ini adapat dihuraikan lagi menerusi firman Allah SWT:
    Al-Hajj46maksudnya: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya –dengan melihat kesan-kesan yang tersebut, mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj: 46)

    Rektor turut menyatakan dan menghuraikan berkenaan empat (4) teras utama Pelan Transformasi KUIN iaitu:-
    • Amalan urus tadbir korporat yang baik
    • Kelestarian kewangan
    • Kecemerlangan Akademik
    • Kebajikan staf dan pelajar
    Menyentuh isu kebajikan, Rektor memohon agar seluruh kakitangan KUIN berusaha untuk memelihara kebjikan KUIN. Beliau menyatakan bahawa kebajikan kakitangan akan terbela apabila kebajikan KUIN dijaga. Beliau turut menegaskan bahawa KUIN hanya mampu untuk berhijrah ke tahap yang lebih baik apabila setiap dari ahlinya (kakitangan) mampu untuk menyemai benih-benih yang positif di dalam hati (al-Qalb) untuk berubah.
  • RAMADHAN PENTAS MEMBINA KESATUAN UMMAH

    Assalamualaikum WBT, Salam Ramadhan Kareem, Salam 1 Malaysia dan Salam Kedah Aman Makmur.

    Alhamdulillah, kita sekali lagi dikurniakan peluang dan kesempatan untuk menikmati bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan penuh barokah dan margfirah. Sudah semestinya ianya menjadi saat yang paling dinantikan oleh setiap umat Islam seluruh dunia dan disambut penuh kemeriahan dengan pengisian pelbagai program yang berfaedah.

    Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga KUIN. Sempena bulan mulia ini, saya menyeru kepada semua kakitangan KUIN untuk menyucikan hati dan mula bersatu demi memacu pembangunan ‘Taman Ilmu’ ini ke arah sebuah Universiti Islam yang tersohor, dicintai dan dilindungi Allah SWT.
    Inilah masa yang terbaik untuk kita memulakan langkah dengan azam yang baru. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perpindahan fasa akhir ke Kampus KUIN Kuala Ketil, yang telahpun selesai sepenuhnya pada Jun 2015. Insya Allah, saya berharap dan berdoa agar perpindahan ini akan melengkapkan ahli keluarga kita untuk membantu kelancaran operasi dan memastikan mutu perkhidmatan terbaik dapat ditawarkan kepada kepada pelanggan KUIN.

    Penghulu segala bulan ini seharusnya menjadi titik permulaan kita untuk membina kekuatan melalui kesatuan ummah. Sebagai renungan bersama, kita bersahur dan berbuka pada masa yang sama, kita solat pada lima waktu yang telah ditetapkan pada masa yang sama. Maka, seharusnya ini menjadi medan terbaik untuk kita bertadabbur dan menghayati setiap kejadian dan ketetapan Allah untuk kita terus bersatu demi kebaikan ummah. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, Ayat 103:

    Surah Ali Imran Ayat 103

    Seperti yang kita semua sedia maklum, bulan ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dalam bulan ini amalan kita diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah S.W.T terutamanya pada malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Selain itu, bulan Ramadhan adalah jalan menuju taqwa. Selari dengan matlamat ini, marilah kita sama-sama menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan dengan melakukan nilai tambah yang antara lainnya seperti memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin, mengasihani anak-anak yatim, mengambil makanan yang berkhasiat dan halal serta tidak melakukan pembaziran.

    Pada kesempatan ini juga, saya bagi pihak seluruh warga kerja Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ingin mengucapkan “Selamat Datang ke Kolej Universiti Insaniah” kepada hampir 1,000 orang pelajar baru yang telah mendaftar bagi sesi akademik 2015/2016. Saya menyeru kepada para pelajar sekalian untuk sama-sama mengikhlaskan niat dalam proses kita menunaikan kewajipan menuntut ilmu di jalan Allah. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Bayyinah, Ayat 5:

    2
    Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada seluruh warga KUIN, marilah kita bersama mengorak langkah sebagai satu pasukan dengan penerapan konsep wehdatul fikr (satu pemikiran), wehdatul amal (satu tindakan) dan wehadatul hadaf (satu tujuan) demi kepentingan bersama. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak”. Semoga pada ramadhan kali ini kita semua akan mendapat rahmat daripada-Nya dan berada dalam keadaan sihat wal'afiat untuk melaksanakan ibadah puasa serta amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.

    Sekian,

    Wabillahi Taufik Wal Hidaayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh dan Salam Ramadhan Kareem.

    Yang Ikhlas,

    PROF. DATUK MOHD YUSOF BIN KASIM

    Rektor