• PRASISWAZAH
  • DIPLOMA | LEPASAN SPM
  • KEJURURAWATAN

Kejururawatan (A11661)

Program Diploma Kejururawatan (A11661)

Kursus Diploma Kejururawatan telah dirangka untuk melatih pelajar tentang kemahiran kejururawatan didalam pelbagai perawatan. Graduan akan diberikan pendedahan tentang pelbagai kemahiran perawatan dan mereka akan menguruskan pelbagai masalah berkaitan kesihatan serta penyakit individu dan masyarakat.

Kursus ini dibangunkan untuk memberikan latihan yang seimbang kepada jururawat yang komited terhadap penjagaan kesihatan dan untuk berjaya di dalam kerjaya sebagai kejururawatan. Para graduan akan diberikan latihan seperti berikut:

  • Mengaplikasikan pengetahuan dan ilmu yang diperolehi daripada bidang Sains Kejururawatan, Sains Tingkahlaku dan Sains Kesihatan.
  • Memberi perkhidmatan kejururawatan yang selamat di dalam pelbagai bidang perawatan.
  • Menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk berkhidmat di dalam penjagaan kesihatan.
  • Menggunakan kemahiran berkomunikasi yang efektif dalam usaha membina hubungan dengan manusia.
  • Menggunakan pembelajaran reflektif terhadap perawatan seiringan dengan penyelidikan.
  • Memupuk minat untuk Berjaya di dalam kerjaya kejururawatan.
  • SYARAT KEMASUKAN

    • 5 kredit termasuk bahasa melayu, matematik dan sains serta 2 subjek lain
    • Lulus bahasa inggeris
     
  • -

     
  • -

     
  • -

     
  • 1)    Pengurusan Perkhidmatan Hospital
             a.    Jururawat
             b.    Ketua Jururawat
             c.    Penyelia Jururawat
    2)    Latihan
              a.    Pensyarah
              b.    Dekan
    3)    Di Hospital Swasta di dalam dan luar negara
              a.    Brunei
              b.    Singapura
              c.    Timur Tengah
    4)    Continuous Professional Development
                    a.    Berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang :
                           i.    Ijazah sarjana muda kejururawatan
                           ii.    Sarjana kejururawatan dan pengurusan
                           iii.    PhD